Showing posts with label SUSU PERAHAN. Show all posts
Showing posts with label SUSU PERAHAN. Show all posts

Tuesday, January 5, 2016

8 TIPS BANYAKKAN SUSU YANG MEMBUATKAN ANDA IBU YANG HEBAT!

Assalammualaikum...

Menjadi seorang ibu sememangnya merupakan satu pengalaman yang sangat hebat bagi seorang wanita itu. Malah ini menjadikan seseorang itu wanita yang hebat. Yelah bukan perkara yang mudah untuk menguruskan anak-anak dan mendidiknya. Perkara paling indah adalah di saat menyusukannya. Ini pengalaman paling manis seumur hidup.


Kalau diingat semula memang rasa tak percaya dan bersyukur dengan kebesaran Allah S.W.T. Susu yang mengalir adalah dari darah kita. Pernah tak terfikir kenapa susu bukan berwarna merah walaupun ia dari darah kita. Dan betapa kuatnya semangat kita untuk terus susukan anak walaupun dalam keadaan tak sihat. Itu la kuasa hebat seorang wanita dan ibu. Tak pernah runtuh semangatnya demi anak-anak. Ini Ida nak kongsikan 8 tips banyakkan susu yang menjadikan korang ibu yang hebat.

8 TIPS BANYAKKAN SUSU

1. Kekerapan


Semakin kerap anak disusukan semakin banyak susu akan keluar. Ingat pada konsep "supply&demand". Pada waktu siang susukan anak setiap 3 jam dan 4-5jam pada waktu malam. Tips dari Ida kalau anak yang dilahirkan masih jaundis susukan setiap 1 jam termasuk waktu malam. Insyaallah..susu akan bertambah banyak,jaundis anaj pun akan cepat turun.

2. Petunjuk


Jangan fikir payudara yang kecik menunjukkan susu tak banyak. Salah sebanarnya. Bila bayi disusukan secara tak langsung payudara akan berusaha untuk menghasilkan susu. Dan faktor paling penting adalah si ibu mesti mempunyai mindset yang kuat. Jangan fikir susu takde atau kurang tapi yakin susu ada banyak untuk keperluan anak.

3. Minum


Ini antara tips paling penting Ida suka tekankan. Sila banyakkan minum air. Lebih kurang 3-4 liter sehari. Jangan skip. Ini kerana setiap masa kita akan kehilangan banyak air. Melalui air kencing air peluh air liur dan sebagainya. Tambahan pula kalau menyusukan anak. Kita juga telah kehilangan air malah tenaga. Sebab itu ibu menyusukan anak ni cepat lapar dan dahaga.

4. Belaian


Amalan Ida semasa menyusukan anak untuk merangsang susu lebih banyak adalah dengan merenung dan mengusap kepala die sambil baca sedikit ayat sepanjang menyusukan die. Dengan hanya membayangkan anak minum susu korang denga kenyang pun dah boleh rangsang untuk banyakkan susu.

5. Disiplin


Ini bagi ibu-ibu yang bekerja yang nak simpan stok yang banyak untuk anak. Jangan ponteng sesi pemerahan susu. Pam susu ikut masa yang telah ditetapkan. Pastikan ikut jadual mengepam susu setiap hari.

6. Tempoh


Biarkan anak menyusu dengan puas dengan kenyang. Menyusu dengan lebih lama akan membayakkan susu dan anak akan mendapat khasiat yang sepenuhnya. Bagi Ida paling lama menyusukan anak dengan sebelah payudara adalah selama 1 jam. Tips Ida kalau tak larat nak duduk selama 1 jam. Menyusukan dengan keadaan berbaring. Korang boleh juga rehatkan badan semasa menyusukan anak. 

7. Waktu Malam


Ramai yang suka tinggalkan penyusuan atau mengepam susu pada waktu malam. Sebenarnya pada waktu malam ini akan merangsang penghasilan susu dengan lebih banyak. Ia merangsang hormon prolaktin yang berperanan menghasilkan lebih banyak susu. Bagi ibu yang mengepam tips dari Ida mengepam pada jam 3 pagi hingga subuh. Insyaallah..berbotol-botol susu korang akan pam.

