Showing posts with label PETUA CEPAT HAMIL. Show all posts
Showing posts with label PETUA CEPAT HAMIL. Show all posts

Tuesday, July 28, 2015

8 PUNCA HAID TAK TERATUR,ISTERI JADI STRESS DAN EMO

Assalammualaikum...

Pada setiap bulan semua wanita yang normal akan datang haid. Itu perkara biasa tapi ada satu masalah yang sering dikaitkan dengan kesuburan yang amat merisaukan para wanita iaitu masalah haid tak teratur.



Bila masalah ni timbul memang kita sebagai kaum wanita akan mula rasa tertekan dan emo dengan suami.Bertambah stress bila suami isteri yang sedang merancang untuk mendapatkan anak. Ini ada 8 punca haid tak teratur yang boleh korang ketahui.


8 PUNCA HAID TAK TERATUR

1. Kehamilan atau menyusukan bayi



Sememangnya bagi ibu yang hamil dan menyusukan anak memang haid tak datang.

Bagi ibu yang menyusukan anak, hormon prolaktin akan menjadi tinggi untuk proses pengeluaran susu badan. Pengalaman Ida sendiri menyusukan anak selepas bersalin selama 1 tahun baru Ida akan datang haid. 

2. Masalah berat badan dan diet yang salah.




Bila cakap psal berat badan yang berlebihan sememangnya menjadi satu musuh bagi setiap orang. Dan ada juga yang telah melakukan diet yang salah semasa proses penurunan berat badan. Berat badan yang turun terlalu cepat dan mendadak juga boleh menyebabkan masalah haid tak teratur.

3. Sindrom Polycystic ovari (PCOS ). 




Ini gangguan hormon yg boleh menyebabkan cyst kecil untuk terjadi pada ovari dan haid yang tidak teratur .Wanita dengan PCOS mempunyai gangguan fungsi ovari kronik yang tidak normal dan tahap androgen yang luar biasa tinggi androgen (hiperandrogenisme). Androgen adalah hormon seks lelaki.

5. Kegagalan ovari pra-matang 


Kegagalan ovari pramatang merujuk kepada kehilangan fungsi ovari yang normal sebelum umur 40 iaitu haid terhenti sebelum mencapai usia 40thn. Wanita yang mempunyai kegagalan ovari pra-matang mungkin mempunyai haid yang tidak teratur atau jarang dalam setahun.

6. Penyakit keradangan pelvis (PID ). 




Jangkitan organ-organ pembiakan boleh menyebabkan pendarahan haid yang tidak teratur.

7. Fibroid rahim. 

Fibroid rahim adalah ketumbuhan bukan barah rahim. Mereka boleh menyebabkan pendarahan haid lebih banyak dan tempoh haid menjadi lama.

8. Gangguan tiroid (Hyperthyroidism or hypothyroidism)



Haid yang tidak teratur mungkin disebabkan oleh gangguan tiroid. Kelenjar tiroid menghasilkan hormon yang mempengaruhi metabolisme badan. Di mana korang akan rasa berdebar,panas dan berat turun secara mendadak.


Haid Tidak Teratur Buat Dia Emo Sokmo, Suami Pun Bingung from iReach HD on Vimeo.




Setiap kapsul mengandungi lebih 300mg GLA yg mana ianya sumber terbaik Omega-6. Ia digabungkan dgn minyak sunflower dan vitamin E utk tingkatkan keberkesanan dan kestabilan. 

Sememangnya amat sesuai untuk masalah haid tak teratur dan pasangan yang merancang nak dapatkan cahaya mata.




Nak order? sila kliK


Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh hubungi saya:

NURUL AQIDAH AZAHAR
(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
sms/whatsapp 0174636210
Fanpage : Mummysupplementshop
Email : Aqidgirl_88@yahoo.com

*setiap pembelian anda wajib akan mendapat konsultasi percuma yang berterusan dari saya

4 TIPS DAPATKAN ANAK LELAKI,DAH ADA GIRL NAK BOY JUGAK

Assalammualaikum....

