PANDUAN PENYIMPANAN SUSU IBU

Susu yang telah diperah perlu disimpan dengan baik di tempat yang betul. Justeru ibu-ibu yang menyusukan bayi perlu mengetahui cara terbaik menyimpan susu untuk si manja. Berikut adalah panduan yang harus anda fahami dan ikuti.


  • Susu ibu segar seharusnya disimpan pada suhu bilik. Bagi suhu bilik di antara 27 darjah celcius hingga 32 darjah celcius, jangka waktu 3-4 jam adalah had munasabah untuk menyimpan susu ibu perahan (SIP)

  • Susu ibu selamat pada suhu 15 darjah celcius untuk 24 jam berdasarkan kepada perkembangan minimum bakteria yang terkandung di dalam sampel kajian. Walau bagaimanapun, terdapat pek ais yang digunakan mampu menyimpan susu ibu pada suhu seperti di dalam peti ais iaitu 4 darjah celcius. Oleh itu, pastikan kualiti pek ais yang digunakan.

  • Kajian pemerahan susu ibu dengan sedikit pencemaran ketika pengepaman menunjukkan perkembangan bakteria adalah pada paras rendah dalam tempoh 72 jam. Malah, masih selamat selepas 4-8 dari didinginkan.
  • Membeku susu ibu perahan (-4 darjah celcius hingga -20 darjah celcius) adalah selamat untuk sekurang-kurangnya 3 bulan. Vitamin A,E dan B, jumlah protein, lemak, enzim, laktosa, zink, immunoglobulin, lysozyme dan laktoferin lazimnya kekal apabila dibekukan.
  • Susu ibu beku perlu disimpan di bahagian belakang peti sejuk beku untuk mengelakkan pemanasan semula akibat kekerapan membuka dan menutup peti sejuk. Jadi, semua bekas penyimpanan susu ibu perlu ditutup rapat untuk mengelakkan pencemaran
  • Selepas bekas penyimpanan diisi dengan susu ibu, sedikit ruang perlu ada dibahagian atas bekas penyimpan untuk membenarkan susu mengembang ketika dibekukan.
  • Semua bekas penyimpan susu ibu perlu dilabel dengan tarikh susu dipam. Nama anak perlu dilabel terutamanya jika anda membekalkannya kepada pengasuh yang perlu memeberi susu ibu perahan kepada ramai bayi lain.
  • Lazimnya, bayi memerlukan 60- 120 ml susu ibu setiap sesi penyusuan ketika berada di rumah pengasuh. Jadi simpan susu ibu dalam stok 60-120 ml setiap satu adalah cara mudah untuk mengelakkan pembaziran.
  • Elakkan menambah susu ibu yang masih suam ke dalam susu yang telah dibeku. Ini bagi mengelakkan pemanasan semula susu yang telah dibekukan. Adalah lebih baik jika anda menyejukkan terlebih dahulu susu ibu yang baru dipam sebelum dicampur bersama stok sedia ada.
  • Susu ibu yang disimpan mungkin berubah bau dan rasa asalnya kerana aktiviti lipase (proses pemisahan lemak yang membantu proses penghadaman bayi terutamanya bayi pramatang). Susu tersebut tidak mendatangkan mudarat walaupun ada sesetengah bayi mungkin menolak susu berkenaan, memanaskan susu lebih daripada 40 darjah celcius tidak digalakkan kerana boleh mengurangkan enzim susu ibu.
Tips Tambahan Cara Penyimpanan Susu Perahan


1. Simpan Dalam Bekas atau Plastik Yang Kecil

Sebolehnya, setiap bekas dalam 1-4 Oz sahaja. Ini penting untuk mengelakkan susu terbazir. Ye lah kadang-kadang bayi ni menyusu sikit je.

Kalau kita bagi banyak terus; Contohnya terus bagi 7 oz kepada bayi, dan dia tak habis, baki tu hanya boleh diminum semula dalam masa 1-2 jam sahaja.

2. Catat Tarikh Setiap Perahan

Gunakan sticker putih dan catat tarikh perahan untuk setiap bekas. Ini memudahkan anda track ‘expiry’ setiap stok susu tersebut.

3. Cairkan Dengan Perlahan-lahan

Untuk mencairkan susu beku, letakkan terlebih dahulu susu di bahagian fridge supaya ianya cair perlahan-lahan. Kalau nak lagi cepat, boleh letakkan susu beku dibawah air paip yang mengalir.

Seboleh mungkin, elakkan dari mencairkan susu dalam suhu bilik (contohnya letak susu atas meja di dapur atau di sinki).

4. Jangan Campurkan Susu Perahan Sesuka Hati
Kalau nak campur susu perahan (pada hari yang sama sahaja), pastikan kedua-dua susu berada pada suhu yang lebih kurang sama.

Contoh #1; Perah waktu pagi dapat 2 Oz., perah waktu tengahari dapat lagi 2 Oz. Kalau nak campur kedua-dua perahan tersebut, pastikan suhu keduanya adalah sama.

Contoh #2: Susu yang diperah pagi tadi dah letak dalam peti sejuk. Susu yang diperah petang tak boleh terus campur dengan susu pagi tadi. Sejukkan dulu susu petang tersebut. Lepas dah rasa suhu lebih kurang je, baru boleh campur.

5. Cara Panaskan Susu Perahan

Panaskan botol susu di dalam bottle warmer atau rendamkan di dalam air panas (tuangkan air panas dalam cawan atau bekas yang sesuai, kemudian rendamkan bottle susu yang dah cair tadi ke dalam air panas tersebut).

Jangan sesekali panaskan susu menggunakan microwave atau secara terus menggunakkan api dapur. Ini boleh menghilangkan nutrisi dan khasiat susu ibu.

Post a Comment

0 Comments