10 TIPS MENYUSUKAN BAYI DI TEMPAT AWAM: PUBLIC NURSING

Assalammualaikum

Sesetengah ibu sanggup terperap di rumah kerana rasa tidak selesa ketika menyusukan bayi di tempat awam. Berhenti menyorok, ketahui panduan untuk menyusukan bayi sama ada di pasaraya, restoran atau mana-mana tempat awam...termasuk la Ida.Ida susah skit nak susukan anak di tempat awam sebab anak tak nak duduk diam. Die macam rimas dan tak selesa. Selalunya Ida akan susukan di dalam surau. Pernah juga susukan di tempat awam tapi jarang, itu pun time anak betul2 mengantuk or tertido.So ni Ida share kan bagi ibu2 di luar sana k..



Tips susukan bayi di tempat awam

1. Apabila sampai di destinasi yang dituju dan sebelum keluar dari kereta, susukan bayi terlebih dahulu sehingga bayi kenyang. Lepas tu bolehlah jalan-jalan dengan tenang sikit. Selalunya Ida akan buat cmni la,sblum keluar kereta,akan susukan anak dulu

2. Jika bayi anda sudah pun berumur 6 bulan keatas dan mula menerima makanan pejal, beri bayi anda makan sebelum keluar. Jadi bila keluar tu, bayi dah kenyang dan masa untuk menyusu juga pasti lambat lagi.

3. Jika bayi anda telah mula makan makanan pejal, anda boleh bawa bekal biskut bayi dan air masak. Jadi apabila bayi lapar, anda boleh berikan biskut kepada bayi anda sehingga anda menemui tempat yang sesuai untuk menyusukan bayi. Dengan cara ini, tak adalah bayi anda menjerit ditengah-tengah orang ramai tu

3. Jika di shopping complex, cuba cari fitting room (bilik mencuba baju), tempat menukar lampin, surau dan sudut-sudut yang agak jauh dari escalator, tangga, lif dan laluan orang ramai untuk anda menyusukan bayi. ( pernah susukan ank dalam fitting room masa nak beli tudung..hehheh )


4. Kalau tak ada tempat-tempat diatas, jika anda bawa stroller / kereta sorong bayi, anda boleh jadikan stroller sebagai pelindung dengan meletakkan stroller didepan anda. Sekurang-kurangnya adalah juga cover sikit. Di sebelah kiri dan kanan pula, anda boleh minta suami dan anak anda yang dewasa (jika ada anak yang dah besar sikit) untuk berdiri bagi melindungi anda

5. Jika anda bertudung, anda boleh gunakan tudung sebagai cover dibahagian dada sewaktu menyusukan bayi. Jika sebaliknya, sebaiknya andaa bawa selendang dan letakkannya dibahu sewaktu menyusukan bayi.


Ida gune yang ni utk cover, Ida jahit skit pastu letak pin..Ala lebih kurang cam nursing cover yang jual kat kedai tapi ida gune selendang,sbb Ida xpandai pkai..hehhe

6. Untuk melindungi bahagian perut yang terdedah, anda boleh gunakan tube atau jika anda memakai bengkung moden, ia boleh digunakan untuk menutup perut anda sewaktu menyusukan bayi

7. Gunakan sling – selain dari untuk mengendong bayi ia juga membantu memudahkan anda menyusukan bayi ditempat awam. Tak ada orang yang akan perasan yang anda sedang meyusukan bayi

8. Jika ada yang merenung kepada anda, tenung je balik. Mesti lepas tu dia alihkan muka ke tempat lain. Anda tak buat salah apa pun. Sebaliknya sedang melakukan tugas yang mulia sebagai seorang ibu – menyusukan bayi anda. Dapat pahala lagi tau…

9. Tenangkan diri anda.Kalau anda menggelabah dan rasa tak selesa.. mesti lambat nak dapat let down. So be cool dan calm, okey

10. Pakai bra menyusu yang sesuai agar mudah untuk anda menyusui bayi anda.

Post a Comment

0 Comments