8 MAKANAN YANG BAGUS MAKAN SEMASA DATANG BULAN

Assalammualaikum...

Salah satu masalah yang paling kaum perempuan tak suka semasa datang bulan adalah masalah sengugut atau period pain. Memang teruk ada tu samapi seharian tak bangun buat kerja asyik baring je. Ada tu terpaksa mintak MC atau tak dapat datang ke kelas dan sebagainya.


Memang agak susah nak atasi masalah sengugut ni. Ada sesetengah orang makan pun tak lalu, muka pucat, asyik nak marah je kat orang. Ini nak kongsikan 8 jenis makanan yang bagus dimakan semasa datang bulan dan boleh kurangkan masalah sengugut korang.


8 JENIS MAKANAN BAGUS MAKAN SEMASA DATANG BULAN 
1. Air


Bila sakit sengugut datang masa datang mulut. Korang memang akan rasa kurang nak  minum air. Tetapi sebenarnya masa ni korang kehilangan banyak cecair dalam badan. Jadi banyakkan minum air k...

2. Sayuran hijau


Serat dengan zat besi yang terkandung dalam sayuran hijau sangat membantu semasa datang bulan. Tapi jangan makan terlalu banyak untuk elakkan dari kembung perut.

3. Ikan


Ikan salmon dan tuna antara yang mengandungi Omega 3
dan lemak asid yang baik untuk merehatkan otot dalam
badan dan mengurangkan kekejangan anda.

4. Pisang


Pisang merupakan salah satu sumber kalium yang kaya dengan vitamin B6 dan lain-lain. Di mana kesan glukosa didalamnya akan meningkatkan mood korang jadi lebih baik. Ia juga akan kawal usus dari mengalami cirit-birit. 

5. Kekacang


Kacang merupakan sayuran hijau yang mengandungi zat besi sangat bagus dimakan kerana ua akan mengembalikan keseimbangan dalam badan dengan lebih baik.

6. Daging merah


Daging ayam atau lembu akan meningkatkan
kandungan zat besi dalam badan. Jika diambil bersama
sayuran hijau dan kekacang tahap zat besi dalam badan akan pulih dalam masa yang singkat.

7. Coklat


Ada yang kata coklat mengandungi kafein dan gula yang tinggi tapi kajian menunjukkan ia akan membantu melepaskan serotonin iaitu bahan kimia untuk menjadikan mood kita lebih baik. Ia juga mengandungi magnesium yang sangat bagus. Tapi jangan ambil terlalu banyak. So masa datang bulan, makan coklat sebaiknya coklat gelap sebab ia akan membuatkan mood korang lebih ceria.

8. Vitamin C


Ambil buah‐buahan yang tinggi dengan kandungan vitamin
C seperti oren untuk mengurangkan simptom PMS.



Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh hubungi saya:

NURUL AQIDAH AZAHAR
(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
sms/whatsapp 0174636210
Fanpage : Mummysupplementshop
Email : Aqidgirl_88@yahoo.com

*setiap pembelian anda wajib akan mendapat konsultasi percuma yang berterusan dari saya


Post a Comment

0 Comments