TANDEM NURSING : TAMBAHKAN STOK SUSU

Assalammualaikum

Salah satu usaha untuk menambah stok susu ibu ialah dengan mengamalkan TANDEM NURSING ( sebelah menyusukan bayi dan sebelah lagi mengepam )..Mula-mula memang rasa kekok nk buat kedua-dua perkara ni serentak..tapi,seperti biasa,PRACTICE MAKES PERFECT..Biasakan dengan amalan ini,InsyaAllah perkara ni akan jadi rutin biasa bagi anda.

Tetapi jika bayi anda sentiasa mengacau dan rasa tidak selesa, anda boleh mengepam sebelah lagi payudara apabila bayi habis menyusu. Bayi sudah kenyang pasti tidak akan merengek lagi. Untuk menangani masalah breastpum yang bising (electric/ battery breastpump), anda boleh membalut motor breastpump dengan plastic bubble supaya dapat mengurangkan kebisingannya. Bunyi breastpum selalunya akan menarik perhatian bayi.




Antara kebaikan tandem nursing ialah:

  • Memperbanyakkan air susu ibu
  • Menyusu secara tandem akan mengurangkan rasa cemburu adik-beradik jika anda baru sahaja lepas melahirkan. Anak yang tua akan sayang dengan adiknya dan tiada istilah cemburu kerana masing-masing berkongsi bonding dengan ibu mereka.
  • Tandem nursing akan mengurang rasa bengkak payudara akibat susu banyak.
  • Anak-anak akan rapat dan saling menyayangi.
  • Tidak perlu risau samada susu cukup atau tidak untuk si kecil kerana asas penyusuan adalah 'demand and supply'. Selagi bayi menyusu selagi itu susu akan banyak.
Tips tandem nursing
  • Makan lebih banyak makanan yang berkhasiat dan tidak perlu berdiet kerana setiap kali menyusukan secara tandem nursing akan melibatkan pembakaran sehingga 1000 carbo. Pengambilan makanan tambahan juga sangat membantu.

  • Mencuba beberapa kaedah menyusukan seperti:
  1. Pegang kedua-duanya secara Cradle Hold
  2. Pegang kedua-duanya secara Football Hold
  3. Seorang secara Cradle Hold dan seorang lagi secara Football Hold
  4. Cuba dan terus mencuba posisi yang anda dan bayi sesuai.
Antara amalan mengepam lain yang boleh diamalkan untuk menambah stok susu ibu ialah:

1. Pam di waktu pagi sebelum bayi bangun tidur. Biasanya waktu pagi buubies sedang engorge.

2. Pam sedikit sebelum menyusukan bayi. Biarkan hisapan bayi mengosongkan payudara.

3. Pam selepas menyusukan bayi (sekiranya tidak pam sebelumnya) untuk mengosongkan payudara.

4. Pam semasa bayi tidur.

5. Pam sebelum ibu tidur.

6. Pam di antara waktu tidur (bangun malam untuk pam).

Post a Comment

0 Comments