Showing posts with label DIY:HOMEMADE. Show all posts
Showing posts with label DIY:HOMEMADE. Show all posts

Saturday, February 18, 2017

HOMEMADE:TOMATO SEBAGAI TONER?

Assalammualaikum...

Semua orang mesti ada skincare sendiri untuk toner pencuci muka dan sebagainya kan. Ada orang hanya menggunakan pencuci muka dan krim muka sahaja. Macam Ida.hehehe.


Al maklum la kan kadang tu asyik terlupa atau malas nak pakai toner. Boleh ke?hahaha. Hari ni Ida nak kongsikan gunakan tomato sebagai toner.

Image result for tomato

Sebelum ni memang Ida hanya suka ais kiub je gantikan toner selepas mencuci muka atau scrub tapi Ida baru teringat dulu ada artis Mas Idayu kongsikan die gunaka buah tomato untuk mencuci muka.

Serius kalau tengok muka die memang cantik je kan. Die guna tomato semata-mata die ramas sampai hancur lepas tu buat cuci muka.

So Ida cuba dengan cara menjimatkan pula buat ais kiub tomato.



Bahan-bahan die mudahnya sedikit air dan buah tomato. Korang blender je sampai hancur lepas tu letak dalam bekas ais kiub tu dan bekukan.

Setiap kali lepas cuci muka, nanti gosok la muka tu. Termakan pun takpe..tomato kan.heheh


Tapi Ida perasan sejak Ida buat macam tu, bila ada jerawat timbul..kalau gosok memang jerawat cepat kecut dan tanpa tinggalkan parut.

Sebabnya setiap kali sebelum period memang selalu jerawat akan timbul seketul kat muka ni. Tapi sejak buat toner air kiub tomato ni, jerawat jadi cepat kecut.


Korang yang tak pakai toner boleh la cuba guna cara semulajadi ni pula. Mana tahu ok kan..

Hope membantu!

Tuesday, February 7, 2017

TEMPAHAN BUSY BOOK BULAN NI DAH SIAP

Assalammualaikum...

Alhamdulillah...bulan lepas Ida ada kongsikan yang tengah siapkan satu tempahan busy book yang ada orang order melalui online.


Yelah Ida pun bukan buat untuk bisnes tapi sekadar suka-suka tak sangka plak ada orang luar yang nak order. Alhamdulllah rezeki bagi Ida dan anak-anak.



Setelah hampir 2 minggu jugala Ida buat perlahan-perlahan. Minggu lepas sebelum buka sekolah dah siap. Hari ni baru la ada masa nak kongsikan dengan korang. Ida takdela pandai sangat. Tapi boleh la buat skit-skit. Dalam usaha juga nak belajar.

Ini antara aktiviti yang Ida buat untuk tempahan kali ni




Boneka kecil untuk anak-anak perempuan



button dan zip


Dalam ni Ida buat 10 jenis aktiviti so dalam 5 muka surat tu memang penuh la. Harga Ida jual hanya RM70 sahaja.Taknak la jual mahal sangat memandangkan Ida bukan la terror sangat.hehehe

Ok sekian..siapa nak order boleh je Ida buatkan tapi Ida bagitahu siap-siap Ida takde la pandai sangat.huhu..

Wednesday, January 25, 2017

SIBUK BUAT TEMPAHAN BUSY BOOK

Assalammualaikum...

Hujan turun lebat dalam minggu ni. Hari-hari mesti hujan, kat sesetengah kawasan dah naik air. Alhamdulillah kawasan rumah Ida masih dalam keadaan selamat. Bila hujan ni semuanya jadi malas.hahaha. Kalau boleh nak buat taik mata je.



Related image

Dalam minggu ni hingga minggu depan Ida sedikit sibuk la nak buat tempahan busy book orang. Padahal Ida tak jual pun tapi orang nak jugak so Ida jual la ikut harga yang bersesuian memandangkan Ida pun bukan kreatif sangat. Boleh la buat skit-skit.



Tak sangka ada pula yang nak tempah selepas Ida kongsika dalam blog dulu



Alhamdulillah la rezeki yang disangka-sangka. Baru mula buat skit-skit memandangkan customer tu nak bawa pergi travel bulan 3 ni. Dia tak nak galakkan anak die dengan gadjet sahaja. Bagus la macam tu.



Ada lagi ke nak tempah boleh je. Insyaallah Ida boleh buatkan cuma Ida bagitahu la Ida bukan pakar.hehehe. Mana tahu lepas ni boleh buat side income busy book plak.hahaha







Wednesday, September 7, 2016

DIY EVA FOAM CASING PHONE

Assalammualaikum..

Minggu depan dah nak raya haji. Rasanya takde la yang buat persiapan sangat kan. Tu pun ada yang dok mencari baju raya nak sedondon.huhu. Ida pakai je baju yang ada.hahah.



