5 JENIS MAKANAN YANG BOLEH MENGAWAL PENYAKIT

Assalammuaalaikum..

Sebut tentang pemakanan, memang ramai yang akan kawal makanan yang diambil lebih-lebih bagi pesakit kencing manis or gout. Bila makan lebih sikit mula la naik tahap kawalan yang telah ditetapkan. Yelah kita mana la boleh nak kawal pemakanan kita dengan makanan yang sedap2 di depan mata. Di sini Ida nak kongsikan jenis makanan yang boleh mengawal penyakit. Artikel ni Ida ambil dari Majalah Rapi.

5 JENIS MAKANAN YANG BOLEH MENGAWAL PENYAKIT


Oat

Hanya dengan dua hidangan oat mampu menurunkan kolesterol LDL sebanyak 5% dalam masa enam minggu. Kunci utama untuk membunuh kolesterol adalah beta-glucan di mana oat ini mampu menyerap LDL dan menyingkirkan lemak dari badan.

Cendawan
Makanan cegah lemak dan penggalak imun ini mampu meningkatkan pengeluaran dan aktiviti sel darah putih. Jumlah yang disyorkan setiap hari adalah ¼ kepada 1 auns dimana anda boleh menambahkan cendawan ini ke dalam sayur, pasta atau telur dadar.

Asparagus
Sayur rangup ini membekalkan inulin, satu serat khas yang membantu bakteria baik di dalam saluran penghadaman anda. Gril asparagus atau makan bersama krim sup boleh meningkatkan mood anda.

Pisang

Saiz pisang yang sederhana meningkatkan tenaga berpanjangan selain menahan lapar dalam masa yang lama. Kandungan vitamin B6 membantu otak menghasilkan serotonin. Lebih banyak serotonin yang dihasilkan, semakin kurang rasa tekanan atau kegusaran. Hidangan mufin pisang memadai untuk anda yang diet.

Bawang

Di sesetengah negara menganggap bawang mampu mengubati pelbagai penyakit bermula dari diabetis sehinggalah rawatan meningkatkan prestasi olahraga. Bau yang terdapat pada bawang juga mampu menentang penyakit kardiovaskular. Memasukkan bawang di dalam masakan mampu menambah rasa pada masakan yang boleh menentang rasa cepat lapar.

Memang tidak dinafikan pengambilan nasi putih membuatkan selera bertambah lebih-lebih lagi jika terdapat lauk yang kena dengan selera anda. Melatih diri mengambil makanan di atas membantu anda lebih cepat kenyang dan bertenaga selain menolak makanan tinggi karbohidrat, tinggi gula dan lemak yang sering menjadi punca anda mudah dijangkiti penyakit.

Bagi sesiapa yang ingin tahu lebih lanjut mengenai supplement utk kawalan kencing manis, darah tinggi, gout dan ingin kurus. Boleh pm Ida k...

Sebarang pesanan dan pertanyaan boleh hubungi saya:

NURUL AQIDAH AZAHAR
(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
sms/whatsapp 0174636210
Email: Aqidgirl_88@yahoo.com

Post a Comment

0 Comments