PANDUAN PENGASUH BERI SUSU PERAHAN

Assalammualaikum...

Di sini Ida nak share kan panduan bagi pengasuh untuk beri susu perahan kepada bayi anda. Artikel ni Ida amik dari PaMa. Hope dapat membantu ibu-ibu supaya dapat menjayakan pemberian susu ibu kepada anak-anak.

Antara dilema yang sering dihadapi oleh ibu bekerja selepas melahirkan anak adalah pemberian susu ibu yang berterusan. Kerisauan pengasuh tidak faham bagaimana pemberian susu ibu perahan (SIP) kepada bayi membuatkan ibu seperti hendak berhenti kerja.

Sebenarnya isu kembali bekerja dan menyusukan bayi secara eksklusif tidak sepatutnya menjadi halangan. Sebaik-baiknya sebelum membuat keputusan menggunakan khidmat mana-mana individu atau taska tertentu yang bakal menjadi pengasuh bayi, bincang terlebih dahulu dengan pihak berkenaan tentang keinginan anda yang mahu menyusu susu ibu secara eksklusif.

Berikut adalah panduan berguna yang boleh dikongsikan dengan pengasuh bayi anda agar dia lebih memahami cara pemberian susu ibu kepada bayi.

1.Kumpul SIP

Kumpul SIP seawal yang mungkin ketika cuti bersalin (dua minggu selepas melahirkan). Lebih awal anda mengumpul SIP, peluang meneruskan penyusuan susu ibu semakin tinggi.

2.Kekalkan SIP

Rutin memerah susu ibu di pejabat perlu dilakukan secara teratur agar penghasilan susu tidak terjejas. Anda disarankan mengepam setiap tiga jam. Dalam pada itu, SIP sebaik-baiknya disimpan di dalam peti sejuk. Jika pejabat tidak menyediakan peti sejuk, anda perlu menyimpannya di dalam beg pendingin yang disertakan dengan beberapa pek ais untuk bertahan sekurang-kurangnya lapan jam. Apabila kembali ke rumah, terus simpan SIP di dalam peti sejuk untuk kegunaan hari esok.

3.Penyediaan SIP

Di rumah, anda perlu mencairkan SIP yang beku di dalam peti ais sepanjang malam. Jangan lupa untuk ingatkan pengasuh bahawa SIP yang cair tersebut perlu dihabiskan dalam tempoh 24 jam. Manakala susu yang dipanaskan pula perlu dibuang jika melebih sejam. Anda turut digalakkan untuk memberi stok SIP segar (baharu dipam) untuk keperluan bayi semasa di tempat jagaan pengasuh.

4.Pemanasan SIP

Ajar pengasuh bahawa SIP perlu dipanaskan di dalam air suam, bukannya air mendidih kerana suhu yang terlalu panas akan memusnahkan beberapa nutrient penting di dalam susu.

Jangan sesekali memanaskan SIP menggunakan ketuhar gelombang mikro kerana ia akan memusnahkan nutrien penting susu ibu dan boleh menyebabkan mulut bayi melecur. Setelah dipanaskan, titiskan susu tersebut ke pergelangan tangan bagi menguji kepanasannya sebelum diberi kepada bayi.


Ingatkan pengasuh bahawa SIP tidak boleh dibekukan semula dan dipanaskan lebih daripada sekali. Sebaik-baiknya, anda menyediakan kelengkapan untuk memanaskan SIP seperti termos berisi air panas, bekas atau mangkuk khas dan lain-lain.

Sedikit sebanyak ia membantu meringankan beban pengasuh dalam mengendalikan penyusuan bayi. Satu lagi maklumat penting yang mesti disampaikan kepada pengasuh ialah normal apabila lapisan lemak berada di bahagian atas SIP jika dibiarkan di dalam peti ais. Jadi, dia perlu menggoncangkan botol perlahan-lahan bagi membolehkan SIP bercampur semula.

5.Pemberian SIP

Hakikatnya tiada botol yang serupa dengan payu dara ibu. Namun, tidak dinafikan penggunaan botol membantu memudahkan pengasuh memberikan SIP. Selain daripada botol, anda digalakkan menggunakan alternative lain seperti cawan penyusuan, picagari ataupun sudu plastik. Alternatif ini dilakukan bagi mengelakkan bayi keliru puting.

Malah di sini juga ida share kan beberapa panduan untuk memerah dan mencairkan susu ibu. Harap dapat membantu k..

CARA CAIRKAN SUSU PERAHAN, klik di sini

CARA BUAT POWER PUMPING, klik di sini

PANDUAN MEMERAH SUSU DENGAN TANGAN, klik di sini

PANDUAN PENYIMPANAN SUSU IBU, klik di sini


Post a Comment

0 Comments