Image result for eva foam casing phone
gambar: google 

Dari minggu lepas Ida suka tengok video cara buat casing sendiri. Saja suka-suka nak try so baru ni Ida buatla kan. Mula-mula buat guna kain felt, lebihan masa Ida buat busy book dulu. Habis dah jahit luar die, si Aqil conteng.huhu..nak menangis Mummy...

So Ida try plak kali ni buat guna eva foam. Ikutan dekat Mr. DIY ada tapi kat Ida tak jumpa. Dulu Ida ada jumpa tapi ada kat Kuantan. So Ida beli online je eva foam ni. 



Bahan-bahan:

eva foam
pensel
pembaris
glue gun atau boleh guna super glue
gunting

Mula-mula korang kena ukur la hanphone korang tu. Kalau nak buat casing jenis kartun tu, pastikan kartun tu sama ukuran dengan phone korang.

Nak senang korang boleh tengok video ni kalau nak belajar.





Ini hasilnya yang Ida buat untuk kali kedua guna eva foam. Nak buat kartun tu tapi sebab tangan ni tak berapa nak kreatif, Bahan pun tak cukup so kita buat simpel je. Untuk permulaan nak belajar.heheh. Boleh la..nanti kita try buat lagi.



Siapa nak try buat tu boleh la..mana tahu dah pandai boleh 

buat meniaga plak..

GOOD LUCK!!

Saturday, July 2, 2016

DIY: IDEA KREATIF DENGAN BOTOL-BOTOL SUPPLEMENT

Assalammualaikum,,

Korang mesti ada makan pelbagai jenis supplement kan? Jadi apa korag buat dengan botol-botol atau kotak supplement yang korang makan tu? Mesti buang je kan. Meh nak share beberapa idea untuk korang kitar semula botol-botol supplement korang tu...






Ini apa yang ida buat dengan botol-botol supplement ida di rumah

Boleh juga cuba idea yang lain lebih kreatif.








Ini beberapa idea yang korang boleh buat dengan botol-botol supplement korang. Korang balut elok-elok guna kertas balut hadiah tu kan cantik. Kalau kotak tu nak buat letak hadiah pun boleh.

SELAMAT MENCUBA!

Saturday, November 28, 2015

TEMPAHAN BUSY BOOK

Assalammualaikum...

Rasanya 2 minggu lepas Ida ada publish kan entry tentang busy book yang Ida buat sendiri untuk anak-anak. Ambil masa 2 minggu untuk disikapkan alhamdullilah anak-anak pun suka.


Tapi paling tak sangka bila ada pula orang mesej Ida dalam FB mintak buatkan sebuah busy book kat die. Walaupun Ida kata bukan nak buat jual tapi die nak juga, die tak kisah Ida mintak berapa.Kebetulan kakak sepupu pun mintak buatkan.


Alhamdullilah rezeki yang tak disangka.Dah setelah hampir 2 minggu juga nak siapkan  2buah busy book ni. Dah siap pun semalam, setelah disusun dengan kemas dan teratur.




Ni la hasil nya...dalam tu ada lebih kurang 10 aktiviti. Percubaan tempahan first customer.hehhehe. Mudahan tuan punya badan suka la nanti..

Monday, November 16, 2015

BUSY BOOK,TINGKATKAN MOTO SKILL ANAK-ANAK

Assalammualaikum...

Alhamdullilah...setelah hampir 2 minggu sebenarnya Ida dah siapkan busy book untuk anak-anak. Amik masa nak publish entry sebab masih belum binding lagi. Tak sempat nak ke kedai buku lagi.hehehehe.



Setelah bersekang mata..takde la bersekang mata sangat. Buat masa anak-anak tidur waktu petang, kadang-kadang buat depan anak-anak tapi serabut la skit sebab anak-anak pun mengacau nak buat sekali. Benda baru siap separuh dah sibuk nak main. Buat macam mana nama pun anak-anak kan. Kadang-kadang mummy die pun naik rimas mula la nak jadi hulk..hehehehe

Ini la hasil tangan mummy yang menggunting,menampal nak menjahit. Nak kata tak sibuk, sibuk la juga Ida pun. Dengan uruskan bisnes baju kanak-kanak. Dengan Shaklee dan blog mesti update selalu walaupun kadang tu termiss la jugak...

traffic light..vroom...

my tools...tools die semua lukis dan gunting sendiri

jom makan...ni pun main gunting je

transport dan color...airplane tu buat sendiri...

mini zoo dan numbers

shapes


pick apples




laundry...

Ni la sebahagiannya hasil kreativiti mummy yang tak berapa kreatif sangat la kan. Main belasah je buat. Tu pun ada juga dapat tempahan untuk buat 2 buah busy book ni. Jadi Ida beli je buku yang dah siap binding, Ida nanti buat je aktiviti dalam tu.

