10 PETUA HILANGKAN JERAWAT DENGAN BERKESAN

Assalammualaikum..

Salah satu perkara yang semua orang tak suka ialah jerawat. Lagi parah bila jerawat tu bukan sahaja timbul seketul dua tapi ada sampai sakit bernanah. Memang sakit tau!. Jadi ada banyak sebenarnya petua untuk hilangkan jerawat ni dengan berkesan tapi bergantung pada kekerapan kita atau kesesuaian dengan kulit kita. Biasa la kulit kita semua bukannya sama.



Jerawat ni dengan kata mudahnya benjolan yang timbul disebabkan oleh pori tersumbat atau keradangan pada kulit bersama-sama dengan darah dan nanah.

Image result for petua hilangkan jerawat

10 PETUA HILANGKAN JERAWAT DENGAN BERKESAN

1. Air basuhan beras

Ni sangat mudah nak buat di rumah selalunya pada kaum ibu-ibu la kan. Sambil-sambil basuh beras nak masak nasi tu. Ambil sedikit lepas tu basuh muka. Biarkan dalam 15minit lepas tu cuci la. Setiap hari masak nasi so setiap hari la boleh cuci muka dengan air basuhan beras.

2. Baking soda

Cara ni Ida tak pernah buat lagi untuk hilangkan jerawat. Ada yang kata memang menjadi. Ambil dalam 2 sudu teh tu campur air. Buat macam pes. Lepas tu tepek dekat muka dan dibiarkan sampai kering. Dah kering basuhla.

3. Buah lemon

Dalam lemon ni askrobat L yang membantu mengurangkan keradangan pada kulit. Perah sedikit lemon dan sapu pada muka. Lemon bukan sahaja boleh membantu hilangkan parut malah membantu untuk membersihkan pori-pori muka kita yang tersumbat tu.

4. Putih telur

Ia bukan sahja membantu menghilangkan jerawat malah untuk kurangkan bengkak jerawat. Pecahkan telur dan asingkan. Sapu pada muka. Biarkan sehingga kering dan basuh. Kulit pun jadi tegang tayu.

5. Kulit kayu manis

Bukan sahaja membantu menghilangkan jerawat juga parut jerawat. Memang pedih skit kalau guna kulit kayu manis ni, tips ye masa sapu pada jerawat tu duduk depan kipas. Sejuk skit. Lagi satu jangan pakai terlalu banyak, cukupla sekadar sapu pada jerawat. Nanti boleh terbakar kulit tu. Cara lebih mudah ambil la beberapa batang kulit kayu manis ni korang blend siap-siap. Letak dalam bekas kedap udara. Nak guna, korang amik skit campur air atau madu pun boleh lepas tu sapu.

6. Aloe vera atau lidah buaya

Ini bukan sahaja bagus untuk lembapkan kulit malah untuk hilangkan jerawat. Potong skit daunnya ambil gelnya dan sapu pada muka. Bagus juga untuk hilangkan parut. Susah nak jumpa pokok lidah buaya sekarang ni. Kalau korang ada tanam bagi skit kat Ida.hehe. Ida pun sekarang guna aloe vera dalam bekas yang jual di pasaran sekarang.

7. Timun

Timun bukan sahaja makanan yang bagus untuk diet tapi juga bagus untuk hilangkan jerawat. Ada orang gunakan timun juga untuk masalah eyebag ni. Untuk hilangkan jerawat korang boleh blend timun, lepas tu sapu pada muka.

8. Uncang teh

Korang mesti ada minum teh kan dekat rumah. Uncang teh yang dah guna tu jangan buang lagi. Korang basuh dan simpan. Boleh gunakan untuk hilangkan jerawat. Ida pernah buat tapi tak tahan sebab terasa gatal je muka ni.huhu. Tapi lain orang lain gayanya so korang try and error k..

9.  Bawang putih

Ia merupakan satu bahan yang mudah didapati untuk hilangkan jerawat. Ia juga bertindak seperti antibiotik jadi bagus la untuk kurangkan rasa bengkak jerawat tu juga.

10. Ais batu

Ida suka guna ais batu untuk kurangkan bengkak jerawat dan sebenarnya juga membantu untuk hilangkan jerawat tapi Ida dah olah skit. Ida buat air batu tomato. Rasa lebih lembap je kulit. Kalau korang guna sebelum nak makeup pun bagus rasa fresh je kulit. Cubala! << ais batu tomato >>

Testimoni 1:


 Testimoni 2:



Testimoni 3:



Klik di sini untuk pembelian dengan segera




Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh hubungi saya:

(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
sms/whatsapp : www.wasap.my/0174636210
Email : chintashoope@gmail.com
No Id: 1074293

*setiap pembelian anda wajib akan mendapat konsultasi percuma yang berterusan dari saya

Post a Comment

2 Comments