4 CARA SENDAWAKAN BAYI SELEPAS MENYUSU

Assalammualaikum...

Mungkin ramai ibu-ibu yang titikberatkan supaya sendawakan bayi selepas menyusu.

Bila bayi sedang menyusu sejumlah kecil udara akan masuk ke dalam badan. Udara ini akan terperangkap dalam perut sebab itu la bayi mudah jadi kembung perut. 



Perut bayi menjadi tidak selesa kerana udara yang terperangkap di dalam perut. Keadaan ini boleh menyebabkan bayi tersedak susu. Jadi bila bayi disendawakan ini membantu supaya udara itu dikeluarkan.

Tanda-tanda bayi mengalami kolik ialah bayi berumur kurang daripada 3 bulan, menangis dan menjerit, kaki ditarik ke dada semasa menangis. Tangisan yang berlaku pada masa lebih kurang sama tiap-tiap hari.


Terdapat 4 cara untuk sendawakan bayi iaitu :

4 cara sendawakan bayi

1. Bahu

Gendung bayi anda posisi tegap menghadap ke belakang dengan dagu bayi di atas bahu anda. Usap perlahan bahagian belakang sehingga dia sendawa.

2. Meniarap di pangkuan

Meniarap bayi anda pada salah satu paha anda. Kemudian usap-usap belakangnya dengan perlahan-lahan. Pastikan kepala bayi lebih tinggi dari badannya.

3. Duduk menghadap ke depan

Biarkan bayi anda duduk dalam pangkuan anda dengan selesa. Condong ke depan, gosok dan tepuk-tepuk punggungnya dengan jari-jemari anda sehingga udara dalam badannya keluar.

4. Dukung

Dukung bayi sambil mengajaknya berjalan-jalan di dalam rumah, gunakan sebelah tangan anda untuk menggosok bahagian belakangnya.

SEMOGA MEMBERI MANFAAT!

Post a Comment

0 Comments