5 TIPS ATASI GEMUK AIR,STRESS ORANG PANGGIL KAKAK TAPI UMUR MUDA

Assalammualaikum...

Masalah kegemukan semakin hari semakin meningkat. Malah semakin lama semakin tinggi puratanya. Statistik di seluruh dunia menunjukkan Malaysia berada di aras paling atas yang mengalami masalah kegemukan. Kegemukan ni ada banyak jenis dan salah satunya ialah masalah gemuk air.



Gemuk air ini disebabkan oleh kekurangan air dalam badan. Bagi yang ada masalah ini selalunya akan cepat rasa penat dan mengah kalau melakukan sesuatu kerja. Salah satu nak tahu korang ni gemuk air atau tak. Timbang berat pagi dan malam. Kalau ada perbezaan antara 1-2kg,itu gemuk air namanya. Macam belon kalau diisi air pastu diramas-ramas kan.


Selain itu bagi kaun wanita yang makan pil perancang dan ubat-ubatan juga antara sebab gemuk air. Selain tu seperti kurang pengambilan vitamin B dalam badan,banyak makan garam,kegagalan buah pinggang dan kekurangan protein dalam badan.

5 TIPS ATASI GEMUK AIR

1. Banyakkan minum air


Salah satu sebab gemuk air kan disebabkan kekurangan air dalam badan. Jadi korang kena banyakkan minum air sekurang-kurangnya 2liter sehari. Lebih pun takpe,takde salahnya. Kalau nak lebih baik kurangkan minum air yang bergula dan bersoda.

2. Kurangkan garam


Garam ni sebenarnya hanya nak bagi rasa sedap dan cukup rasa je dalam makanan. Garam merupakan penyebab lain yang terjadinya kegemukan air ni. Jadi kurangkanla garam dalam masakan korang. Lebih-lebih lagi dalam makanan segera. Mentang-mentang la bujang kan. Makanan tu je yang senang korang nak makan setiap hari.

3. Amalkan senaman


Cuba lakukan senaman setiap hari. Ini membantu untuk tingkatkan degupan jantung dan membuatkan korang rasa berpeluh. Ini juga membantu keseimbangan air dalam badan lebih baik. Senaman terbaik untuk masalh gemuk air ini ialah senaman jenis fizikal dan kardiovaskular seperti jogging dan berenang.

4. Makan makanan yang seimbang


Kalau boleh banyakkan makan sayur-sayuran dan buah-buahan setiap hari. Walaupun korang dok bujang seorang diri itu tak bermakna korang tak boleh nak makan makanan seimbang. Nak taknak,rajin dan malas je. Kalau dok rumah sewa ramai-ramai apa kata kongsi duit masak dan makan sama-sama kat rumah. Kan lebih jimat dan lebih sihat. Ini tidak asyik nak drive-thru je...hehehe. Cukupkan zat protein,karbohidrat,zat besi dan sebagainya dalam diet makanan korang.

5. Elakkan makanan yang tinggi kalori


Bila makan makanan yang berkalori tinggi, bukan je korang akan naik berat badan dan mungkin boleh menyebabkan koletsrol dalam badan pun tinggi. Kalau bersenam macam mana pun tapi makan ikut suka hati je. Jangan tanya nape tak kurus ye...

rujukan.Nona.karangkraf



Nak order? sila klik


Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh hubungi saya:

NURUL AQIDAH AZAHAR
(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
sms/whatsapp 0174636210
Fanpage : Mummysupplementshop
Email : Aqidgirl_88@yahoo.com

*setiap pembelian anda wajib akan mendapat konsultasi percuma yang berterusan dari saya.


Post a Comment

4 Comments