Showing posts with label B-COMPLEX SHAKLEE. Show all posts
Showing posts with label B-COMPLEX SHAKLEE. Show all posts

Tuesday, February 21, 2017

4 CARA NAIKKAN HB PADA IBU HAMIL DENGAN CEPAT

Assalammualaikum...

Ibu hamil ni kebanyakkannya tak lari dengan masalah hb low. Ada tu sehingga saat dah nak bersalin pun hb masih rendah lagi. Ibu hamil jangan abaikan kalau ada masalah hb low ni, Bukan sahaja ibu-ibu hamil sahaja berisiko malah anak dalam kandungan juga berisiko.




Banyak punca sebenarnya berlakunya masalah hb low ni seperti dehidrsi, kekurangan darah, masalah jantung, gangguan pembentukan sel darah, gangguan hormon dan paling penting ibu sendiri kekurangan zat dalam badan.



Sebab itu la semasa hamil zat dan nutrisi dalam badan si ibu mestila mencukupi. Elakkan makanan atau minuman yang tak sihat sepanjang kehamilan.


Image result for anemia pregnancy

4 CARA NAIKKAN HB LOW PADA IBU HAMIL DENGAN CEPAT

1. Pemakanan mestilah penting. Banyakkan makan makanan yang tinggi zat besi. Antara makanan tambah darah seperti daging merah, kerang,hati, brokoli, bayam,pisang telur, kismis,kurma,madu dan banyak lagi.

2. Pengambilan makanan yang kaya vitamin c seperti oren strawberry dan banyak lagi sebenarnya sangat bagus sebab membantu menyerap zat besi dengan lebih baik dan berkesan.

3. Rehat dan tidur yang secukupnya. Semua ibu-ibu hamil yang ada masalah hb low ni atau anemia memang disarankan untuk rehat dengan cukup. Tidur yang lebih lena membantu menstabilkan darah dalam badan.

4.  Pengambilan supplement. Jika apa yang dah disarankan oleh doktor masih tidak membantu, ramai juga doktor yang sarankan pula untuk mengambil supplement atau makanan tambahan ni. Dah banyak produk dalam pasaran yang membantu ibu-ibu hamil naikkan hb dengan cepat.

Anemia Ibu Hamil ni Dah Warded Pun Degil - Nasib Kakak Garang from iReach HD on Vimeo.




Klik di sini untuk pembelian segera


Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh hubungi saya:

(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
sms/whatsapp 0174636210
Email : chintashoope@gmail.com
No Id: 1074293

*setiap pembelian anda wajib akan mendapat konsultasi percuma yang berterusan dari saya


Tuesday, February 14, 2017

STRESS!! APA NAK BUAT??

Assalammualaikum...

Kelebihan atau kekurangan akan menyebabkan ketidakseimbangan vitamin B dalam tubuh...

Apa ketidakseimbangannya?

Anemia, tak fokus, memori loss,migrain,sengugut,pening, mabuk, sakit kepala dan banyak lagi..
semua ni akan menyebabkan

STRESS!!



Kenapa mesti Bcomplex sebabnya ia mengandungi 8 komponen penting vitaminB yang diperlukan oleh tubuh
( B1, B2, B3, B5, B6, B12, asid folik dan biotin )

Bagaimana ia melawan stress/tekanan?`


Ia akan membantu memastikan kesihan fungsi saraf seimbang dan merangsang peredaran darah supaya lebih baik.

Dan jangan risau vitamim B ini larut air so kalau terlebih ia akan disingkirkan melalui sistem pencernaan.

B1 thiamin - menggalakkan pertumbuhan dan merangsang fungsi otak, membantu kesihatan sistem saraf, mencegah kelesuan, meningkatkan stamina, membantu meningkatkan sistem pencernaan dan metabolisma

B3: Niacin - Membantu mengurangkan kolestrol dalam darah. Kajian menunjukkan kekurangan Vitamin B3 boleh menyebabkan kemurungan dan boleh mendorong kepada sakit mental

B5: Pantothenic acid - Membantu mengurangkan stress /tekanan

B6: Pyridoxin - Mengawal serotonin di dalam otak kerana ketidakseimbanagn serotonin akan mendorong kepada kemurungan

B9: folic acid - Vitamin B9 dapat membantu fungsi neurotransmitter juga dapat mengurangkan tekanan


Kalau korang selalu sangat stress makan la bcomplex insyaallah membantu kurangkan stress korang tu.hehehe

Wednesday, February 8, 2017

SUPPLEMENT KEGUNAAN KAMI SEKELUARGA

Assalammualaikum..

