CARA MENGATASI MASALAH BENGKAK SUSU

CARA MENGATASI MASALAH BENGKAK SUSU

Bengkak susu ialah tanda positif anda sedang menghasilkan susu yang cukup untuk menyusukan bayi. Bengkak ini terjadi kerana penghasilan susu yang banyak dan tidak diperah mengakibatkan aerola menjadi keras. Perkara ini berlaku jika si ibu mengepam lebih daripada keperluan bayinya sedangkan bayi itu sudah menyusu dengan baik.

Jadi,selalunya ketika bengkak susu, bayi akan sukar untuk melekap pada payudara anda kerana areola( kawasan kulit gelap disekeliling puting) sangat keras. Sebab tu bayi susah nak menyusu atau tak nak meyusu ketika kita mengalami bengkak susu..

Jadi bagaimana memulihkan bengkak susu ni?
1) Susukan bayi anda dengan kerap, iaitu setiap 2 atau 3 jam walaupun terpaksa mengejutkan bayi anda daripada tidur.

2) Pastikan bayi anda menyusu daripada kedua-dua belah payudara pada setiap penyusuan.Selang selikan payudara.Pada sesi berikutnya,mulakan dengan payudara yang terakhir dihisap.

3) Letakkan tuala panas di dada, ataupun mandi dengan air suam sebelum memerah untuk memudahkan pengeluaran susu. Air suam mandian itu sendiri mungkin boleh menyebabkan susu keluar dengan sendirinya dan dapat melembutkan areola.

4)Perah dengan tangan atau pam susu keluar sehingga areola menjadi lembut untuk memastikan bayi anda melekap dengan betul.

5) Jika masih belum membantu, segera dapatkan rawatan doktor. Jangan lupa inform doktor bahawa anda ibu menyusu.

Ini mungkin akan memakan masa. Sabarlah, dan teruskan usaha!

Boleh juga amalkan B Complex, Vitamin C dan Lecithin utk mengelak dari terkena bengkak susu.

Alhamdulilah..setelah diperkenalkan dengan vitamin Shaklee ni saya dah tak bengkak susu.......

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati, atau mencegah sebarang penyakit.


Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh hubungi saya:

NURUL AQIDAH AZAHAR
(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
sms/whatsapp 0174636210
Email: Aqidgirl_88@yahoo.com

Post a Comment

0 Comments