Showing posts with label SHOPPING. Show all posts
Showing posts with label SHOPPING. Show all posts

Tuesday, May 12, 2015

BELI NANO SOAP DAPAT FREE AZANIS SCAR SERUM

Assalammualaikum...

Sebelum ni pakat dok tengok je orang guna Azanis Scar Serum ni. Ida pun teringin juga nak try memandangkan ada parut-parut lama yang lambat nak hilang.





Sabun Nano soap die pun Ida rasa macam nak try. Ida memang tak pakai pencuci muka. Pakai sabun beras je sebab tu je yang sesuai. Nanti nak amik adiknye skit la sabun tu wat cuci muka.heheeh. 

Kebaikan Nano Soap 



Adik Ida pakai sabun ni sebab masalah bau badan die. Biasa la lelaki kan. Dalam masa yang sama Ida bagi makan Alfalfa Shaklee untuk buang toksin dan bau badan. Alhamdullillah. Die gune kedua produk ni masalah tu dah hilang.

Kebaikan Azanis Scar Serum


Kebetulan Ida terpandang iklan dalam facebook ni beli Nano Soap dapat free Azanis Scar Serum. Bila tanya harga not bad RM49 free pos..Dan Ida tambah lagi 2 ketul sabun Nano tu tgh promosi 2 ketul Rm45.

Tak ingat nama fb die tapi kalau korang nak boleh whatsapp die k.. Masrina 018-9678125

Saturday, May 9, 2015

ELIANTO LAGI

Assalammualaikumm...

Masa hari pekerja awal buln aritu...Elianto ada buat sale. Ida tak tengok benda lain. Perfume je..RM5 je sebotol..Apa lagi rembat la shopping online lagi..hehehehe



Nak beli sendiri kat outlet die time takde sale..harga sebotol tu ada la sampai RM30++..time sale beli RM5-10 je..kan best. Wangi pun wangi..

Korang rajin-rajin la jenguk web die kalau ade sale...Makeup pun ada..


Saturday, May 2, 2015

JALAN-JALAN DI EAST COST MALL KUANTAN

Assalammualaikum...

Hari Khamis baru-baru ni Ida ke Kuatan biasalah jalan-jalan sebelum en hubby nak naik offshore minggu depan. Mulanya nak beli barang skit dekat Mydin sebab murah kan kat situ. Tapi balik je jalan-jalan dari East Cost Mall(ECM) Kuantan,mak aih parking langsung tak dapat. Last-last terus balik..








Masa kat ECM biasala sampai2 je sana terus makan kat Chicken Rice Shop. Masing-masing lapar hah ko habis licin. Yang nak angin skit tu mintak air masak pun kena caj GST..aish..Habis dari makan memang tak ke mana-mana pusing-pusing. Tengok Padini takde buat sale kalau tak boleh jugak rembat tshirt kat sana.

Jalan-jalan tengok kedai kasut Vern's aik tengah buat sale plak. Nak tahu apa yang bestnye..second item kita beli hanya RM10 je. So Ida beli la kasut raya harga RM69.90 so second item boleh pilih harga yang sama atau ke bawah dengan harga RM10 je. Ida amik selipar harga RM49.90. So total Ida kena bayar hanya RM79.90.



Cepat sapa yang nak beli kasut tu..sampai 12hb may ni je katanya.

Dekat anak-anak pun tak beli apa sebab takde sale. Just pergi makan aiskrim dekat Baskin Robbins je.Balik dari Kuatan pun dah dekat kul5 lebih so kat Cherating tu kami singgah makan malam terus kat Restoran Mooneera. Jemput makan semua..heheheh



Pada rakan-rakan blogger yang lain selamat bercuti dan berhujung minggu semua..

Friday, April 17, 2015

SHOPPING DI ELIANTO

Assalammualaikum...

Pada awal bulan aritu ada member Ida bagithu web Elianto ada buat sale 90% produk Elianto. So Ida terjahla...Ida memang dah lama tahu psal Elianto just belum pernah try lagi produk die. Asal masuk kedai je tengok-tengok dan keluar.hahahah..