Kegunaan kami sekeluarga



Mealshakes yang memenuhi nutrisi anak-anak malah membantu perkembangannya..anak-anakmemang jarang sembelit..makan memang berselera. Kalau dah lepas makan nasi..mintak plak roti..pas tu susu plak..adoi..

Omega guard feberet si kecik tu .sebotol die sorang je makan..tahan la sampai 3-4bulan sebab sehari 1biji je bagi. Bagus utk perkembanhan otak die..

Vitamin c dan bcomplex feberet ida..untuk stabilkan aliran darah..cantikkkan kulit..hilangkan jerawat

Alfalfa dan herblax feberet suami..ida pun tumpang sekaki..hehe..untuk buang toksin dalam badan..cuci usus..bila makan fuhhh..lega perut..rasa ringan je badan..berat puj boleh turun tau..

Ada lagi yang kami sekeluarga ambil tapi ni yang selalu topup stok kat rumah..

Apa feberet supplment korang? Boleh la share..tak kisah mana2 produk pun...

Saturday, November 5, 2016

JATUH CINTA LAGI!!

Assalammualaikum...

kisah ku dah tudung Aidijuma..

eh salah..(padahal memang ada koleksi tudung AJ ni tapi belum tahap fanatik lagi la)



actually nak share set favourite Ida ni..yang lain semua Ida memang dah biasa share

- Alfalfa untuk detox badan
- Lecithin untuk bakar lemak, kurangkan bengkak susu(dulu la sekarang Aqil dah wean off)
- Vitamin c untuk kulit
- Bcomplex untuk tenaga,kulit dan aliran darah lebih lancar
- Herblax..yeay..jatuh cinta masa bulan puasa baru ni..

Al-kisanya..ida tak berani makan herblax ni masa menyusukan anak sebab anak-anak memang tak tahan panas. kejap je dah cirit. So bila dah wean off susukan Aqil baru la berani cuba. Masa bulan puasa baru ni sembelit..yelah kurang air, kurang makan sayur..mula la tak sedap perut. Malam tu telah 4biji herblax..esok nya..hah..3 kali masuk toilet...

Masa raya ni pun sama..makan macam-macam..balik je dari kampung terus telan..habis die cuci usus.. En suami biasalah kalau makan macam-macam je terus telan Alfalfa, Herblax ngan Lecithin...cuci, detox ,bakar habis semua...

*ops maafkan si kecik tu..nak bergambar juga dengan mummy..si kecik ni hantu Omega...bagi 1 biji nak lagi...huhu


Ini pengalaman Ida sejak jatuh cinta menggunakan produk Shaklee..korang macam mana?

Tuesday, December 29, 2015

8 JENIS MAKANAN UNTUK TANGANI STRESS MELAMPAU!

Assalammualaikum...

Stress boleh berlaku kepada sesiapa je bila terdapat masalah atau bebanan yang tak dapat dikawal lagi. Bila lagi bayak masalah yang difikirkan bertambah stress la seseorang tu. Dan semestinya kita kena la belajar untuk mengawal stress tersebut.


Bahaya stress yang melampau boleh memberikan kesan negatif pada seseorang. Contoh seperti panas baran, memukul dan lebih teruk ada sampai membunuh. Nauzubillah. Ada banyak cara untuk menangani masalah stress ni selain dari amalan rohani iaitu dengan pemakanan. Ini ada 8 jenis makanan untuk tangani stress yang melampau.

