PENGALAMAN SUSUKAN ANAK SEMASA HAMIL: SUSUKAN ANAK SEHINGGA 2 TAHUN

Assalammualaikum...

Dalam tahun ni ramai kawan2 Ida yang akan bersalin..Dalam bulan ni sahaja dh 3 orang kawan Ida dah selamat melahirkan anak.Kebanyakkan nya semua anak pertama la..So diorang suka la tanya Ida tips2 banaykkan susu la, nak hilangkan kuning anak la..Ida memang suka share benda2 macam ni..walaupun Ida sendiri baru ank 2orang..tapi pengalaman lepas banyak mengajar Ida untuk jadi ibu yang lebih baik..


Tengok sahaja la macam mana Ida berjaya susukan Asyraf sehingga umur 2tahun. Time tu Ida dah mengandungkan Aqil. Susu memang dah kurang tapi Ida still nekad untuk susukan Asyraf sebab Ida yakin rezeki anak masih ada.




Tips Ida susukan anak? 

Apa yang Ida boleh kongsikan semuanya bergantung pada usaha kita..set in mind..Setiap kali susukan anak, Ida akan baca2 surah dan tiup kat ubun2 anak..dalam hati sentiasa niat agar susu Ida ni berkat supaya anak menjadi anak yang soleh, pandai, baik taat pada Allah dan ibu bapa. Niat agar susu sentiasa mengalir dan rezeki anak masih ada.


Pemakanan Ida? Ida makan macam biasa. Kadang2 ada jugak makan fast food ni tapi kurangkan sebab apa yang kita makan, anak kita akan makan. Ida banyakkan minum air. Sebelum menyusu dan selepas menyusu Ida akan minum air. Ida sentiasa ada botol air di sisi. Sehinggakan nak pergi jalan2 pun Ida akan ada air dalam beg. Ida ada juga makan kurma, rempah halba untuk banyakkan susu. Sekarang ni Ida lebih suka buat sup lobak putih untuk banyakkan susu. ( Ida start masa berpantangkan Aqil, terus suka sampai sekarang ). Ida juga banyakkan sunat hajat supaya Ida dapat susukan anak sehingga 2 tahun.


Masa susukan Asyraf memang mencabar. Takde sapa pun support Ida. Mak mertua asyik suruh Ida bagi susu formula sebab time tu Asyraf dah 1 tahun. Ida tak risau sangat sebab die makan memang berselera..makan tak cerewet even Ida goreng telur kicap je kat die ( time Ida malas nak masak ). 


Alhamdullilah Ida berjaya susukan Asyraf sampai 2 tahun. Nak pujuk die minum susu formula memang susah,kena pujuk die baik2, Time tu kandungan dah 7bulan ke atas. Masa malam nak tidur, asyraf mesti nak susu badan juga tapi bukan die minum sangat pun. just nak menempek je..bayangkan la masa Ida sakit nak bersalin, Ida sempat susukan die sbb nak bagi die tidur.


Selepas Aqil lahir, Asyraf dah pandai. Memang die ada mintak tapi Ida selalu cakap Asyraf dah besar, xboleh minum susu mummy lagi..Asyraf budak baik,budak pandai..mummy tak bagi bukan tak sayang, mummy sayang kat Asyraf. So lama2 die pun faham. Alhamdullilah sekarang ni die totally wean off susu badan. Giliran Aqil plak minum susu mummy..hehehe..bila Aqil nangis je mesti Asyraf akan cakap " Mummy bagi Aqil susu, Aqil nak susu"..die pun pandai jaga adik die, Kadang2 die tengok Ida susukan Aqil, die akan cakap "tak malu"..huhuhuh...


So bagi ibu2 yang nak susukan anak sehingga 2 tahun, Ida nasihatkan tawakkal,nekad dan yakin dengan rezeki Allah S.W.T..set in mind yang korang boleh susukan anak walaupun sedang hamil.


Bagi ibu2 yang ada masalah susu kurang, boleh try Set Menyusu Shaklee..tapi jangan bergantung pada supplement semata2,,yang penting set dalam mind korang..supplement ni hanya membantu bila rangsangan terhasil..


Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh hubungi saya:

NURUL AQIDAH AZAHAR
(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
sms/whatsapp 0174636210
Fanpage : Mummysupplementshop
Email : Aqidgirl_88@yahoo.com

*setiap pembelian anda wajib akan mendapat konsultasi percuma yang berterusan dari saya

Post a Comment

0 Comments