8. Urut


Teknik urut yang betul membantu susu mengalir dengan lebih lancar. Urut juga boleh mengelakkan bengkak susu atau sakit puting. Selain urut, tuam payu dara menggunakan tuala yang dibasahkan dengan air suam. Kalau petua lama yang Ida amalkan menyikat payudara dengan sikat untuk pengaliran susu lebih lancar. Insyaallah..membantu. Selain itu boleh amalkan doa banyakkan susu semasa mengurut payudara. 



Nasihat Ida pada ibu-ibu muda jangan putus asa dalam menyusukan anak-anak. Walaupun ada yang takde rezeki untuk menyusukan anak sepenuhnya. Jangan sedih insyaallah akan datang ada lagi. Nak tips menyusukan anak sehingga 2 tahun boleh hubungi Ida. Insyaallah Ida akan membantu.

p/s: Nak nasihat dari Ida tanpa menggunakan produk pun boleh. Supplement hanya membantu tapi sebenarnya semuanya dari kita sendiri. Ida susukan anak sulung tak makan apa-apa produk k..Yang kedua baru makan sebab badan dah mula sakit-sakit.Kalsium dah banyak hilang.hehehe

Nak order? sila klik

Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh hubungi saya:

(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
sms/whatsapp 0174636210
Email : chintashoope@gmail.com
No Id: 1074293


*setiap pembelian anda wajib akan mendapat konsultasi percuma yang berterusan dari saya

Wednesday, August 5, 2015

4 PANDUAN MUDAH BEKU DAN CAIRKAN SUSU PERAHAN,KHAS UNTUK IBU BEKERJA

Assalammualaikum...

Tahniah Ida ucapkan pada ibu-ibu yang selamat melahirkan anak kesayangan mereka. Sekarang tugas utama ibu-ibu adalah memberikan khasiat makanan awal yang terbaik iaitu susu ibu. Untuk menyusukan anak perlukan komitmen yang sangat tinggi lebih-lebih lagi ibu yang bekerja.



Jadi bagaimana ibu yang berkerja nak berikan khasiat susu ibu yang berterusan pada anak? Mestilah dengan mengepam susu dan buat stok susu dengan mencukupi untuk mereka. Ini ada sedikit 4 panduan mudah beku dan cairkan susu perahan.



4 PANDUAN MUDAH BEKU DAN CAIRKAN SUSU PERAHAN

4 TIPS BEKUKAN SUSU PERAHAN

1. Masukkan susu ibu ke dalam botol bersih selepas mengepamnya. Lebihkan sedikit kerana susu akan mengembang ketika membeku.



2. Simpan susu perahan korang di dalam peti sejuk beku mengikut kuantiti yang diperlukan oleh bayi sekali minum. Contohnya sekali minum susu ,bayi akan habiskan dalam 3oz. Ini supaya mudah untuk dicairkan nanti dan tidak membazir.





3. Labelkan susu dengan tarikh supaya memudahkan untuk kita tahu mana susu yang lama dan baru. Susu yang dibekukan bertahan sehingga 4bulan.

4. Simpan susu perahan dalam peti dingin beku. Jangan letakkan di bahagian bawah (chiller) kecuali apabila korang hendak cairkan dan berikan pada bayi. Kalau letak dalam chiller bertahan selama 8hari untuk bayi yang sihat. Kalau anak yang pramatang selama 48jam sahaja. 




4 TIPS CAIRKAN SUSU PERAHAN

1. Jika nak gunakan susu yang dibekukan boleh terus letak di bahagian bawah peti sejuk. Selalunya susu yang dibekukan akan cair dalam masa 1 hari. Bila dah cair, rendam dalam air suam sebelum diberikan kepada bayi.



2. Gunakan air suam ye kalau nak cairkan susu yang dibekukan atau yang disimpan dalam peti sejuk bawah

3. Jangan bekukan kembali susu yang tekh dibekukan. Senang susu lebihan yang anak tak habis minum. Sebab itu la asingkan susu mengikut keperluan anak supaya dapat elakkan pembaziran.