Dah masa member bagithu ada sale tu..memang rambang mata tengok. Syarikat nak clearkan stok lama rasanya die buat sale macam tu..tapi apa ada hal..Nasib baik la Ida bukan suka sangat mekap-mekap ni. Nampak harga perfume murah serendah RM5..apa lagi terus beli la..hehehhe


Ida beli eyeliner dapat free porch bag tu RM10. Perfume dalam botol panjang tu RM5 sebotol dan dalam botol bulat RM10. Total RM40 termasuk pos. Ok la tu kan. Harga asal pun boleh tahan la. Tak mahal tapi dah sale..ok la..

Sekarang ni pun diorang ada wat promo lagi tu..Korang boleh la terjah tapi bukan 90% la.Harga lipstick dari RM35.90 jadi RM9.90..sapa suka makeup tu g la terjah...

Thursday, December 18, 2014

MY FAVOURITE ONLINE SHOP

Assalammualaikum..

Kaum wanita kalau bab fesyen memang no 1 kan? Kita mesti nak up to date mengikut masa tapi mesti ingat janganlah fesyen hinggakan membuka aurat kita sebagai kaum muslimah.


Bagi Ida, Ida memang dah jarang nak keluar shopping baju disebabkan masa dan keadaan. Yelah dengan anak-anak kecik memang tak boleh nak shopping lama-lama. Sebab kita mesti nak cuba dan nak pusing cari baju yang berkenan dalam hati. So jalan yang mudah, beli online la jawapannya.

Memang kebanyakan baju Ida sekarang memang beli online. Tapi itu pun Ida bukan sebarangan beli. Ida akan tengok pada material dan ukuran baju tu, Kalau singkat atau nipis atau jenis kain lycra memang Ida takkan beli walaupun baju itu cantik sangat. So jom Ida kongsikan beberapa shop baju yang Ida suka terjah.

1. Mak Jah Closet



Ida suka singgah tengok design yang terbaru, Yang menariknya kat MakJah Closet ni sebab selalu ada buat sale. So siapa yang terlepas memang rugilah kan..



Design dalam ni memang kebanyakkan sama je tapi biasala kan. Bila stok dah habis tapi dah kita berkenan sangat memang kita akan cari kat orang lain.



Elya Store ni sesuai untuk kaum wanita yang nak cari baju mengandung dan baju nursing. Design memang cantik tapi biasala bila dah berkenan, saiz pula dah habis. Sedih tau...huhuu.



Sebenarnya Kedai Adamhawa ni jual baju t-shirt muslimah dan dah ada kedai dia sendiri seperti alamat di atas. Dan sebenarnya Ida juga salah seorang agen dropship dia jual t-shirt muslimah ni. So sapa nak jadi agen boleh la cari Ida atau owner dia sendiri sebab nanti kita akan masuk dalam group agen dropship dia untuk tahu status stok dan design yang ada.



Kebetulan Ida memang nak cari skirt chiffon dan terjumpa plak vendor ni dalam instagram. Sapa nak cari skirt boleh jenguk sini. Kualiti kain dia memang best dan terbaik. Suka sebab bila pakai je rasa macam princess la plak..heheheh..

Sebenarnya banyak lagi kedai online yang Ida suka terjah. Nanti akan datang, Ida akan kongsikan bersama k...


Tuesday, August 5, 2014

BAJU RAYA ONLINE 2014

Assalammualaikum..

Alhamdullilah..dah boleh update dan share entry yang bagus untuk dibaca. Sok Ida akan ke Kuala Terengganu, ade urusan untuk buat kad bank utk adik Ida yang keje kat sana. Entry kali ni, Ida nak share gambar Hari Raya dan pakaian dan tudung yang Ida beli secara online. Yelah Ida takde masa nak g cari baju raya kat kedai disebabkan sepanjang Ramadhan suami Ida kena offshore, 3 hari sebelum raya baru balik. Nasib baik..okeh,jom Ida nak citer baju raya Ida tahun ni.




Okeh ni baju raya Ida masa Hari Raya pertama. Baju ni Ida beli dari Rayyanhaya. Nak tengok dalam instagram pun ade, nak cepat order whatsapp je. Kebanyakkan koleksi memang cepat habis dan terpaksa restock banyak kali. Baju ni pun Ida beli last minit. Yang bestnye, baju ni ade bukaan zip kat depan untuk breastfeeding. Kalau nak walk-in pun boleh ke butik diorang. Di sini Ida sertakan alamat dan no telefon sekali k..

