5 TIPS KURANGKAN KEDUTAN DI WAJAH

Assalammualaikum..

Bercakap tentang kedutan di wajah.Oh tidak..lelaki atau perempuan mesti nak muka nampak awet muda walaupun telah dimamah usia. Itu perkara biasa Apabila umur meningkat maka kolagen dan elastin dibawah kulit akan mengendur dan mengakibatkan masalah kedutan dan garis halus. Kesannya, kulit menjadi longgar, kendur, hilang lemak, nipis dan kasar. Jom Ida nak kongsikan petua skit utk korang.

5 TIPS KURANGKAN KEDUTAN



Mengamalkan pemakanan yang sihat.

“Diri kita adalah apa yang kita makan” maksudnya amalan pemakanan kita seharian adalah penyumbang terbesar kepada kesihatan kita. Oleh itu, amalkan makanan yang menyumbang kepada kesihatan kulit iaitu lebihkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan. Ia mampu membantu, memperbaiki struktur kulit dan mengurangkan kedutan. Disamping itu, hendaklah kurangkan pengambilan makanan segera, makanan berminyak dan makanan berlemak.

Jangan lupa pengambilan air yang mencukupi juga akan mempengaruhi tahap kesihatan kulit anda. Amalkanlah minum air masak 8 gelas sehari untuk cuaca dan keadaan yang normal. Kandungan air yang cukup dalam tubuh mampu mengekalkan keanjalan kulit dan secara tidak langsung dapat mengelakkan kedutan di wajah anda.

Mengamalkan pengambilan ikan sebagai diet harian. Ikan sememangnya kaya dengan protein yang dapat membantu membina struktur kulit. OMEGA-3 yang terdapat pada ikan salmon, mackerel dan tuna misalnya mengandungi ALA (Alpha Linolenic Acis) dan EPA (Eicosapemntanoik Acid) dan DHA (Docosahexanoic Acid) yang amat baik untuk tubuh dan kulit

Lindungi kulit anda dari sinaran matahari.

Terdedah kepada sinaran UV juga menyumbang kepada penuaan kulit dan faktor terbesar yang menyebabkan kedutan. Justeru itu, elakkan kulit anda dari pendedahan secara langsung dari cahaya untuk jangkamasa waktu yang panjang. Disamping itu, pakailah Krim Perlindungan Kulit yang mengandungi SPF35 ke atas tidak kira semasa anda diluar rumah mahupun semasa didalam rumah. Ini kerana radikal-radikal bebas sentiasa ada sekeliling anda.

Penggunaan Krim Pelembab

Elakkan kulit anda dari mengalami pengeringan kerana kekeringan kulit adalah penyumbang kepada kehadiran kedutan. Gunakanlan krim pelembab yang sesuai dengan kulit anda. Ia dapat membantu kulit mendapatkan lembapan yang cukup dan membantu kulit menjadi lebih elastik serta dapat mengurangkan kedutan.

Dapatkan tidur yang cukup.

Kurang mendapatkan tidur yang sempurna juga boleh menyebabkan proses penuaan dan kedutan dengan cepat di wajah. Sebaik-baiknya tidur biar cukup 8 jam. Tidur yang berkualiti adalah pada jam 10.00pm – 5.00am kerana pada masa ini badan akan bekerja untuk memperbaiki sel-sel yang rosak. Disamping tidur, senaman yang teratur juga mampu memberikan kesihatan pada kulit. Dimana tahap kelembapan dan perpeluhan yang berlaku dapat merangsang hormon yang sihat.

Hindari dari merokok / Cuci solekan

Merokok juga mampu mengurangkan kelembapan kulit dan menyumbang kepada kehadiran kedutan.Cuba elakkan dari merokok dan berada berhampiran orang yang sedang merokok. Segera mencuci wajah anda jika terpaksa bersama orang yang sedang merokok.

Jangan sesekali tidur tanpa membersihkan sisa solekan pada wajah. Sisa solekan ini walaupun Cuma bedak, akan menutup pori-pori kulit wajah. Ia akan menyebabkan pori-pori tersumbat yang menyumbang kepada kehadiran kedutan.

Kesan-Kesan dan Faedah-Faedah Mengambil Kolagen Shaklee

  • Anti-penuaan Mengurangkan liang pori-pori, kedutan dan garis-garis halus yang kelihatan. 
  • Menghidratkan Melembapkan kulit bagi mengurangi rasa kering dan berkupas pada muka. 
  • Mengembalikan Keanjalan Kulit Meningkatkan ketegangan kulit, keanjalan dan kelembutan
  • Melicinkan Meningkatkan kelembutan dan kelicinan kulit. 
  • Menyuburkan Menggalakkan kuku yang kuat, rambut yang tebal dan bersinar 
  • Mencerah Mengurangkan pigmentasi, jeragat dan meratakan warna kulit.
  • Menegang Membantu menegang dan menganjalkan payu dara 
Faedah Bonus

Menyokong kesihatan sesendi dan menguatkan tulang. Bantu mengekalkan otot di dalam mata supaya lembut.

Nak order? sila klik


SEBARANG PERTANYAAN DAN PESANAN BOLEH HUBUNGI SAYA:

NURUL AQIDAH AZAHAR
(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
SMS/WHATSAPP 0174636210
EMAIL: Aqidgirl_88@yahoo.com

Post a Comment

0 Comments