4. Jangan cairkan susu dalam microwave. Ini menyebabkan susu akan menjadi terlalu panas dan merosakkan segala khasiat dalam susu ibu.



sekarang dah ada mesin untuk panaskan susu


SEMOGA MEMBERI MANFAAT!


HAPPY BREASTFEEDING!!


Rahsia kejayaan ibu yang bekerja sebagai jururawat ni dengan 3 kali shift berjaya menyusukan anak sepenuhnya.


Cara Tambah Susu Badan Supaya Tak PANIK Anak Menangis Kelaparan from iReach HD on Vimeo.


Nak order? sila klik


Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh hubungi saya:

NURUL AQIDAH AZAHAR
(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
sms/whatsapp 0174636210
Fanpage : Mummysupplementshop
Email : Aqidgirl_88@yahoo.com

*setiap pembelian anda wajib akan mendapat konsultasi percuma yang berterusan dari saya

Monday, September 29, 2014

10 SEBAB KEGAGALAN PENYUSUAN IBU SEPENUHNYA

Assalammualaikum..

Bia bercakap tentang penyusuan, Ida memang ambil berat pasal ni. So ramai juga yg inbox Ida tanya masalah penyusuan ni. Yup Ida bukan la expert sangat tp Ida belajar dari pengalaman dan banyak reseach psal penyusuan. Kenapa? Sebab Ida nak mnyusukan anak2 sehingga 2 thun, Ikut sunnah Rasullullah. Sebelum ni Ida ada kongsikan kisah pengalaman Ida menyusukan anak semasa hamil, boleh baca di sini. Arini Ida nak kongsikan 10 sebab kegagalan penyusuan ibu sepenuhnya.


10 SEBAB KEGAGALAN PENYUSUAN IBU SEPENUHNYA


1) Tiada keyakinan - KEYAKINAN sangat penting untuk memastikan kejayaan anda menyusukan bayi anda speenuhnya. YAKIN yang anda mampu menyusukan bayi sehingga 2 tahun, YAKIN yang anda mampu menangani sebarang cabaran mendatang. Jika tidak yakin, dengan mudah anda akan mengalah.

2) Kurang ilmu - Kurang ilmu tentang penyusuan akan menyebabkan anda dengan mudah percaya yang anda tiada susu, tak cukup susu, maka terus berhenti untuk berusaha. Tiada ilmu juga menyebabkan anda tidak yakin menyusukan bayi adalah sangat mudah jika betul tekniknya.

3) Tidak bersungguh-sungguh - Ramai yang nak menyusukan anak, tapi tidak bersungguh-sungguh. Apabila ada masalah susu merudum, stok EBM susut, baby meragam, x larat mengepam.. maka dengan mudah anda akan mengambil alternatif untuk memberikan susu formula.

4) Tiada sokongan suami - Sokongan suami atau orang terdekat sangat penting untuk menjayakan penyusuan terutamanya di awal kelahiran bayi. Walaubagaimana pun, keinginan daripada dalam diri sendiri adalah paling utama.

5) Cepat putus asa - Ada ibu yang bermasalah kurang susu atau susu merudum, ada juga yang ada masalah puting tenggelam, puting melecet, bengkak susu dan sebagainya. Jika ibu tidak kuat semangat dan cepat berputus asa, maka cita-cita tidak akan kesampaian.

6) Tidak bersedia - Untuk ibu yang bekerja, perlu ada persediaan yang rapi terutamanya untuk membuat stok susu. Perlu ada persediaan peralatan mengepam (jika perlu), botol simpanan, dan ilmu yang cukup tentang pengendalian EBM. Ibu yang kurang bersedia akan menghadapi masalah untuk membekalkan susu ibu secukupnya kepada bayi. Jadi digalakkan untuk membuat stok paling kurang 2 minggu sebelum masuk bekerja selepas berpantang.

7) Tidak kisah - Ramai ibu yang tahu tetang besarnya manfaat susu ibu. Tapi ramai juga yang tidak kisah jika anak diberi susu formula. Usaha hanya ala kadar. Apabila ada masalah sedikit, terus mengambil alternatif susu formula.

