MERAWAT KECANTIKAN WAJAH

Assalammualaikum..

ANDAI garis halus dan kedutan mula kelihatan di wajah, jangan tergesa-gesa menjalani rawatan pemulihan wajah atau melakukan pembedahan plastik kerana proses penuaan itu mungkin berpunca daripada gaya hidup yang tidak seimbang.

Justeru, banyak lagi kaedah untuk mengurangkan tanda itu dengan cara yang lebih selamat dan semula jadi malah ada yang langsung tidak memerlukan kos. 



Amalkan daun lemuni

Ambil beberapa helai daun lemuni. Sesetengah orang memanggilnya daun lengundi. Rebus daun ini dan minunm airnya. Pucuknya pula boleh dibuat ulam. Amalkan selalu untuk kesan yang memberangsangkan.

Kehebatan air kelapa

Air kelapa memang banyak manfaat. Salah satunya ialah menyerikan wajah. Jangan fikir air ini untuk diminum. Sebaliknya gunakan air kelapa ini untuk mencucikan muka. Apa yang anda harus lakukan adalah sapu dengan rata air kelapa ke seluruh wajah. Biarkan kering. Selepas itu, cucilah kembali dengan air bersih. Khasiat air kelapa dipercayai menyerikan kulit wajah dan dalam masa yang sama memudarkan sebarang parut yang ada.

Minum air sebelum mandi

Ini juga salah satu cara yang mujarab. Ramai yang telah mempraktikkan. Untuk menaikkan seri wajah dari dalam, minumlah segelas air suam sebaik bangun tidur. Lakukan sebelum anda menggosok gigi dan mandi. Amalkan setiap hari. Tindakan ini dieprcayai mampu melancarkan perjalanan darah sehingga wajah terlihat segar dan berseri.

Menggunakan jari

Ini juga salah satu petua semulajadi yang boleh anda amalkan. Sebelum mandi, gunakan jari telunjuk dan rautkan dengan air bermula dari bawah muka hingga ke dahi. Berselwatlah waktu itu. Ulangi langkah sebanyak tiga kali. Cuba amalkan setiap hari. Amalan ini dipercayai membantu mengelakkan kulit cepat berkedut. Syaratnya, raut dari bawah ke atas dan bukan sebaliknya. Sebagai tambahan, amalkan bacaaan Al-Quran.


creadit:mingguanwanita

Ada lagi 1 tips yang Ida gunakan dengan air basuhan beras,,jerawat ngan bintik2 halus pun boleh hilang..

Selamat mencuba!

Post a Comment

0 Comments