SBU SHAH ALAM : Sincerelybyushawls Boutique. B-19-G, Jalan Serai Wangi K 16/K, Alam Avenue 2, Shah Alam. ( 1 row with RHB Bank & opposite JPJ)

SBU BANGI : Sincerelybyushawls Boutique. 18A, Jalan Medan PB 2C, Seksyen 9, Bandar Baru Bangi Selangor. ( 1 row with Wadihana Islamic Steak House & bersebelahan JM Briyani)


No telefon : WHATSAPP 014-9925160


Ni baju raya Ida hari kedua. Baju Ida beli kat butik Zawara. Boleh order secara online or walk-in je dekat outlet2 die. Nanti Ida sertakan alamat die k.Actually baju ni Ida beli sekali dgn adik2 ipar dan kak ipar. Design yang sama tapi warna lain-lain.


ini la adik2 ipar Ida. Tengokla si kecik tu tengok ke daddy die


Sepatutnya ada sorang lagi, kak ipar Ida pakai baju warna koko tapi die takde. Pergi meraya umah mak mertua die plak. Tak sempat nak bergambar sekali. 

ZAWARA STORES:

ZAWARA Sungai Petani
No 80, Jln Lagenda 1, Lagenda Heights, Sungai Petani, Kedah. (TEL: +604-4242494) 
(Near Butik Ariani & Maybank)

ZAWARA Kota Bharu
9H, Bandar Baru Lembah Sireh, Kota Bharu, Kelantan (TEL: +609-7433333) 
(Shop lot Behind TESCO KB Car park exit. Same Row with Sireh Kopitiam)

ZAWARA KUANTAN (Dibuka Ogos)
A155, Ground Floor,Sri Dagangan,
Jalan Tun Ismail,25200 Kuantan, Pahang
(Near Megamall and Kamdar. In front kompleks belia dan sukan)

ZAWARA Shah Alam
29, Jln Plumbum P7/P,Seksyen 7, Shah Alam. (TEL: +603-55244855)
(Near Wisma Jakel, Infront of JM Tower, Same row with Petronas & Bata)

ZAWARA Kota Damansara
No G42, Jln PJU5/21, The Strand Kota Damansara, Petaling Jaya. (TEL: +603-61514781) (Shop lot Behind CIMB Bank The Strand. Near to Encorp Mall The Strand Entrance)

ZAWARA Busana Menara MARA
2nd Floor, Busana Shopping Centre @ Menara MARA. Jln TAR, KL. (TEL: +603-26020152) (Between Junction & Pertama Kompleks)

ZAWARA Wangsa Melawati
2A, Lorong Dataran Wangsa Melawati, Wangsa Melawati, Kuala Lumpur (TEL: +603-40119402) (Near KWSP Wangsa Melati. Beside Wangsa Grill)

ZAWARA Bangi
G-48, Jln 8/35A, Taman Seri Bangi,Seksyen 8, Bandar Baru Bangi. (TEL: +603-8210 1606) (Near Sendayu Tinggi & Mazda Showroom Seri Bangi)

ZAWARA JB 
19, Jln Padi Emas 1/4,Pusat Komersil Bandar Baru UDA, Johor Bahru.(TEL: +607-2443437) (Near Angsana Mall. Behind Wisma Jakel. Beside Restaurant Mamak Habib)



Tudung yang Ida pakai masa hari raya pertama dan kedua pun Ida beli online juga. Ida beli kat Tudung Ruffle. Tudung yang Ida pakai ni bidang 55 harga rm30, ade bidang 45 harga rm15. Memang Ida selalu pakai bidang 45 je, saje nak try pkai bidang 55 ternyata memang best. Senang bentuk dan senang belit..hehehe..ade yang corak tapi bidang 45. Nak order cepat kena whatsapp  ke 0122041656 sebab memang cepat sold out, Ida nak beli warna hitam dan kelabu tapi dah sold out. Sedih..huhuhu.