8) Tidak jaga pemakanan - Pemakanan turut memainkan peranan penting dalam penghasilan susu ibu. Makanan yang tidak berkhasiat, atau tidak mencukupi nutrisinya akan mempengaruhi penghasilan susu ibu. Tambahan lagi jika ibu berdiet (kurang makan). Jadi mungkin akan ada ibu yang gagal dalam penyusuan kerana masalah kurang susu akibat tidak jaga pemakanan.

9) Stress - Stress yang berpanjangan akan mengganggu penghasilan susu ibu. Tambahan pula, jika stress, pastinya ibu tidak dapat mengepam dengan tenang. Jadi kemungkinan susu akan merudum dan menyebabkan ibu mudah berputus asa. Jadi bertenanglah... kurangkan stress semasa bekerja dan sentiasa ingat anak yang tersayang.

10) Kurang berdoa pada-Nya - Ingatlah, rezeki milik Allah. Susu ibu juga adalah rezeki milik Allah. Jadi jika nak banyak susu, nak murah rezeki, mintalah kepada pemilik-Nya.


Ini antara sebab-sebab kegagalan dalam penyusuan ibu sepenuhnya yg dapat Ida kongsikan. Bagi yang nak dptkan nasihat dan semangat, jangan malu-malu untuk tanya pd Ida. Ida akn tolong mana yg mampu utk korang menjayakan penyusuan susu ibu.


Jika korang memerlukan supplement utk banyakkan susu, boleh inbox facebook Ida k..

SEBARANG PERTANYAAN DAN PESANAN BOLEH HUBUNGI SAYA:

NURUL AQIDAH AZAHAR
(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
SMS/WHATSAPP 0174636210
EMAIL: Aqidgirl_88@yahoo.com

Friday, June 13, 2014

PANDUAN PENGASUH BERI SUSU PERAHAN

Assalammualaikum...

Di sini Ida nak share kan panduan bagi pengasuh untuk beri susu perahan kepada bayi anda. Artikel ni Ida amik dari PaMa. Hope dapat membantu ibu-ibu supaya dapat menjayakan pemberian susu ibu kepada anak-anak.

Antara dilema yang sering dihadapi oleh ibu bekerja selepas melahirkan anak adalah pemberian susu ibu yang berterusan. Kerisauan pengasuh tidak faham bagaimana pemberian susu ibu perahan (SIP) kepada bayi membuatkan ibu seperti hendak berhenti kerja.

Sebenarnya isu kembali bekerja dan menyusukan bayi secara eksklusif tidak sepatutnya menjadi halangan. Sebaik-baiknya sebelum membuat keputusan menggunakan khidmat mana-mana individu atau taska tertentu yang bakal menjadi pengasuh bayi, bincang terlebih dahulu dengan pihak berkenaan tentang keinginan anda yang mahu menyusu susu ibu secara eksklusif.

Berikut adalah panduan berguna yang boleh dikongsikan dengan pengasuh bayi anda agar dia lebih memahami cara pemberian susu ibu kepada bayi.

1.Kumpul SIP

Kumpul SIP seawal yang mungkin ketika cuti bersalin (dua minggu selepas melahirkan). Lebih awal anda mengumpul SIP, peluang meneruskan penyusuan susu ibu semakin tinggi.

2.Kekalkan SIP

Rutin memerah susu ibu di pejabat perlu dilakukan secara teratur agar penghasilan susu tidak terjejas. Anda disarankan mengepam setiap tiga jam. Dalam pada itu, SIP sebaik-baiknya disimpan di dalam peti sejuk. Jika pejabat tidak menyediakan peti sejuk, anda perlu menyimpannya di dalam beg pendingin yang disertakan dengan beberapa pek ais untuk bertahan sekurang-kurangnya lapan jam. Apabila kembali ke rumah, terus simpan SIP di dalam peti sejuk untuk kegunaan hari esok.

3.Penyediaan SIP

Di rumah, anda perlu mencairkan SIP yang beku di dalam peti ais sepanjang malam. Jangan lupa untuk ingatkan pengasuh bahawa SIP yang cair tersebut perlu dihabiskan dalam tempoh 24 jam. Manakala susu yang dipanaskan pula perlu dibuang jika melebih sejam. Anda turut digalakkan untuk memberi stok SIP segar (baharu dipam) untuk keperluan bayi semasa di tempat jagaan pengasuh.