8 JENIS MAKANAN UNTUK TANGANI STRESS

1. Oatmil bersama serbuk kayu manis dan madu


Ramai yang tak suka makan oatmil ni tapi sebenarnya lagi ramai tak tahu. Semangkuk oat dapat meningkatkan hormon serotonin yang menggalakkan rasa selesa kerana kandungan serat di dalamnya. Jadi ia tidak akan menyebabkan paras gula dalam darah meningkat. Sebab itu ia sesuai untuk pesakit diabetes. Tambahkan serbuk kayu manis untuk menghilangkan stress dan madu untuk menguatkan sistem imunisasi badan.

2. Coklat gelap bersama kacang badam


Cakap pasal coklat siapa yang tak suka makan kan. Coklat memang terkenal untuk kurangkan stress. Tapi makan coklat gelap bersama kacang badam yang kaya dengan protein. Gabungan kedua-dua makanan ini dapat membantu korang lebih tenang dan takkan menggemukkan k...

3. Smoothies


Kalau nak buat smoothies ni senang je asalkan ada bahan.hehehe. Kisar apa saja bersama susu dengan buah-buahan kegemaran korang. Nak lagi sedap campur dengan serbuk coklat atau vanilla.Yummy!

4. Kekacang dan biji-bijian


Haaa... Makanlah kacang pistacio, gajus, walnut, badam, dan kuaci sekali gus! Amik sekaligus kombo set taknyah beli satu-satu.hehehe. Kandungan omega-3 yang terdapat dalam kacang walnut dan kuaci dapat menurunkan paras stress dan menggalakkan hormon-hormon sihat. Ini akan mengurangkan stress.

5. Keledek


Keledek memang sedap kalau direbus ke digoreng. Dah la manis, kaya dengn nutrien plak tu. Kalau nak makan manisan tanpa gula, makan je keledek. Ia juga mengenyangkan bagus untuk diet korang.

6. Yogurt dengan buah beri


Kalau rasa malas boleh je beli yogurt buah-buahan yang dah terjual. Kalau lebih rajin dan nak jimat. Beli yogurt kosong tu dan buah-buahan kegemaran korang. Campurkan yogurt dengan apa saja jenis buah beri. Ia sumber protein yang memberi tenaga dan mewujudkan hormon anti stres. Tambahkan buah untuk rasa manis dan mencetus sistem imuniti tubuh.

7. Kari sayur-sayuran



Tahu tak bila korang makan cili ini akan merembeskan hormon endorfin yang dapat menggalakkan rasa tenang? Kari sayur antara makanan yang bagus kerana ia menyumbang sumber protein dan tenaga.
8. Teh hijau


Asid amino dalam teh hijau sesuai diambil ketika berada dalam keadaan tegang. Pengambilan kafein yang terkawal membantu korang kekal fokus untuk bertenang.


Nak order? sila klik


Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh hubungi saya:

(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
sms/whatsapp 0174636210
Email : chintashoope@gmail.com
No Id: 1074293

*setiap pembelian anda wajib akan mendapat konsultasi percuma yang berterusan dari saya

Tuesday, November 24, 2015

5 KESAN AKIBAT TEKANAN KERJA, STRESSNYA!

Assalammualaikum...

Zaman sekarang ni semuanya memerlukan wang. Nak diikutkan wang bukan la penting tapi perlukan wang untuk segala-galanya. Nak pergi toilet yang ala-ala nak runtuh pun kena bayar jugak tau.




Bila ada masalah macam ni semestinya menjadi tekanan untuk mencari kerja yang berpendapatan tinggi. Atau pun nak cuba naik pangkat. Bila semua ni berlaku, kesihatan bukan lagi jadi keutamaan dan lebih teruk kita akan mengalami stress yang kronik dan menganggu kesihatan mental dan fizikal. Ini ada 5 kesan akibat tekanan kerja


5 KESAN AKIBAT TEKANAN KERJA

1. Nutrisi badan tidak seimbang



Kerja terlalu banyak, mula la amik kerja lebih masa setiap hari ini akan menyebabkan badan kita akan menjadi terlalu penat. Kita akan mula bergantung unutk minum kopi agar kekal berrtenaga. Malah pemakanan kita juga akan jadi tak seimbang. Bermungkinan seharian hanya makan roti je sebagai alas perut. 