Bila dah ada anak perempuan mestilah nak anak lelaki juga. Soalan dan perkara yang normal masyarakat akan tanya. Mana la mulut orang nak terlepas dari semua ni kan. Macam orang dah kahwin juga, mesti akan tanya bila nak ada anak. Bila dah ada anak,mesti tanya bila nak tambah.




Secara saintifiknya si suami akan membawa kromosom X dan Y manakala isteri hanya ada kromosom X. So bila bercantum kromosom XY untuk anak lelaki dan kromosom XX untuk anak perempuan. Ini ada 4 tips untuk dapatkan anak lelaki.


4 TIPS DAPATKAN ANAK LELAKI

1. Waktu subur isteri



Sperma boleh bergerak dengan pantas tetapi mempunyai jangka hayat yang pendek iaitu boleh hidup selama 24jam sahaja. Suami isteri yang nak anak lelaki jangan 'bersama' dalam masa 1 minggu sebelum waktu subur isteri. Biar 'bersama' pada hari yang hampir dengannya. Ini kerana nak kekalkan jumlah sperma yang banyak pada masa ni.

2. Teknik 'bersama'

Teknik yang berkesan adalah dengan teknik 'doggie style' ini kerana penis si suami mempunyai jarak yang lebih dekat dengan servik dan lebih mudah sperma nak masuk ke dalam ovum. Waktu 'bersama' paling sesuai pada waktu malam.

3. Pemakanan


Makan makanan seperti daging mentah,seafood,kekacang seperi kacang hijau,hazelnut dan almond. Ada yang kata makan makanan ringan seperti keropok masin. Tapi Ida tak galakkan makan dengan banyak untuk dapatkan kehamilan yang lebih sihat.

Si suami dicadangkan untuk minum kafein 1 jam sebelum sebelum 'bersama' untuk rangsangan sperma Y lebih aktif.

4. Tahap kepuasan isteri dicapai dahulu



Peluang untuk anak lelaki lebih tinggi apabila kepuasan isteri didahulukan sebabnya masa ni tahap kealkalian cecair isteri lebih tinggi dan kecenderungan sperma Y untuk bergerak ke ovum akan lebih mudah dan cepat.

rujukan: bayi-ibu.com

Ini hanyalah kajian yang telah dibuat dan tiada jaminan 100% betul-betul berkesan. Semuanya telah ditentukan oleh-Nya. Tak kisah anak lelaki atau perempuan, jagala anak-anak syurga ni sebaik-baiknya.

Selain itu boleh amalkan doa ni



Bagi yang nak tips dapatkan anak perempuan boleh klik di sini

SEMOGA MEMBERI MANFAAT!


Sunday, July 5, 2015

7 TIPS UNTUK DAPAT ANAK PEREMPUAN,ASYIK BOBOIBOY JE

Assalammualaikum...

Sapa la taknak dapat anak kan? Kalau dah 3-4 orang anak lelaki mesti la nak anak perempuan juga kan. Selain berdoa pada-Nya tak salah kalau nak cuba cara lain asalkan tak bercanggah dengan syariat Islam.


Bagi Ida tak kisah lelaki ke perempuan asalkan dapat anak sihat dan cukup sempurna sifatnya. Tapi biasa la mesti ada yang bunyi. "Kena beranak lagi la nak dapatkan anak perempuan pula". Sapa pernah kena sila terasa..heheheh


Secara ringkasnya :

Sperma X : Gerakannnya lambat, namun masa hidupnya lebih panjang dan tahan lama.

Sperma Y: Gerakannya cepat, mudah rosak dalam kawasan berasid dan masa hidupnya lebih pendek.

