9 PERSOALAN BAGI IBU YANG MERANCANG NAK MEMBELI PAM PAYUDARA

Assalammualaikum...

Ramai sebenarnya ibu-ibu muda yang pening sama ada nak beli pam payudara atau breastpump semasa mengandung. Ada yang fikir wajib beli ada yang fikir tak penting.


Ini antara soalan-soalan yang selalunya akan ditanya oleh ibu-ibu muda.


9 PERSOALAN BAGI IBU YANG MERANCANG NAK MEMBELI PAM PAYUDARA

1. Adakah saya memerlukan pam payudara?

Jika korang berkerja dan menyusukan bayi, tentu tiba masanya bila korang perlu memerah susu lebihan. Malah korang juga mungkin mahu menyimpan susu buat jangka masa panjang. Jadi boleh memerah, membeku dan menggunakan susu bila-bila masa. Selalunya surirumah sepenuh masa ni jarang nak beli pam payudara sebab lebih kepada direct feeding seperti Ida.
2. Berapa harganya?

Pam payudara yang tidak berkuasa elektrik lazimnya berharga di antara RM45 – RM98, sementara pam payudara berkuasa elektrik pula biasanya berharga dari RM199.90 – RM2,299. Boleh beli di kedai-kedai bayi atau secara online. Ida boleh cadangkan jika secara online di Breastpump Murah Terbaik

3. Apa pilihan yang ada?


Terdapat dua jenis pam payudara.Korang boleh memilih pam tanpa elektrik yang dikendalikan dengan kuasa tangan atau pam elektrik yang memerlukan kuasa bateri atau punca elektrik. Ada juga model yang lebih efisien dan boleh memerah susu dari kedua-dua payudara pada masa yang sama.

4. Bila saya patut membelinya?

Korang boleh mula membezakan harga ketika masih hamil. Tunggu sehingga penyusuan bayi telah tetap sebelum mula memerah susu, lebih kurang 6 minggu selepas bayi lahir. Jika si ibu atau bayi memerlukan perhatian perubatan sejurus selepas kelahiran, korang berkemungkinan tidak dapat menyusu serta-merta. Korang juga boleh menyewa pam dari hospital untuk memulakan laktasi.

5. Yang mana lebih baik?

Ia bergantung kepada kekerapan dan di mana korang akan mengepam susu. Untuk kegunaan harian, belilah sesuatu yang mudah dan efektif seperti pam elektrik.

6. Apakah ciri-ciri yang perlu saya cari?

Dapatkan pam yang mudah dipasang, mudah digunakan dan mudah dibersihkan. Ia juga haruslah selesa dan efisien. Jika memang bercadang membeli pam elektrik, pilihlah yang boleh berfungsi menggunakan kuasa bateri dan plag.

7. Bolehkah saya menyewanya?

Ya, korang boleh menyewa pam bergred hospital di hospital atau melalui perkhidmatan khas seperti Mamalink.

8. Apa lagi yang saya perlukan?



Malah ibu-ibu juga akan memerlukan botol-botol simpanan, label, berus botol, pencucui botol susu khas dan alat pensteril.

9. Adakah anda bekerja atau mahu pergi berjalan-jalan?

Jika korang akan pulang kembali bekerja, belilah pam yang ringan dan mudah alih. Korang juga akan memerlukan beg berpenebat dan segala kelengkapan yang perlu untuk memerah susu di luar rumah.

SEMOGA MEMBERI MANFAAT!

Post a Comment

1 Comments