2. Kurang tidur 




Orang dewasa memerlukan tidur yang mencukupi antara 7 hingga 8 jam sehari bagi memberi tenaga pada keesokan harinya. Kurang tidur menyebabkan otak jadi lembap dalam memberi tindakbalas dan berfikir. Ini akan menganggu prestasi kerja kita.

3. Tidak gembira




Kita terlalu asyik dengan kertas kerja, perbincangan berjam-jam lamanya ini membuatkan kita takde masa untuk diri sendiri. Apatah lagi dengan orang sekeliling. Hubungan antara keluarga juga akan pudar dan menyebabkan hati tidak gembiran. Ini akan membuatkan kita mudah rasa nak angin, nak marah dan berasa tidak bersyukur dengan nikmat hidup.

4. Penambah tenaga




Tidak fokus, mengantuk dan letih mendorong korang untuk menikmati minuman tenaga agar segar kembali. Minuman tenaga mengandungi bahan tambahan dan vitamin yang jika diambil secara berlebihan boleh menyebabkan toksik pada hati, gangguan sistem saraf, tekanan darah rendah serta penyakit mental.

5. Penyakit




Menurut World Health Organizatiion (WHO), 35 peratus daripada kes stres kerja mengakibatkan penyakit mental kronik. Mereka juga mengalami kemurungan yang berpanjangan akibat panik dan kerisauan sepanjang masa. Selain itu, bagi mereka yang bekerja melebihi 10 jam setiap hari mempunyai 60 peratus peluang lebih tinggi untuk menghidap penyakit jantung.




Nak order? sila klik


Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh hubungi saya:

NURUL AQIDAH AZAHAR
(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
sms/whatsapp 0174636210
Fanpage : Mummysupplementshop
Email : Aqidgirl_88@yahoo.com

*setiap pembelian anda wajib akan mendapat konsultasi percuma yang berterusan dari saya.

Monday, September 21, 2015

KENAPA PENGAMBILAN ASID FOLIK SANGAT BAGUS UNTUK MERANCANG KEHAMILAN?

Assalammualaikum....

Ramai yang mungkin dah tahu dan ramai juga yang masih belum tahu sebenarnya pengambilan asid folik sangat bagus untuk pasangan suami isteri yang merancang untuk mendapatkan anak. Di mana peluang untuk korang hamil akan lebih cerah.



Asid folik juga dikenali dengan vitamin B9 di mana ia akan membantu membina sel-sel baru di dalam tubuh. Setiap hari sel dalam badan kita akan musnah maka asid folik ini akan membina DNA yang baru dan memperbaiki DNA yang telah rosak di dalam sel.



Kajian telah menunjukkan kekurangan asid folik di dalam badan akan mendatangkan masalah kepada anak dalam kandungan seperti sumbing lelangit, kecacatan pada jantung, pembentukan tempurung kepala yang tidak sempurna dan kecacatan pada sistem pembuangan air kencing.

Bila asid folik perlu diambil?

Sebaiknya pengambilan asid folik diambil 3-6 bulan sebelum korang melangsungkan perkahwinan dan teruskan makan walaupun masih dalam belum mengandung. 


Selain itu korang juga boleh dapatkan kebaikan asid folik ini dari sumber makanan seperti hati ayam, daging ayam, telur, kekacang, beras perang, barli oat, sayuran hijau dan buah-buahan seperti pisang.



Asid folik juga dapat membantu merawat masalah kesuburan pada lelaki. Ia akan mengurangkan kecacatan kromosom pada sperma lelaki. Sperma yang mengalami kecacatan kromosom apabila disenyawakan dengan telur ovum, akan menghasilkan janin yang tidak dapat hidup lama.

Folate adalah supplemen penting bagi membantu proses spermatogenesis. Bagi wanita ia membantu dalam kematangan telur ovum, pembentukan placenta dan ketika janin di’tanam’ke dalam rahim.

sumber: http://drzubaidi.com.