7 TIPS UNTUK DAPAT ANAK PEREMPUAN

1. Tentukan waktu hubungan intim


Pastikan korang 'bersama 2 atau 3 hari sebelum waktu subur. Jangan selepas sebabnya sehingga saat ovulasi, sperma Y sudah mati dan hanya sperma X yang akan membuahi sel telur.

2. Sediakan perlindungan


Selepas dah bersama tu disarankan untuk elak dari memakai kondom untuk 'bersama' pula nanti.Ini kerana akan mengganggu perjalanan sperma X untuk melekat pada telur.

3. Jangan terlalu dalam

Suami jangan melakukan tusukan terlalu dalam ketika melakukan hubungan intim dengan isteri kerana sifat sperma X yang lambat tetapi tahan lama, maka perjalanan sperma yang tidak terlalu cepat akan menguntungkan sperma X kerana sperma Y sudah terlebih dahulu mati sebelum mencapai destinasi.

4. Mengatur waktu orgasma

Jika anda menginginkan anak perempuan, suami boleh mencapai orgasma terlebih dahulu sebelum isteri, sehingga keadaan vagina yang masih berasid diharapkan boleh mematikan sperma Y sebelum sampai ke sel telur, dan hanya sperma X yang akan berjaya menembusi sel telur.


5. Posisi yang disarankan

Kajian menyarankan jika pasangan mahu anak perempuan, posisi ketika melakukan hubungan intim yang disarankan adalah berhadapan atau wanita di atas.
6. Elakkan menggunakan pelincir bantuan

Lakukan ‘foreplay’ yang cukup untuk mengeluarkan cairan di vagina isteri berbanding menggunakan pelincir buatan.

7. Faktor pemakanan



Bagi isteri digalakkan untuk memperbanyakan pengambilan makanan kaya dengan kalsium serta magnesium kerana kedua khasiat tersebut dipercayai dapat menarik sperma X. Sumber kalsium dan magnesium boleh diperoleh daripada susu, sayuran seperti lobak merah, terung, bawang, timun serta buah-buahan seperti epal, pear dan strawberi. 

Elakkan makanan mengandungi kadar sodium, kalium dan potassium tinggi seperti pisang, zaitun, ikan salmon, udang, kentang, daging.

rujukan:Pama

Semoga info ini dapat membantu para suami isteri untuk dapatkan anak perempuan :)

Boleh juga amalkan doa ni'

Tuesday, November 11, 2014

DAH LAMA KAHWIN BELUM HAMIL,STRESS MAK MERTUA ASYIK TANYA!!

Assalammualaikum..

Ramai pasangan yang baru berkahwin mesti pernah alami masalah cmni. Tambahan bagi yang dah lama kahwin masih belum hamil. Orang plak asyik bertanya,penat nak menjawab. Lebih-lebih lagi kalau mak mertua yang asyik bertanya setiap kali balik kampung, jadi stress!! Ida sendiri pernah alami masalah camni. Masa mengandungkan Asyraf, hampir setahun juga kahwin baru Ida disahkan mengandung. Itupun terpaksa menjawab soalan orang-orang tua dan kawan-kawan. Semua soalan yang sama.." Bila nak dapat anak ni?". Itu perkara normal, but setiap kali orang tanya Ida hanya akan jawab belum ade rezeki, kena sabar.



Tapi bagaimana plak yang dah bertahun-tahun kahwin tapi masih belum ade anak? Ok kalau bagi Ida berkemungkinan belum ade rezeki tapi sebaik-baiknya pasangan suami isteri buat pemeriksaan doktor. Banyak faktor masih belum hamil. Antaranya :

  • Tekanan
  • Masalah kualiti atau kuantiti sperma
  • Ovum tidak matang
  • Merokok ( samaada suami atau isteri )
  • Ubat-ubatan
  • Masalah berat badan
  • Kekurangan vitamin C 
  • Minuman berkafein
  • Makanan tidak seimbang
  • Hormon tak stabil
  • Period tak teratur
BAGAIMANA SHAKLEE DAPAT MEMBANTU?