4.Pemanasan SIP

Ajar pengasuh bahawa SIP perlu dipanaskan di dalam air suam, bukannya air mendidih kerana suhu yang terlalu panas akan memusnahkan beberapa nutrient penting di dalam susu.

Jangan sesekali memanaskan SIP menggunakan ketuhar gelombang mikro kerana ia akan memusnahkan nutrien penting susu ibu dan boleh menyebabkan mulut bayi melecur. Setelah dipanaskan, titiskan susu tersebut ke pergelangan tangan bagi menguji kepanasannya sebelum diberi kepada bayi.


Ingatkan pengasuh bahawa SIP tidak boleh dibekukan semula dan dipanaskan lebih daripada sekali. Sebaik-baiknya, anda menyediakan kelengkapan untuk memanaskan SIP seperti termos berisi air panas, bekas atau mangkuk khas dan lain-lain.

Sedikit sebanyak ia membantu meringankan beban pengasuh dalam mengendalikan penyusuan bayi. Satu lagi maklumat penting yang mesti disampaikan kepada pengasuh ialah normal apabila lapisan lemak berada di bahagian atas SIP jika dibiarkan di dalam peti ais. Jadi, dia perlu menggoncangkan botol perlahan-lahan bagi membolehkan SIP bercampur semula.

5.Pemberian SIP

Hakikatnya tiada botol yang serupa dengan payu dara ibu. Namun, tidak dinafikan penggunaan botol membantu memudahkan pengasuh memberikan SIP. Selain daripada botol, anda digalakkan menggunakan alternative lain seperti cawan penyusuan, picagari ataupun sudu plastik. Alternatif ini dilakukan bagi mengelakkan bayi keliru puting.

Malah di sini juga ida share kan beberapa panduan untuk memerah dan mencairkan susu ibu. Harap dapat membantu k..

CARA CAIRKAN SUSU PERAHAN, klik di sini

CARA BUAT POWER PUMPING, klik di sini

PANDUAN MEMERAH SUSU DENGAN TANGAN, klik di sini

PANDUAN PENYIMPANAN SUSU IBU, klik di sini


Saturday, May 17, 2014

KEBAIKAN KOLOSTRUM SUSU IBU:NILAI CECAIR EMAS

Kolostrum adalah satu bentuk susu yang dihasilkan oleh kelenjar mamari. Biasanya, kolostrum mula akan keluar selepas sahaja baby disusukan oleh kita. Lagi kerap baby kita disusukan, maka akan bermulalah keluarnya kolostrum sebagai antara makanan yang terawal yang sangat berkhasiat dan menjadikan baby kita tambah sihat! :)

Baby yang baru dilahirkan mempunyai sistem sistem pertahanan tubuh yang masih lagi lemah. Oleh itu, adalah sangat-sangat disyorkan agar baby yang baru lahir ini mula mendapatkan nutrien-nutrien penting terutamanya sumber nutrien daripada kolostrum ini. Disini, dapat kita lihat betapa pentingnya kekerapan untuk kita perlu terus menyusukan secara terus atau direct feeding kepada baby kita agar dia tambah sihat dengan susu kolostrum ini.

Sekiranya, kita dapati terdapat keladak bewarna seperti kekuningan di sekitar puting breast kita, bergembiralah kita :) kerana keledak kuning tersebut merupakan antara kumpulan susu kolostrum yang sudah pon keluar dari breast kita dan sangat bernilai buat baby kita untuk dia tambah sihat! :)


Setkan kat otak kita, lepas ni kita mesti kena bagi susu direct kat baby kita seperti yang kita memang dah buat pon! Menyusu secara terus a.k.a direct breastfeeding :)

Kita haruslah bersikap tamak dalam menyusukan baby kita pada waktu ini bagi memastikan baby kita mendapat khasiat kolostrum yang hebat ini! Apalagi kolostrum ini adalah datangnya daripada susu badan kita sendiri. Terima kasih Ya Allah!



nampak tak beza die?

