Bila bercakap tentang masalah kulit, ada bermacam-macam jenis masalah kulit ni. Ada yang masalah kulit kering, kulit berjerawat dah kulit berminyak. Agak malu masalah kulit berminyak ni bila di bawah sinaran matahari, nampak bersinar je. Sampaikan pakai tisu anti minyak pun habis lencun.
Ini akan menyebabkan masalah jerawat pula timbul. Jerawat akan timbul apabila minyak/sebum, bakteria dan sel kulit mati menyumbat liang roma pada kulit muka. Dah satu masalah pula kan. Ini ada 8 perkara mesti dielakkan bagi masalah kulit berminyak.
8 PERKARA MESTI DIELAKKAN BAGI MASALAH KULIT BERMINYAK
1. Membersihkan Muka Terlalu KerapBila kulit berminyak semestinya kita nak kulit kita menjadi kering,lembab dan jerawat pun cepat hilang. Cara yang salah apabila kebanyakkannya suka mencuci muka dengan terlalu kerap. Cukupla sekadar 2 kali sehari iaitu pagi dan malam sahaja.
2. Menyental kulit dengan scrub terlalu kerap
Elakkan guna scrub dengan terlalu kerap. Scrub ni agak kasar dan kalau korang kerap sangat menyentalnya ia akan lebih memburukkan keadaan. Kulit akan menjadi semakin terul. Sebaiknya pilih scrub yang jenis halus dan urutkan secara perlahan sahaja dan bilas dengan air suam. Gunakan dalam 2 kali seminggu sahaja.
3. Tidak Membersihkan Peluh
4. Picit jerawat
Ini adalah satu tabiat yang normal bila ada tumbuh seketul jerawat dekat muka,tangan ni suka merayap nak memicitnya (terasa la pula..hehhehe). Tabiat seperti akan lebih memburukkan keadaan. Berkemungkinan akan meninggalkan parut di muka.
5. Syampu rambut terkena wajah
6. Produk rambut hanya untuk rambut
Penyembur rambut, gel, mousse dan apa saja produk penjagaan rambut tidak seharusnya digunakan untuk kawasan muka. Ini kerana untuk mengelakkan pori-pori tersumbat oleh bahan yang terdapat dalam produk penjagaan rambut. Jadi bagi yang menggunakan penyembur rambut sila berhati-hati k...
7. Makan makanan berminyak
Salah satu penyumbang utama kulit berminyak dan berjerawat, sebaiknya amalkan diet yang sihat dan kurangkan makanan berminyak.
8. Penggunaan kosmetik yang mengandungi minyak
Produk yang mengandungi minyak akan menyebabkan kulit sukar sembuh dari jerawat dan semakin berminyak. Apabila ingin membeli alat solek, pastikan korang beli berlabel non-acnegenic atau non-comedogenic, hypo allergic atau oil free untuk mengelakkan jerawat.
NURUL AQIDAH AZAHAR
(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
sms/whatsapp 0174636210
Fanpage : Mummysupplementshop
Email : Aqidgirl_88@yahoo.com
*setiap pembelian anda wajib akan mendapat konsultasi percuma yang berterusan dari saya
2 Comments
Leceh sikit kan kalau kulit berminyak,..
ReplyDeleteTQ.. klit sya pon bminyak...
ReplyDelete