Mungkin ramai yang tak tahu Shaklee juga membantu pasangan yang dah lama berkahwin untuk mendapatkan anak. Alhamdullilah ramai pasangan yang telah berjaya hamil yang penting kena sabar dan sentiasa berdoa pada-Nya.

Mengapa Set Kesuburan Shaklee?
  • Set ini memperbaiki kebolehan seksual lelaki. Juga meningkatkan nafsu seks. 
  • Menyeimbangkan hormon bagi wanita. 
  • Memberi kesihatan kepada sistem reproduktif. Ini sangat penting untuk pembentukan janin ketika hamil. 
  • Meningkatkan kiraan sperma. 
  • Memanjangkan hayat sperma apabila dilepaskan. 
  • Tingkatkan motiliti sperma dan halang sperma dari bergumpal. 
  • Tambahkan hormon estrogen bagi isteri dan testosterone bagi suami. 
  • Kehidupan di atas katil lebih hangat dan mesra.



Set kesuburan Shaklee mengandungi 2 jenis terbahagi kepada untuk si lelaki dan si wanita: 

1. Set wanita - B complex, ESP dan GLA complex 
2. Set lelaki - Vitamin E, Zinc complex, C dan Coqhealth

Mungkin juga boleh menambah :

Vitamin C 

  • Memiliki tinggi kandungan anti oksidan yang tinggi untuk hapuskan radikal bebas di dalam badan. Bertindak menghalang sperma dari bergumpal. Juga menjadikan salur darah lembut, mengembang dan bantu mengalirkan lebih banyak darah. Ini bagi bagi lelaki yang mengalami masalah mati pucuk.
Vita Lea 
  • Penting bagi membekalkan dan menyeimbangkan keperluan nutrisi dalam dalam. Oleh kerana gaya hidup yang sibuk, pemakanan yang tak sihat. Semua ini sebab kita hilang atau tak langsung menikmati nutrisi penting sehari-hari. Jika badan dilengkapi dengan semua vitamin dan mineral. Pastinya badan akan lebih cekap berfungsi.
Kombinasi vitamin dan mineral Set Kesuburan Shaklee akan beri harapan kepada suami isteri untuk memiliki cahaya mata. Rupa bayi yang comel, tangisannya membuatkan rumah tangga yang dibina bertambah berseri. Jangan pernah berhenti berharap. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.

Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh hubungi saya:

NURUL AQIDAH AZAHAR
(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
sms/whatsapp 0174636210

Fanpage : Mummysupplementshop
Email : Aqidgirl_88@yahoo.com

*setiap pembelian anda wajib akan mendapat konsultasi percuma yang berterusan dari saya.

Wednesday, August 20, 2014

TIPS HAMIL:TINGKATKAN KESUBURAN WANITA DENGAN GLA COMPLEX

Assalammualaikum..

Hamil tidak semudah yang disangka. Keputusan negatif yang sering diterima selepas berkali-kali mencuba tidak semestinya bermaksud anda tidak subur. Dulu Ida pernah alami keadaan ni. Memang stress sangat setiap kali check keputusan negatif. Ida selalu sunat hajat, baca mathurat, surah maryam dan makan acid folik..eh terlebih plak. Ni kisah sebelum Ida jumpe dengan Shaklee k..

Ida sekarang nak ceritakan tentang GLA COMPLEX yang mana famous untuk membantu meningkatkan kesuburan wanita yang ingin hamil.Ida ada baca 1 artikel di mana kebaikan Minyak Zaitun

  • Omega 3 memiliki kesan yang tinggi kepada peningkatan tahap kesuburan.
  • Omega 3 biasanya ditemui di dalam minyak zaitun
  • Kajian menunjukkan bahawa Omega 3 dapat membantu meningkatkan kuantiti, tidak kira sperma atau telur wanita, dan merupakan sebahagian diet yang penting dalam meningkatkan kesuburan wanita dan lelaki, terutamanya mereka yang ingin hamil




GLA complex adalah asid lemak perlu jenis Omega-6 yang amat penting untuk meningkatkan kesuburan badan, terutama bagi pasangan yang telah berumahtangga yang inginkan cahayamata.