Tahukah ibu2 susu awal atau KOLOSTRUM adalah berwarna putih kekuningan, likat pekat dan melekit dan juga dipanggil cecair emas

Ia tidak memancut tetapi hanya meleleh keluar ke tepi puting ibu.
Kolostrum yang diberi kepada anak yang baru dilahirkan akan membentuk lapisan di permukaan usus bayi dan bertindak mencegah sebarang jangkitan.

Jangan beri air kepada bayi anda kerana ia akan menghakis lapisan ini. Lagipun kolostrum mengandungi 80% air.
Faedah2 kolostrum ini pada bayi:

1. Kolostrum mengandungi protein yang terdiri drpd antibodi seperti imunoglobulin, terutamanya lgA yang mampu mencegah jangkitan kuman. Juga mengandungi vitamin dan faktor tumbesaran.Tanpa kolostrum bayi akan terdedah kepada jangkitan kuman dan senang mendapat alahan.

2. Kolostrum juga merupakan laksatif yg membantu mengeluarkan mekonium (najis hitam awal bayi) dan mencegah jaundis.

3. Kaya dgn sel darah putih utk melindungi dr jangkitan
4. Menjadikan usus bayi lebih cepat matang
5. Kaya dgn vitamin A dan E

Pada ibu yg baru melahirkan jgn risau jika susu itu bewarna kuning, terus susukan bayi anda sejurus selepas dilahirkan supaya bayi anda terus mendapat khasiat yg terdapat dalam kolostrum

Alhamdulliah, Ida dapat susukan Asyraf sehingga umur 2 tahun. So lepas ni giliran Aqil plak. SAYA SOKONG PENYUSUAN SUSU IBU !!!

Bagi ibu2 yang ada masalah penyusuan boleh boleh tanya k..

SEBARANG PERTANYAAN DAN PESANAN BOLEH HUBUNGI SAYA:

NURUL AQIDAH AZAHAR
(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
SMS/WHATSAPP 0174636210
EMAIL: Aqidgirl_88@yahoo.com

Wednesday, May 7, 2014

CARA CAIRKAN SUSU PERAHAN

Haba dan kepanasan melampau boleh memusnahkan enzim,antibodi dan kompenen-kompenen nutrien penting dalam susu ibu.Oleh itu perahan susu ibu yang dibekukan atau disejukkan perlu dicairkan dengan kaedah yang betul bagi mengurangkan kehilangan nutrien yang terkandung dalam susu ibu.

Ikuti langkah-langkah berikut:-

1) Untuk susu perahan yang disimpan dibahagian sejuk di dalam peti sejuk(suhu bawah 4'C)

  • Lalukan bekas/botol susu di bawah aliran air pili untuk seberapa ketika.
  • Rendam botol di dalam mangkuk atau bekas berisi air panas/mendidih selama 5 minit.Jika air menjadi sejuk dan susu belum mencapai suhu yang diingini,tukarkan air rendaman dan rendam lagi untuk beberapa ketika.
  • Jika anda dapati susu di dalam botol terbahagi kepada 2 bahagian,goyangkan botol beberapa ketika untuk mencampurkan bahagia-bahagian yang terpisah(lapisan atas ialah lemak) dan menyamaratakan suhunya.
  • Rasa suhu sekali lagi sebelum menyusukan bayi anda.
2) Untuk susu perahan yang disimpan dibahagian sejuk beku(freezer)
(suhu -8'C hingga -20'C).
  • Turukan beberapa botol susu beku(ikut keperluan) daripada bahagian sejuk beku(freezer) ke rak atas dibahagian sejuk di dalam peti sejuk(refrigerator) disebelah malam supaya proses pencairan boleh berlaku secara perlahan-lahan dalam situasi suhu bawah 4'C.Ini juga akan menjimatkan masa pencairan apabila hendak diberikan kepada bayi nanti.
  • Apabila bersedia untuk memberikan kepada bayi,keluarkan satu botol dari peti sejuk,cairkan dan panaskan susu seperti langkah 1 di atas.
TIPS PENTING
  • Gunakan susu perahan yang paling lama disimpan di dalam peti sejuk(pastikan tarikh perahan susu dilabelkan pada botol/bekas sebelum menyimpan susu sejurus selepas proses mengepam atau memerah susu)
  • Cairkan dan panaskan susu perahan hanya dalam kuantiti yang diperlukan sahaja bagi mengelakkan pembaziran susu yang tidak habis diminum bayi.
  • Susu yang sudah dicairkan atau dipanaskan tidak boleh disimpan semula di dalam peti sejuk walaupun susu itu tidak diminum oleh bayi.Susu itu perlu dihabiskan dalam masa 4jam.
  • Susu perahan yang tidak habis diminum oleh bayi boleh disimpan dalam masa 2-3jam (dalam suhu bilik) dan diberikan kepada bayi pada sesi penyusuan seterusnya.
  • Susu beku yang telah diturunkan kebahagian sejuk peti sejuktidak boleh dibekukan semula,susu ini perlu dihabiskan dalam tempoh 24jam(dikira daripada masa dikeluarkan dari bahagian sejuk beku)
  • Susu yang disimpan di dalam peti sejuk hanya bertahan selama 5-7 hari.Selepas 7 hari susu yang belum sempat digunakan boleh dinaikkan semula kebahagian sejuk beku bagi memanjangkan tempoh ketahanan penyimpanannya.Tetapi bau dan rasa mungkin berubah sedikit kerana susu yang disimpan lama di dalam peti sejuk boleh menyerap bau daripada peti sejuk.
TIDAK BOLEH