Busy book yang Ida buat ni ada 5 helai keping so dalam tu lebih kurang dalam 9-10 aktiviti rasanya. Memang penuh la kecuali muka depan dan belakang sekali..hehehe..Tu pun ada lebih lagi mungkin nak buat lagi sebuah buku flash card.

Ok ni je nak kongsi, jangan tanya mana Ida dapat semua ni. Dah tak ingat, beli campur-campur..tapi lagi best kalau korang pergi kedai Mr DIY, kat sana semua ada dan murah. Sebab Ida pun ada beli kat sana juga.heheheh

Saturday, October 17, 2015

PROJEK DIY BUSY BOOK UNTUK ANAK-ANAK

Assalammualaikum...

Sejak masuk grop Homescooling ni terpengaruh dengan kreativiti ibu-ibu buat untuk anak-anak. Cute je tengok. Ida sendiri terpengaruh nak buat jugak.




Nak kata ada bakat seni takde la jugak.Bukan pandai sangat pun nak buat macam-macam.hehehe. Tapi sekadar nak mencuba sebab bagus juga untuk anak-anak nak belajar.

Jumaat baru ni Ida ke Kuantan nak cari kedai Mr.DIY. Alhamdullilah dapat juga cari. Memang banyak juga la benda dalam tu lebih kurang macam kedai DAISO. Ida ni rambang mata nak ambil. Geram rasa. 



hasil di kedai MR-DIY

Ida ada juga singgah ke kedai DAISO. Ikutkan kalau ke Kuantan memang rasa na masuk juga kedai die. Geram tengok barang-barang die. Sempat juga la belikan Asyraf kerusi dan puzzle.



Ni projek yang dalam lakaran lagi. Kita buat la yang mana mampu,hehehe. Hasilnya nanti Ida akan tunjuk k....

Saturday, October 10, 2015

DIY FLASH CARDS

Assalammualaikum...

Dua hari lepas Ida saja la datang idea-idea dari group Homeschooling ni nak latih anak-anak belajar dari rumah. Rasanya sejak masuk group ni terasa macam-macam idea nak buat untuk pembelajaran anak-anak. Nak penuhkan aktiviti di rumah.



Nak kata anak-anak Ida jenis suka tengok tv tak la jugak.Ida pun takkan buka kartun yang merepek-repek ni. Selalunya buka yang membantu pembelajaran diorang. Asyraf banyak belajar sebenarnya dari cerita-cerita kartun dalam tv. Ada benda tak elok Ida akan betulkan. Cakap pun nak "speaking" je.huhuhu

DIY FLASH CARDS

Idea ni datang tiba-tiba je kebetulan anak-anak dok mengacau mummy die update blog so mummy pun berhenti kejap dan mulakan operasi.

Terjumpa la buku mewarna binatang yang Asyraf dah memang tak guna dah. Ida potong dan buat la flash cards kat die.


Kertas guna kertas kotak je dan tulis sendiri. Simple guna barang yang ada tapi xpelah anak-anak suka. Hari-hari mintak ajar walaupun die dah tahu sebenarnya nama binatang tu.

Buat ibu-ibu yang nak try Homeschooling untuk anak-anak boleh la join group ni. Korang boleh belajar dari sana


Saturday, August 22, 2015

DIY MODEL MAINAN KADBOARD UNTUK ANAK-ANAK

Assalammualaikum...

Kelmarin dulu tengah dok menaip entry sambil-sambil blogwalking si Asyraf kacau Ida. Biasa la..bila mummy dia masuk opis buat kerja mula la si hero 2 orang tu nak kacau. Kebetulan sehari sebelum tu Ida ada terbaca dalam majalah online mingguan wanita psal buat mainan anak guna kotak kadboard. Apa lagi dalam kepala ni dah idea la nak buat kat anak-anak kan.

Memandangkan kotak Shaklee banyak sangat dalam stor bilik tu. Ida guna yang tu jelah.



Ini model gambaran asal yang Ida tengok. Nampak la kemas skit.


Ini yang Ida buat untuk anak-anak.hehehe. Ida pakai je apa yang ada. Kalau nak lagi nampak kemas, balut la dulu dengan kertas warna biar betul-betul nampak macam jalan raya kan..Kalau nak buat landasan kereta api..buat la.

Saja je melayankan anak-anak. Asalkan diorang happy mummy pun boleh la buat kerja mummy..hahaha..

Ini antara idea yang korang boleh cubat buat untuk anak-anak.

DIY MODEL MAINAN KADBOARD






Kreatif kan? Sapa kata kotak takda benda lain nak buat selain untuk simpan barang.hehehe

SELAMAT MENCUBA!

Google+ Followers