Badan kita tidak dapat menghasilkan Omega-6 ini, oleh itu untuk mereka yang bermasalah kesuburan, kita perlu mengambil sumber dari luar untuk membantu badan meningkatkan hormon kesuburan ini.

Setiap kapsul mengandungi lebih 300mg GLA yg mana ianya sumber terbaik Omega-6. Ia digabungkan dgn minyak sunflower dan vitamin E utk tingkatkan keberkesanan dan kestabilan.

Bagaimana GLA complex membantu perbaiki KESUBURAN WANITA?

1. GLA complex mampu mengawal dan mengatur ketidakstabilan hormon wanita sebagai langkah utama bagi meningkatkan kesuburan.

2. GLA complex juga mampu mengecutkan CYST dalam rahim wanita yang boleh menghalang proses kehamilan.

3. GLA complex membantu tubuh menghasilkan sejenis mukus yang dipanggil 'cecair kesuburan' di dalam rahim. 'Cecair kesuburan' ini memberi 'ruang' untuk telur dan sperma untuk terus hidup hingga 5 hari.

4. GLA complex memperbetulkan dan memperbaiki keadaan haid yang tidak teratur jika diambil secara konsisten setiap hari.

5. GLA complex melambatkan menopause (putus haid)

Malah dengan pengambilan GLA COMPLEX ni korang akan dapat EXTRA BONUS

- KULIT GLOWING
- SENGUGUT HILANG
- BIBIR LEMBAP
- PIPI MCM PKAI BLUSHER
- JERAGAT HILANG


Jom dapatkan sekarang sebab tengah promosi beli 6 percuma 1..jangan risau, beli 1 je pun boleh..kalau beli pek promosi tak rugi pun, boleh je bagi en.hubby makan.

Nak order? sila klik


Sebarang pesanan dan pertanyaan boleh hubungi saya :

NURUL AQIDAH AZAHAR
(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
sms/whatsapp 0174636210
Email : Aqidgirl_88@yahoo.com

Sunday, March 16, 2014

AMALAN DAN USAHA AGAR MUDAH HAMIL

AMALAN DAN USAHA UNTUK HAMIL

Kita cuma merancang, tapi Allah yang menentukan. Ya betul kata-kata itu, tapi kita harus ingat merancang tanpa usaha adalah perkara yang sia-sia. Begitu juga dalam soal rumah tangga. Setiap pasangan pasti mengimpikan anak yang soleh dan solehah. TApi sedarkah kita bukan semua pasngan di dunia ini mampu melahirkan zuriat?

Tidak mudah untuk hamil dengan cepat dan kadang-kadang ia boleh memberikan tekanan perasaan apabila sanak saudara dan kawan-kawan kerap bertanya soalan yang sama.

Tekanan perasaan pula boleh mengurangkan lagi peluang anda untuk hamil. Dalam kebanyakan kes, cuma perubahan kecil sahaja yang perlu dibuat untuk menolong anda hamil dengan cepat.

Sekiranya anda merancang untuk hamil, di sini terdapat 10 tips yang boleh anda amalkan untuk meningkatkan kesuburan anda dan seterusnya hamil dengan lebih cepat dan selamat.

1. Fahami bagaimana kehamilan terjadi

Jika haid anda teratur, setiap pertengahan bulan, telur akan dikeluarkan oleh ovari dan sekiranya dalam masa yang sama anda berhubungan, sperma dari faraj akan berenang ke dalam rahim dan akan berjumpa dengan telur yang menanti di saluran peranakan (saluran fallopian). Persenyawaan akan terjadi dan selepas itu, telur yang bersenyawa akan mengalami implantasi dan berlakulah kehamilan. Memahami bagaimana sistem reproduksi anda berfungsi menjadikan anda lebih peka kepada faktor-faktor kesuburan dan juga memahami mengapa wanita gagal hamil.