  • TIDAK BOLEH panaskan susu perahan di atas api dapur(direct heat)
  • TIDAK BOLEH panaskan di dalam ketuhar gelombang micro(microwave oven)
  • TIDAK BOLEH didihkan susu perahan.
Alasan dan sebab : Susu akan menjadi terlalu panas dan boleh mencederakan bayi,komposisi dan nutrien/kultur hidup dalam susu jugak akan termusnah oleh kepanasan yang melampau(40'C keatas)
Susu perahan juga mudah dipanaskan menggunakan pemanas khusus(warmer),susu dikawal 40'C ke bawah sahaja.

Kesimpulannya:-

Susu fresh(baru perah): tahan 4jam pada suhu bilik

Susu disejukkan dalam peti sejuk(dekat rak bukan dibekukan) :tahan 5-7 hari

Susu beku : bergantung pada suhu peti sejuk
- peti ais 1 pintu: tahan 2 minggu.
- peti ais 2 pintu: tahan 3 bulan.
- Deep Freezer: Tahan 6 bulan.

Susu beku yang telah dicairkan: perlu digukam dalam tempoh 24jam tak boleh dibekukan semula.
Susu yang di panaskan: tahan 2-3jam

Sunday, May 4, 2014

PANDUAN PENYIMPANAN SUSU IBU

Susu yang telah diperah perlu disimpan dengan baik di tempat yang betul. Justeru ibu-ibu yang menyusukan bayi perlu mengetahui cara terbaik menyimpan susu untuk si manja. Berikut adalah panduan yang harus anda fahami dan ikuti.


  • Susu ibu segar seharusnya disimpan pada suhu bilik. Bagi suhu bilik di antara 27 darjah celcius hingga 32 darjah celcius, jangka waktu 3-4 jam adalah had munasabah untuk menyimpan susu ibu perahan (SIP)

  • Susu ibu selamat pada suhu 15 darjah celcius untuk 24 jam berdasarkan kepada perkembangan minimum bakteria yang terkandung di dalam sampel kajian. Walau bagaimanapun, terdapat pek ais yang digunakan mampu menyimpan susu ibu pada suhu seperti di dalam peti ais iaitu 4 darjah celcius. Oleh itu, pastikan kualiti pek ais yang digunakan.