Ini gambar kami sekeluarga tahun ni takde tema,bedal je just en.suami dan Asyraf pakai baju warna yang sama. Si Aqil baru bangun tidur tu,paksa bangun nak tangkap gambar.hehehe..Entry akan datang Ida akan share gambar2 raya kami dan keluarga besar Ida ( keluarga sebelah suami ).

Friday, June 6, 2014

SHOPPING DI POPLOOK.COM

Assalammualaikum...

Mata Ida masih terbuka lagi nak buat entry psal shopping online. Bulan lepas Ida ada post beberapa online shop yang menjadi kegemaran Ida..So arini Ida nak citer psal online shop Poplook ni..memang dh agak popular dlm facebook cakap best shopping kat cn..cantik2 baju die..so Ida pun try la buka,,,
peh...memang cantik2 pun..suka tgk dresses die,,skirt die..Ida memang suka simple je..en suami pun xbrape suka kalau bnyk2 sgt corak2 ni..aduh,,boleh bangkrap ni..hehehhe. Insyaallah ade masa ni ade juga kena rembat brg2 dlm Poplook ni..KAMU TUNGGU YE!!

So ni Ida share la beberapa design dresses,skirt or aksesori yang Ida dah rasa minat..hehehhe


Jezel Lace Maxi Dress - Navy
HARGA RM99

Fidelia - Light Green

HARGA RM109

Aderyn Maxi Skirt - Teal Green

HARGA 72 ( ADE ZIP KT BLKG )

Irma Blouse - Navy

HARGA RM59

Retha Blouse - Maroon

HARGA RM74

Fify Blouse - Teal

HARGA RM56

Ok yang ni jelah Ida eh share..sebenarnya rambang mata Ida tgk..xdpt la nak share semua..hehehhe
Korang leh g kat link ni k..



Thursday, June 5, 2014

BEST BREASTPUMP DAN MURAH

Assalammualaikum..

So saja Ida dok tengok2 breast pump yang best sekarang ni..Ida bukan nak beli just suka survey2..Ida tak beli sbb anak direct bf..nak beli pun rasanya membazir je...so Ida berkenan la dengan 1 brand ni..comel je...nama die Eve Love FLEXI breastpump,,jom kita review brand ni..

Ini dia set terbaru EVE LOVE FLEXI BREASTPUMP. Kalau tengok dari segi parts dan aksesori lebih banyak kali ni berbaloi dengan harga yang ditawarkan.




KEISTIMEWAAN:

✔ Boleh DOUBLE pump atau single pump
✔ Boleh pakai ELEKTRIK / BATTERY / POWER BANK
✔ POWER BANK boleh guna utk 15 Sesi Pam (1sesi 30minit) , atau charge hp or tablet boleh
✔ Ada SILIKON kusyen pada corong pam→ selesa dan bantu stimulate susu
✔ Bunyi tak bising
✔ RINGAN (400g sahaja) dan MUDAH ALIH
✔ Boleh HANDS FREESTYLE – Design bustier (diberi free) yang baru dan lebih STRETCHABLE sesuai utk pelbagai saiz
✔ TIADA masalah backflow dengan penggunaan valve membrane yang baru
✔ 2-PHASE expression – ada MASSAGE mode dan EXPRESSION mode (ikut mimik bayi)
✔ 10 LEVEL sedutan – Mommies boleh pilih kekuatan sedutan mengikut keselesaan.
✔ Ada TIMER
✔ Ada MEMORY function – boleh programkan setting suction dan timer.
✔ Diprogramkan dgn MUSIC yang menenangkan sambil mengepam.
✔ Parts SIKIT→ MUDAH pasang/basuh
✔ Original Malaysia (recommended by lactation consultant)
✔ Waranti 1 TAHUN
✔ Ada SERVICE CENTER – boleh service/repair dan beli spare parts


Ada lagi la benda free yang akan seller bagi. Harga die dalam rm599..kalau ade sale lagi murah la...

So Ida ada tengak beberapa seller. Ni Ida bagi link..kalau korang nak boleh beli dari diorang.Ida tak jual k..Ida jual supplement Shaklee je kalau korang nak banyakkan susu ke ada masalah penyusuan ke boleh pm Ida.

