6 TIPS ATASI MISS V DARI JANGKITAN KUMAN,OPS!

Assalammualaikum

Masalah yang sering menjadi perkara yang agak memalukan bagi kaum wanita adalah masalah keputihan ataupun jangkitan pada alat sulit. Ini adalahh rahsia wanita yang tak mungkin boleh diceritakan pada orang lain. 


Keputihan adalah masalah normal yang sering berlaku kepada kebanyakan wanita. Yang membezakannya iaitu sama ada masalah itu serius atau sebaliknya. Hal ini berlaku kerana bahagian alat sulit wanita sangat sensitif kepada perubahan persekitaran terutama tahap keasidan dan kealkalian.Ini ada 6 tips atasi miss v dari jangkitan kuman.

6 TIPS ATASI MISS V DARI JANGKITAN KUMAN

1. Bersih


Kita hendaklah sentiasa pastikan ia dalam keadaan bersih dan kering. Dan diingatkan sebelum solat untuk mencuci sebersihnya supaya solat kita sah.

2. Bahan pencuci


Elakkan dari menggunakan sabun atau gel pembersih kerana bahan ni mengandungi banyak bahan kimia yang boleh menyebabkan miss V jadi pedih, kering dan gatal. Ada juga kaum wanita yang memang sensitif dengan pewangi sabun ni.

3. Douche


Cara ni dilakukan bertujuan untuk membersihakan bahagian dalaman miss V. Elakkan terlalu kerap melakukannya.

4. Kerap tukar tuala wanita


Sebaiknya kerap la tukar tuala wanita terutamanya semasa datang haid dengan jumlah yang banyak. Sekurang-kurangnya tak pakai lebih dari 6 jam. Jika menggunakan tampon pula, elakkan jenis tampon yang mengandungi bahan pewangi.

5. Fabrik seluar dalam


Jangan menggunakan seluar dalam yang terlalu ketat dan diperbuat daripada kain sintetik. Fabrik ini akan menyebabkan kulit berpeluh tiada peredaran udara dan menggalakkan kuman membiak. 

6. Sentiasa bersihkan diri sebelum bersama


Bagi wanita yang berkahwin dinasihatkan sentiasa bersihkan diri sebelum bersama agar dapat memastikan kebersihan yang lebih optimun. 

Tanda-tanda dijangkitan kuman

• Pengeluaran lendir berwarna putih.
• Gatal.
• Berbau.
• Sakit pada abdomen.
• Demam.
• Sakit ketika membuang air kecil.
• Haid yang tidak menentu.



Nak order? sila kliK


Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh hubungi saya:

NURUL AQIDAH AZAHAR
(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
sms/whatsapp 0174636210
Fanpage : Mummysupplementshop
Email : Aqidgirl_88@yahoo.com

*setiap pembelian anda wajib akan mendapat konsultasi percuma yang berterusan dari saya


Post a Comment

0 Comments