  • Kajian pemerahan susu ibu dengan sedikit pencemaran ketika pengepaman menunjukkan perkembangan bakteria adalah pada paras rendah dalam tempoh 72 jam. Malah, masih selamat selepas 4-8 dari didinginkan.
  • Membeku susu ibu perahan (-4 darjah celcius hingga -20 darjah celcius) adalah selamat untuk sekurang-kurangnya 3 bulan. Vitamin A,E dan B, jumlah protein, lemak, enzim, laktosa, zink, immunoglobulin, lysozyme dan laktoferin lazimnya kekal apabila dibekukan.
  • Susu ibu beku perlu disimpan di bahagian belakang peti sejuk beku untuk mengelakkan pemanasan semula akibat kekerapan membuka dan menutup peti sejuk. Jadi, semua bekas penyimpanan susu ibu perlu ditutup rapat untuk mengelakkan pencemaran
  • Selepas bekas penyimpanan diisi dengan susu ibu, sedikit ruang perlu ada dibahagian atas bekas penyimpan untuk membenarkan susu mengembang ketika dibekukan.
  • Semua bekas penyimpan susu ibu perlu dilabel dengan tarikh susu dipam. Nama anak perlu dilabel terutamanya jika anda membekalkannya kepada pengasuh yang perlu memeberi susu ibu perahan kepada ramai bayi lain.
  • Lazimnya, bayi memerlukan 60- 120 ml susu ibu setiap sesi penyusuan ketika berada di rumah pengasuh. Jadi simpan susu ibu dalam stok 60-120 ml setiap satu adalah cara mudah untuk mengelakkan pembaziran.
  • Elakkan menambah susu ibu yang masih suam ke dalam susu yang telah dibeku. Ini bagi mengelakkan pemanasan semula susu yang telah dibekukan. Adalah lebih baik jika anda menyejukkan terlebih dahulu susu ibu yang baru dipam sebelum dicampur bersama stok sedia ada.
  • Susu ibu yang disimpan mungkin berubah bau dan rasa asalnya kerana aktiviti lipase (proses pemisahan lemak yang membantu proses penghadaman bayi terutamanya bayi pramatang). Susu tersebut tidak mendatangkan mudarat walaupun ada sesetengah bayi mungkin menolak susu berkenaan, memanaskan susu lebih daripada 40 darjah celcius tidak digalakkan kerana boleh mengurangkan enzim susu ibu.
Tips Tambahan Cara Penyimpanan Susu Perahan


1. Simpan Dalam Bekas atau Plastik Yang Kecil

Sebolehnya, setiap bekas dalam 1-4 Oz sahaja. Ini penting untuk mengelakkan susu terbazir. Ye lah kadang-kadang bayi ni menyusu sikit je.

Kalau kita bagi banyak terus; Contohnya terus bagi 7 oz kepada bayi, dan dia tak habis, baki tu hanya boleh diminum semula dalam masa 1-2 jam sahaja.

2. Catat Tarikh Setiap Perahan

Gunakan sticker putih dan catat tarikh perahan untuk setiap bekas. Ini memudahkan anda track ‘expiry’ setiap stok susu tersebut.

3. Cairkan Dengan Perlahan-lahan

Untuk mencairkan susu beku, letakkan terlebih dahulu susu di bahagian fridge supaya ianya cair perlahan-lahan. Kalau nak lagi cepat, boleh letakkan susu beku dibawah air paip yang mengalir.

Seboleh mungkin, elakkan dari mencairkan susu dalam suhu bilik (contohnya letak susu atas meja di dapur atau di sinki).

4. Jangan Campurkan Susu Perahan Sesuka Hati
Kalau nak campur susu perahan (pada hari yang sama sahaja), pastikan kedua-dua susu berada pada suhu yang lebih kurang sama.

Contoh #1; Perah waktu pagi dapat 2 Oz., perah waktu tengahari dapat lagi 2 Oz. Kalau nak campur kedua-dua perahan tersebut, pastikan suhu keduanya adalah sama.

Contoh #2: Susu yang diperah pagi tadi dah letak dalam peti sejuk. Susu yang diperah petang tak boleh terus campur dengan susu pagi tadi. Sejukkan dulu susu petang tersebut. Lepas dah rasa suhu lebih kurang je, baru boleh campur.

5. Cara Panaskan Susu Perahan

Panaskan botol susu di dalam bottle warmer atau rendamkan di dalam air panas (tuangkan air panas dalam cawan atau bekas yang sesuai, kemudian rendamkan bottle susu yang dah cair tadi ke dalam air panas tersebut).

Jangan sesekali panaskan susu menggunakan microwave atau secara terus menggunakkan api dapur. Ini boleh menghilangkan nutrisi dan khasiat susu ibu.

Google+ Followers