Nak order? sila klik



Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh hubungi saya:

NURUL AQIDAH AZAHAR
(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
sms/whatsapp 0174636210
Fanpage : Mummysupplementshop
Email : Aqidgirl_88@yahoo.com

*setiap pembelian anda wajib akan mendapat konsultasi percuma yang berterusan dari saya

Tuesday, September 8, 2015

5 TIPS ATASI STRESS YANG MELAMPAU,GERAMNYA!

Assalammualaikum..

Bila badan terlalu penat, bunyi bising sekeliling kita, mana dengan anak-anak yang menangis dan bergaduh memang kita akan rasa sakit kepala dan akan menyebabkan kita stress.


Bila stress tu memang rasa semua nak marah, rasa macam ada benda je kat belakang kepala kita kan. Rasa nak geram je kat sapa-sapa yang ada. Tapi janganla lepaskan geram dekat anak-anak pula. Bahaya sebenarnya stress ni. Stress boleh mengundang pelbagai jenis penyakit lain seperti darah tinggi, sakit jantung, diabetes, kemurungan, dan alzheimer. Ini ada 5 tips atasi stress yang melampau.

5 TIPS ATASI STRESS YANG MELAMPAU

1. Aroma Lavender


Bau lavender memang wangi kan Ida sendiri suka kan bau die. Mengikut salah satu kajian di Jepun, bauan yang terdapat pada lavender dikatakan mampu menenangkan fikiran. Ia boleh memberikan kesan relax dan santai dan kini lavender telah menjadi antara bahan popular untuk beberapa produk kecantikan dan kesihatan.

2. Layan muzik


Kadang-kala otak bercelaru apa kata korang dengar muzik yang slow emotion seperti Bruno Mars. Lagi bagus bagi yang muslim ambil air sembahyang, baca Al-Quran atau dengar surah atau selawat radio atau laptop korang.

Ada kajian daripada University of Marylands yang mengatakan dengan mendengar muzik kegemaran, sistem peredaran darah akan menjadi lebih lancar serta aliran darah dapat ditingkatkan.

3. Resipi ketenangan


Coklat...sapa yang tak suka. Tambah macam Ida ni memang hantu coklat, tunggu la nanti nak pergi memborong kat Langkawi.hehehe. Kalau tak dapat apa kata korang sekali sekalai buatla sendiri seperti pavlova, brownies, dan pelbagai lagi. Ini juga boleh dijadikan sebagai salah satu terapi untuk melupakan masalah yang korang alami. Rasa manis pada makanan seperti coklat juga dikatakan mampu meningkatkan kadar hormon Endorfin yang akan membuat kita merasa senang hati dan bahagia.

4. Lepaskan bebanan


Sememangnya normal bagi seseorang wanita tu menangis untuk lepaskan tekanan, jarang sekali la kalau lelaki nak menangis kan. Tak macho la gitu katanya. Mengikut kajian yang dilakukan oleh beberapa pengkaji biokimia, hampir 85% wanita mengatakan dengan menangis akan membuatkan mereka merasa lebih baik dan lega. So para wanita janganla lagi tahan air mata tu. Wanita bukannya lemah dengan air mata, malah menjadi lebih kuat!

5. Hanya 1 minit


Hanya dalam masa 1 minit je apa kata korang berlari setempat kerana ia mampu meningkatkan tenaga serta melawan stress. Hal ini kerana segala anggota badan digerakkan dan ia dapat melancarkan peredaran darah seluruh badan dan perkara ini dapat membuatkan minda kita terasa lebih segar.

SEMOGA INI MEMBERI MANFAAT!

Wednesday, August 5, 2015

3 KESAN STRESS IBU HAMIL PADA BAYI DALAM KANDUNGAN,BAHAYA KE?


Assalammualaikum...

Stress ni suatu keadaan yang urat saraf kita akan menjadi tegang. Kadang kala akan menyebabkan sakit kepala atau migrain yang teramat teruk. Jika pada kita yang normal ni berasa peritnya begitu juga dengan ibu hamil. Malah stress bagi ibu hamil lagi amat membahayakan.




