5 PESANAN UNTUK IBU HAMIL BERHARI RAYA

Assalammualaikum...

Mungkin ada ibu-ibu pada bulan Ramadhan ni yang menanti saat kelahiran tak lama lagi. Kebetulan due date tu pada bulan Syawal. Yelah tinggal beberapa hari lagi ni. Bak kata orang tua,menunggu masa je nak lahirkan anak.


So di sini nak hanya sebagai peringatan para ibu hamil yang menunggu hari.

5 PESANAN UNTUK IBU HAMIL BERHARI RAYA

1. Jangan Lupa Buku Merah


Walaupun sibuk nak pergi berhari raya. Jangan lupa sentiasa bawa buku merah letak dalam beg.Yelah takut kalau tiba-tiba ada kat kampung dah sakit kontrasksi nak beranak. Jenuh nak balik rumah pula nak ambil buku merah.Segala rekod kesihatan kehamilan yang dicatatkan di situ memudahkan doktor hospital ambil tindakan.


2. Beg Keperluan Ibu Dan Bayi



Ini lagi 1 barang penting kena bawa ke mana-mana sahaja walaupun korang nak pergi shopping pun. Letak benda ni dalam bonet kereta. Dah kalau tengah menunggu hari nak bersalin mestilah bila-bila masa je sakit kontraksi tu boleh datang. Takkan la nak patah balik ke rumah nak ambil barang. Rumah dekat boleh la..kalau jauh.jenuh...

3. Jangan Lasak Sangat


Dekat akhir-akhir kehamilan ni jangan la lasak sangat tapi janganlah jadi pemalas sangat. Buat sekadar yang boleh dan larat je. Pada waktu camni ibu-ibu hamil kena banyak berehat.

4. Awas Apa Yang Dimakan


Menyambut hari raya tak bermakna ibu-ibu hamil boleh makan sesuka hati je. Bukan makna tak boleh makan langsung tapi jangan la keterlaluan sangat. Mentang-mentang nanti tengah pantang tak boleh makan itu ini,time nak dekat bersalin bedal semua macam benda dalam mulut. Kalau kandungan gula tinggi bahawa ada ibu dan anak tambah pada ibu yang ada kencing manis semasa hamil.

5. Kurangkan Berjalan Jauh

Kalau ada rombongan nak pergi berhari raya tempat-tempat jauh. Elakkan la. Mana tahu kawasan tu jauh dari hospital. Susah plak nanti. Berjalan jauh ni jadikan badan ceat penat. Takut kang tiba-tiba sakit kontraksi,hospital jauh. Kan dah susah. 

rujukan:Pama

Seingat Ida dulu masa mengandungkan Aqil,Ida balik ke Kedah. Masa tu kandungan dah masuk 8bulan. Badan dah memang penat jalan jauh kan. Nasib baik tak beranak masa tengah jalan. Balik je dari Kedah,dalam masa 1-2minggu camtu dah bersalin.hehehe.

Orang tua cakap masa nak dekat-dekat bersalin,banyakkan berjalan tapi bukan bermakna sampai badan jadi penat tau. Hanya nak mudahkan beranak nanti.

Pastikan ibu-ibu hamil menjaga keselamatan dan kesihatan diri sendiri dan bayi dalam kandungan.

GOOD LUCK! :)

Post a Comment

0 Comments