2. Jumpa doktor anda

Pastikan anda bebas dari sebarang masalah dengan membuat lawatan doktor. Masalah cyst, endometriosis atau fibroid adalah penyakit yang kerap dikaitkan dengan kesukaran hamil. Malangnya wanita sering mengalaminya tanpa sebarang tanda dan gejala dan sekiranya diagnosa dapat dibuat di peringkat awal, rawatan yang berkesan mungkin akan dapat diberikan dan mengelak dari masalah sukar hamil. Sekiranya haid anda teratur dan sudah mencuba selama 1 tahun untuk hamil, anda mungkin boleh mengambil kira ujian analisa sperma dan HSG ( hysteros-salphingography) untuk memastikan saluran fallopian anda tidak tersumbat.

3. Dapatkan berat badan yang ideal

Sekiranya anda mempunyai badan yang terlalu besar atau terlalu kurus, ia mungkin boleh memberikan masalah kepada kesuburan anda. Kawal berat badan dan cuba kira BMI (Body Mass Index) anda. BMI di antara 20-24 menunjukkan berat optimal.

4. Ketahui waktu subur anda

Hari subur anda cuma 4-5 hari sebulan dan dengan mengetahui dengan tepat hari subur, anda boleh meninggikan peluang untuk hamil. Hari subur boleh dikiranya dengan tepat sekiranya haid anda teratur. Catatkan BBT ( Suhu badan asas) anda dan cuba perhatikan tanda-tanda ovulasi yang seperti lendir serviks yang lebih licin dan senak perut di tengah bulan. Anda boleh membeli kit ovulasi di farmasi sekiranya mahu untuk meramal masa ovulasi dengan lebih tepat.

5. Hubungan seks yang lebih kerap

Melakukan seks dengan lebih kerap adalah penting untuk memastikan anda hamil dengan cepat. Seks 3-4 kali seminggu adalah disarankan dan pada hari-hari subur, berhubunganlah setiap hari. Sesetengah posisi seks boleh membuatkan anda lebih senang hamil seperti suami berada di atas (missionary position). Posisi ini mungkin yang terbaik untuk memastikan penetrasi optimal di mana sperma dilepaskan paling rapat dengan bahagian servik. Untuk memastikan tiada tumpahan sperma, letakan bantal di bawah punggung anda selama 30 minit atau membiarkan zakar suami berada dalam faraj selama 15 minit selepas ejakulasi.

6. Tingkatkan kesuburan suami

Pastikan kesihatan reproduksi suami pada takat optimal dengan mengamalkan cara hidup sihat termasuk makanan seimbang dan berat badan optimal, bersenam, tidak merokok dan elakkan dari sebarang minuman keras. Sekiranya terdapat sebarang isu semasa seks seperti ejakulasi pra-matang, eloklah anda berbincang dengan doktor. Ia mungkin juga menjadi penyebab anda sukar hamil.

7. Mengambil multivitamin

Adalah disarankan kepada semua wanita yang merancang untuk hamil mengambil vitamin harian termasuk asid folik untuk mengurangkan risiko janin cacat. Suami pula disarankan untuk mengambil supplemen zinc untuk meningkatkan kuantiti pengeluaran sperma.

8. Bersenam secara rutin

Bersenam adalah cara untuk anda sihat secara keseluruhan dan lebih bersedia untuk menghadapi tekanan semasa hamil dan semasa bersalin.