Bila seorang ibu hamil itu menjadi stress ini akan memberikan kesan pada bayi dalam kandungannya. Ibu hamil lebih cenderung akan berasa stress dengan perubahan hormon yang berlaku malah disebabkan oleh usia kandungan yang semakin meningkat. Perubahan hormon yang berlaku pada ibu hamil berbeza, kadang-kala akan rasa mudah tersentuh hati,rasa nak menangis, rasa cepat marah, cemas,ceria dan sebagainya.


3 KESAN STRESS IBU HAMIL PADA BAYI DALAM KANDUNGAN

1. Masalah anak alergik



Petikan dari Situs Medicaldaily.com mengatakan bahawa ibu hamil yang stress akan meningkatkan risiko bayi dalam kandungan akan mengalami alergik nanti. Ini kerana pada saat ini janin akan menyerap hormon kortisol yang diproduksi oleh ibu. Apabilan hormon kortisol ini tinggi maka lebih tinggi kadar risiko bayi akan alergik.

2. Keguguran



Ibu hamil yang stress juga akan meningkatkan risiko keguguran. Nampak tak betapa teruknya kesan stress pada anak dalam kandungan. Jadi ibu yang terlalu stress. Belajar untuk kawal semua ni lebih-lebih lagi pada awal kehamilan.

3. Sistem imuniti anak rendah




Petikan dalam Jurnal Brain,Behavior and Immunity, ibu hamil yang selalu stress akan menyebabkan sistem imuniti anak akan menjadi rendah dan lemah ketika berusia 6bulan.


Gabungan 7 vitamin B di dalam B-complex ni membantu ibu-ibu hamil untuk melegakan rasa stress semasa hamil. Di mana ia akan mengawal serotonin di dalam otak supaya dapat elakkan dari depressi atau stress yang melampau. Selain iu ia akan mengawal dan membantu pengaliran darah yang lebih baik supaya tak mudah marah dan stress.

Nak order? sila klik

Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh hubungi saya:

NURUL AQIDAH AZAHAR
(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
sms/whatsapp 0174636210
Fanpage : Mummysupplementshop
Email : Aqidgirl_88@yahoo.com

*setiap pembelian anda wajib akan mendapat konsultasi percuma yang berterusan dari saya.


Monday, July 6, 2015

9 TIPS ELAK STRESS SEBELUM BERTUKAR JADI HULK

Assalammualaikum...

Bila rasa stress mula la rasa nak marah,nak mengamuk kan? Kalau terlampau stress ada juga nanti yang bertukar jadi hijau Hulk. Yelah kan..asal rasa marah je..habis koyak baju seluar jadi besar..hehehe. Tapi tu cerita animasi je. Takkan la realiti baju seluar akan koyak bertukar jadi "hijau".



Kalau bagi ibu-ibu kadang sebab stress melayan kerenah anak-anak. Bagi si suami sebab masalah tempat kerja dan sebagainya, Sebenarnya bahaya stress ni, ia akan menyebabkan rasa kepala ni macam nak meletop. Mula rasa nak marah dan mengamuk. Dan ada mula hilang iman sebab terlampau stress. Anak bini jadi mangsa..nauzubillah..dah banyak sangat kes dera sekarang ni.

9 TIPS ELAK STRESS SEBELUM BERTUKAR JADI HULK

1. Dengak muzik


Dengar muzik yang slow supaya rasa tenang je. Jangan pula pergi dengar muzik rock.heheheh. Sampai nak pecah gegendang telinga tu. Bagi umat Islam,dengarla ayunan bacaan Al-Quran. Insyaallah..tenangla hati tu.

2. Telefon kawan


Kawan-kawan adalah salah satu tempat kita untuk elak stress. Sembangla selama mana korang nak asalkan hilang rasa stress tu. Cari la kawan yang betul-betul dengar luahan hati kita. Jangan la pergi sembang dengan kawan yang memang kita tak rapat. Die pun mesti pelik je...

