APA ITU TALASEMIA? ADA KE RAWATANNYA?

Assalammualaikum...

Talasemia atau 'Cooley anemia' merupakan satu penyakit keturunan yang diwarisi oleh ibu atau ayah yang mempunyai penyakit ini. Jadi anak-anak akan berisiko mengidapinya. Di mana ia merupakan penyakit di mana hemoglobin yang dihasilkan tidak sempurna.



Hemoglobin adalah bahagian sel darah merah yang mengangkut oksigen daripada paru-paru keseluruh tubuh. Semua tisu tubuh manusia memerlukan oksigen. Akibat kekurangan sel darah merah yang normal akan menyebabkan pesakit kelihatan pucat kerana paras hemoglobin (Hb) yang rendah (anemia).



Pesakit Talasemia biasanya mempunyai paras hemoglobin yang rendah iaitu kurang daripada 10g/dl.

Jenis talasemia


Talasemia minor : Merujuk kepada mereka yang mempunyai kecacatan gen talasemia tetapi tidak menunjukkan tanda-tanda talasemia atau pembawa.

Talasemia major : Merujuk kepada mereka yang mempunyai baka talasemia sepenuhnya dan menunjukkan tanda-tanda talasemia.

Kebanyakkan anak-anak pembawa Talasemia kelihatan normal sewaktu dilahirkan. Tetapi apabila menungkat dewasa yang mula menunjukkan simptom-simpton masalah anemia seperti muka pucat,lemah dan cepat gelisah. 


Anemia yang serius boleh menyebabkan :

- kesukaran bernafas.
- Jaundis
- Tumbesaran terbantut
- Perut buncit disebabkan pembengkakan hati dan limpa.
- Perubahan pembentukan tulang muka, pipi, dahi dan rahang yang tidak normal(tanda lewat). 


Rawatan talasemia


- Pemindahan (tranfusi) darah
- Pemindahan tulang sumsum
- Ubat-ubatan dan makan tambahan (supplemen)
- Pembedahan – untuk membuang limpa dan/atau pundi hempedu

Bagi pesakit Talesemia tidak boleh mengambil sebarang ubat atau supplement yang mengandungi iron atau zat besi (Vitalea Shaklee atau Alfalfa complex). Ini adalah kerana ianya tidak akan membantu dalam meningkatkan Hb, bahkan ia mungkin membawa kemudaratan kerana mengambil sesuatu zat yang berlebihan dan tidak digunakan mungkin akan merosakkan organ-organ dalam badan. 


Nasihat untuk pesakit Talasemia

1. Elakkan makanan yang mengandungi zat besi. 



Protein yang tinggi dalam besi dan harus dielakkan termasuk hati, tiram, kacang, daging, mentega kacang dan tauhu. Bijian yang kaya besi termasuk tortillas tepung, bijirin bayi, dan krim gandum. Buah-buahan dan sayur-sayuran yang mengandungi besi dan harus dielakkan termasuk prun, tembikai, kacang, brokoli, kismis, bayam, dan sayur-sayuran berdaun hijau.

2. Makan banyak makanan yang mengandungi kalsium. 


Produk tenusu adalah sumber kalsium yang baik. 

3. Pastikan terdapat vitamin D dalam diet


Vitamin D diperlukan supaya badan boleh menyerap kalsium. Vitamin D yang terkandung dalam telur, produk tenusu dan ikan.

4. Elakkan pengambilan jus oren


Ini kerana pengambilan jus oren akan meningkatkan penyerapan zat besi dalam sistem saraf.

5. Pengambilan teh dan kopi


Ia dapat mengurangkan jumlah zat besi yg telah diserap badan.

Cadangan untuk pesakit Talasemia

1. B Complex 



Membantu dalam meningkatkan tenaga dan diperlukan untuk membina sel darah merah.

2.  Vitamin E


Ia baik sebagai antioxidan yang membantu melindungi sel darah merah.

3. Ostematrix (lengkap dgn Magnesium dan vitamin D) 


Ini kerana ia memberi manfaat bagi membantu meningkatkan tenaga.

4. Energizing Soy Protein (ESP)


Protein membantu dalam pembinaan sel-sel baru dalam tubuh badan, ini termasuklah sel-sel darah merah. ESP juga boleh meningkatkan tenaga.


Penyakit talasemia ini merupakan satu jenis penyakit yang tidak boleh dielakkan kerana berkait rapay dengan genetik.Namun begitu, kita boleh merawat talasemia dengan kaedah-kaedah yang tertentu, dengan syarat ia perlulah dirawat dengan segera.

Jadi pesanan Ida kalau ahli keluarga atau ibu bapa ada penyakit talsemia ni cara terbaik adalah mendapatkan nasihat dan rawatan dari doktor dengan segera. 


Nak order? sila klik



Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh hubungi saya:

(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
sms/whatsapp 0174636210
Email : chintashoope@gmail.com
No Id: 1074293


*setiap pembelian anda wajib akan mendapat konsultasi percuma yang berterusan dari saya

Post a Comment

2 Comments