9. Mengambil makanan yang seimbang

Mengawal pengambilan makanan amat penting terutama apabila anda mengalami masalah ovulasi dan masalah ovulasi pula berkait rapat dengan PCOS, iaitu salah satu sebab mengapa wanita sukar hamil. PCOS pula dikaitkan dengan masalah kebal terhadap insulin di mana ia akan menambahkan lagi masalah ovulasi anda. Berita baiknya, dengan hanya mengawal diet, kebanyakan wanita PCOS dapat menteraturkan haid mereka kembali seterusnya berovulasi secara semula jadi.

- Amalkan memakan lelemak monounsaturated dan kurangkan lemak transfat (yang terdapat pada makanan segera).

- Lebihkan protein dari sayuran seperti produk soya dan kurangkan memakan daging.

- Makanan makanan yang berfiber tinggi seperti seperti sayuran dan whole grains seperti oats.

- Kurangkan gula dan sebarang karbohidrat termasuk nasi, mee, bihun dan sebagainya.

- Kurangkan makanan berasaskan susu seperti ais krim, whole milk dan cheese.

10. kurangkan Tekanan

Life is so stressful, memang tak logik kalau tiada tekanan dalam hidup ni. Walau bagaimanapun, terlalu tertekan dikaitkan pula dengan masalah ketidaksuburan. Cuba buat aktiviti-aktivit ringan yang boleh mengurangkan tekanan anda seperti :

- Memasak.
- Bersenam
- Mendengar muzik.
- Membaca dan mendengar audiobooks.
- Manjakan diri anda dengan spa dan rawatan diri.
- Habiskan masa dengan kawan dan keluarga.
- Beromantik dengan suami.

11. Dan yang paling penting berdoa memohon kepadanya



Wednesday, February 26, 2014

PETUA CEPAT HAMIL

3 MAKANAN MENINGKATKAN KEHAMILAN

Petua cepat hamil

Sebenarnya terdapat pelbagai jenis makanan yang dapat membantu anda meningkatkan kesuburan anda seterusnya dapat meningkatkan juga kebarangkalian anda untuk hamil.so arini meh kita usha 3 jenis makanan yang boleh anda ambil dan amalkan untuk mudah hamil.Tips nie saya dapt dari pembacaan dan juga pertanyaan dari orang yang lebih berpengalaman ( kategori mak-mak,bapak-bapak )

jeng..jeng...jeng....

Tiram

Pada penggemar makanan laut sure anda tersenyum sampai ke telinga sebab favourite makanan tersenarai dalam makanan yang dapat mencepatkan anda hamil.so apa khasiatnya?tiram diketahui dapat meningkatkan zink dan zat dalam badan termasuklah sistem reproduksi,jadi ianya dapat meningkatkan kesuburan dan kecergasan benih anda.tapi pada yang alergi pada makanan laut sama sekali tidak digalakkan nanti jadi kes lain pulak.takpe ada banyak lagi makanan yang boleh anda makan.

Bawang putih

Ada diantara anda yang tidak yang tak suak makan bawang kan.tak kisah la bawang putih ke,bawang merah ke,bawang besar ke sebab nanti mulut anda akan berbau bawang.betul saya tak nafikan.tapi tahukah anda yang bawang putih nie ada khasiatnya yang tersendiri dalam soal kesuburan dan kehamilan.bawang putih mempunyai satu mineral semulajadi yang dapat dan diyakini boleh mengurangkan kadar keguguran apabial anda hamil kelak.ia juga mengandungi vitamin B6 yang dapat menjaga keseimbangan hormon anda dan dapat dijadikan imunisasi yang baik.

Madu

Kita memang sudah sedia maklum (islam) madu mempunyai khasiat yang banyak.Nabi Muhammmad juga selalu mengamalkan mengambil madu untuk kesihatan badan secara keseluruhan.antara manfaatnya ialah madu mempunyai asid amino yang baik dimana dapat meningkatkan kesuburan anda.jadi dapatkan segera madu dan pastikan yang asli okay...


Selain itu,pengambilan supplement tambahan juga dapat mmbantu..

sila klik di sini untuk ketahui lebih lanjut..


Google+ Followers