3. Cakap dengan diri sendiri.


Cakap dengan diri korang depan cermin. Tanya sendiri pada diri kenapa perlu fikirkan masalah yang tak mendatangkan keuntungan atau kebaikan. Baik biarkan sahaja anggap ia sebagai dugaan. Ini salah satu cara untuk tingkatkan diri sendiri dan berfikiran lebih positif. Bila fikiran positif hidup pun mesti jadi positif. 

4. Makan


Ini salah satu cara Ida suka buat dulu masa study untuk elak stress. Tapi jangan ikut cara Ida. Ida suka makan coklat cadbury kalau stress. Takpun Ida akan makan banyak-banyak tapi badan tak naik jugak.hahahah. Kalau boleh banyakkan makan sayur-sayuran dan buah-buahan. Bagus untuk kesihatan dan elak stress.

5. Ketawa


Ini juga salah satu cara yang berkesan pada Ida untuk elak stress. Ketawa dengan kawan-kawan.Lepak dengan diorang. Takpun korang tengok citer kartun. Thatway sampai ada anak 2 orang pun Ida masih suka tengok citer kartun.hehehehe. Takde la sampai orang akan cakap korang gila..

6. Minum teh


Teh sebenarnya bagus minum untuk kawal tekanan darah. Senang citer kawal emosi korang. Ia mengandungi antioksida yang sihat seperti thenine yang mengawal dan redakan sistem saraf kita.

7. Bersenam


Elak stress korang dengan bersenam. Pergi la gim ke atau ke taman mainan untuk jogging atau berbasikal. Badan pun sihat lama-lama pun boleh kurus korang.

8. Tidur yang mencukupi


Tidur yang cukup setiap hari amat penting. Sebaiknya 8jam setiap hari. Tapi blogger macam kita ni tambah ibu-ibu mana la tidur cukup kan? Tips dari Ida tidur awal dan bangun awal. Nak tulis entry awal pagi pun terasa segar je. Alang-alang buat sunat tahajud sekali.

9. Belajar tandangi stress


Sebolehnya ada masa lapang. Baca buku atau artikel untuk tandangi stress. Baca buku-buku motivasi yang memberi keyakinan kepada korang. Bersabar dabn kawal perasaan tu skit.



Kenapa Ida cakap B-complex membantu untuk elakkan stress?

Di dalamnya ada 7 jenis vitamin B dan diantara fungisnya membantu untuk tandangi masalah stress.

  • Vitamin B1 - menggalakkan pertumbuhan dan merangsang fungsi otak, membantu kesihatan sistem saraf, mencegah kelesuan, meningkatkan stamina, membantu sistem pencernaan dan metabolisma
  • Vitamin B2 - Memproses asid amino dan lemak.Juga membantu mengaktifkan vitamin B-6 dan asid folic.
  • Vitamin B3 - Membantu mengurngkan kolestrol didalam darah dan pengaliran kolestrol dalam darah;membantu dalam kesihatan kulit yang baik,membantu sistem pencernaan.. Kajian klinikal membuktikan kadar B3 yang rendah dapat menyebabkan depresi dan seterusnya meninggikan kadar utk menjadikan seseorang psyco/sakit mental
  • Vitamin B5 - Membantu mengurangkan stress fizikal/mental; membantu mengurangkan penuaan pramatang
  • Vitamin B6 - Vitamin utama dalam proses asid amino. Mengawal serotonin didalam otak kerana ketidak seimbangan serotonin akan menyebabkan depressi..
  • Vitamin B9 - Bersama2 dengan vitamin B12, vitamin B9 membantu fungsi neurotransmitter as well as aktiviti mengurangkan depresi didlm badan
  • Vitamin B12 - Mengawal kesihatan sistem saraf dan membantu pembinaan sel darah. Kekurangan B12 akan menyebabkan depressi,tidak tenteram

So jangan abaikan pengambilan B-complex ni sebenarnya.

Nak order? sila klik

Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh hubungi saya:

NURUL AQIDAH AZAHAR
(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
sms/whatsapp 0174636210
Fanpage : Mummysupplementshop
Email : Aqidgirl_88@yahoo.com

*setiap pembelian anda wajib akan mendapat konsultasi percuma yang berterusan dari saya.


Google+ Followers