Ni link diorang:
SEBARANG DAN PESANAN BOLEH HUBUNGI SAYA:

NURUL AQIDAH AZAHAR
(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
Email: Aqidgirl_88@yahoo.com
sms/whatsapp: 0174636210

Wednesday, April 23, 2014

THE BEST ONLINE SHOP

Korang semua dah tido ke? Ok la tadi entry ida ada cakap psal shopping online kan,,
Sapa yang tak suka shopping tambah2 lagi ni sebagai perempuan, suka window shopping..kalau kat luar window shopping mesti penat. So sekarang ni teknologi semakin maju,bisnes online semakin bertambah2...nak apa je,buka google..terus search..keluar la nama2 online web dengan link die sekali..so kita window shopping jelah dalam internet macam Ida ..hehhehe

Ok,Ida share jelah link kebanyakan favaorite Ida bila window shopping.

1. http://www.autumnz.com/ 

- nak cari baju2 menyusu,mengandung,alatan2 susu boleh tengok kat sini.


2. https://www.facebook.com/toys4toddlers

- barang mainan kanak2, Selalu buat sale memang puas hati kualiti die,


3. http://www.qqbabyshop.com/ @ https://www.facebook.com/qqbabyshop.my

- baju kanak-kanak, Semua comel,selalu buat sale




- sini Ida suka tengok kasut die,,Ida memang peminat kasut Vincci & Summit tapi tak beli. Ida selalu beli kt kedai die terus sebab Ida kalau beli kasut heel ke flat ke memang suka tengok depan cermin..nak tahu sesuai ke tak..hehhe..Selalunya Ida beli aksesori



- Ida memang peminat tudung bawal, tapi semenjak ada anak dah jarang pakai, Sekarang Ida suka tengok tudung Datin aidijuma ni..Comel. Lagi 1 yang best, 1 design tudung ni boleh pelbagaikan gaya,,nak bawal or shawl..Cantik kan? Tudung ni cepat sold out tau,kalau g stokis die berduyun2 orang beratur. Ida ada la 2 helai je sebab husband tak bagi beli bnyak2. Kang tak terpakai,kalau bujang memang dah lama beli..hehehhe



SAYA SUKA SHOPPING ONLINE

Dengan zaman teknologi sekarang ni.kalau boleh semua benda boleh je jual dalam internet. Jeruk,baju,tudung,kasut, even coklat rm0.20 pun ada je orang jual. Tapi jangan kata tak laku,memang laku sangat sebab pe?sebab sesetengah orang sibuk kerja,takda masa nak kelaur beli barang. Tambah dengan taraf hidup sekarang ni. Kaum hawa ramai yang berkerja. Banyak la web sekarang contohnya Zalora, paling famous siap masuk iklan dalam tv lagi...

Tak kecuali Ida, Ida sendiri memang suka beli barang online. Selalu nya baju,barang mainan anak2,buku. Ida jarang nak keluar berjalan2, Suami pun cuti hari Jumaat je,kebanyakan kedai2 kat Kemaman ni hari Jumaat masing2 tutup. Lagi 1, Kemaman ni xmacam KL merata shopping complex. Nak pergi jalan-jalan shopping paling dekat kat Kuantan. Nak sampai pun 1 jam. Jarang nak pergi,suami pun kadang2 time cuti die nak dok rumah je..Selalunya Ida shopping dalam FB je, yang web ni jarang sebab kadang2 ada yang Ida suka tapi tak tahu saiz muat ke tak. Kalau dalam FB ni boleh tanya2 kan...




Bisnes Shaklee ni pun sama,shopping online je..senang tapi just bagi yang dah join jadi ahli je dapat beli online.Nanti korang akan dapat ID dan Password sendiri. Macam sesetengah bisnes, kena pergi stokis la ambil barang. Ada perjumpaan group la sampai tengah2 malam..Hello...Shaklee ni bukan cam MLM k...
Dalam Shaklee ni,korang usaha korang yang dapat. Upline korang ingat goyang kaki je ke? Diorang pun bekerja sama je cam korang.

So ini je Ida nak cakap,entry seterusnya Ida nak bagi link web yang selalu Ida shopping.kot2 la korang rasa nak beli kan,..


Google+ Followers