Showing posts with label TIPS KEKAL BAHAGIA. Show all posts
Showing posts with label TIPS KEKAL BAHAGIA. Show all posts

Thursday, March 12, 2015

TIPS TENANGKAN HATI DAN JIWA

Assalammualaikum...

Di sini Ida nak kongsikan sedikit tips tenangkan hati dan jiwa. Insyaallah..lepas ni hati akan lebih tenang memandangkan semenjak ni kepala Ida jadi serabut. Agaknye terlalu banyak berfikir.




TIPS TENANGKAN HATI DAN JIWA

1) Dirikan solat dan banyakkan berdo’a – kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo’a turut katakan “Ya,Allah jadikan hatiku bersih”

2) Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100X sebelum tidur, Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki,orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3) Solat taubat – Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

4) Membaca Al-Quran – Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah “Qulhu-allah” sebanyak 3X.

5) Berma’af-ma’afan sesama kawan setiap hari – Semasa meminta maaf perlu sebutkan.

6) Bisikan kepada diri perkara yang positif – Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri,merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah “Aku sebenarnya……(perkara yang elok-elok belaka)

7) Program minda/cuci minda – Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati “Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat,aktif, positif”. Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya
CUBALAH!!

8) Berpuasa – Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.

9) Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa)

10) Kekalkan wuduk

11) Bersedekah

12) Belanja orang makan.

13) Jaga makanan – jangan makan makanan yang subhat

14) Berkawan dengan ulama

15) Berkawan dengan orang miskin (menginsafi)

16) Pesan pada orang, jadi baik

17) Menjaga pacaindera (mata, telinga,mulut…dsb), jangan dengar orang mengumpat.

petikan:Pakar cinta

Friday, July 11, 2014

10 TIPS RESEPI KEBAHAGIAAN

Assalammualaikum...

Bila dah bergelar ibu bapa ni kadang2 hubungan suami isteri jadi sedikit renggang,,bukan disebabkan anak2 tapi faktor masa yg padat..tambah2 lagi kalau suami isteri sendiri berkerja..

Jangan abaikan hubungan suami isteri apabila sudah mempunyai anak. Seimbangkan keduanya kerana masing-masing memerlukan perhatian khusus.So sini Ida share skit resepi kebahagiaan agar rumah tangga kekal harmoni.

10 RESEPI KEBAHAGIAAN


  • Utamakan keluarga berbanding rakan-rakan. Anda kini bergelar ibu ayah dan bukan bujang lagi. Jadi, utamakan tanggungjawab menguruskan keluarga di rumah.
  • Setiap hari pastikan anda memeluk pasangan sekurang-kurangnya 30 saat. Namun, jika berpeluang memeluknya lebih dari tempoh masa itu ia pasti lebih baik dan bermakna buat anda berdua.
  • Setiap kali selepas solat, doakan hubungan anda dan suami dieratkan seerat-eratnya di samping doa-doa biasa.
  • Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja masing-masing.
  • Biar sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang dia lakukan ketika itu.
  • Luangkan masa untuk berbual tentang apa sahaja daripada isu rumah tangga hinggalah isu politik sebelum masuk tidur. Sebelum melelapkan mata jangan lupa ucapkan kata-kata sayang kepada pasangan.
  • Luangkan masa untuk bercuti berdua sahaja. Percutian sebegini dapat menyemarakkan hubungan mesra anda berdua.
  • Amalkan untuk mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan. Jangan biarkan ia berlarutan untuk satu jam apatah lagi berhari-hari.
  • Tinggalkan nota ringkas ‘manis’ untuk isteri atau suami. Lekatkan pada cermin solek atau di hadapan pintu.
  • Amalkan sembahayang berjemaah semasa di rumah, berdoa bersama serta bersalam-salaman selepas itu.

Monday, March 10, 2014

TIPS SUAMI ISTERI KEKAL BAHAGIA


19 TIPS CINTA SUAMI ISTERI



1. Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja masing-masing.

2. Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan luar daerah, tambah rutin harian tadi dengan pelukan dan ciuman di bibir.

3. Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang dilakukan.

4. Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti I love you sepenuh hati sebelum keluar kemana-mana, menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur.

5. Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari bersama kerana pastinya ia tiada gangguan anak-anak jika pada hari berkerja.

6. Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan.

7. Luangkan masa untuk berbual tentang apa sahaja dari isu rumah tangga hinggalah politik semasa sebelum tidur.

8. Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan, jangan biar berlarutan walau untuk satu jam sekali pun apatah lagi berhari-hari.

9. Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran mereka walau sambil membaca akhbar misalnya kerana apa yang penting ada berada disisi.

10. Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet atau usia sudah meningkat kerana ia adalah salah satu amalan penting untuk mengeratkan kasih sayang.

11. Amalkan sembahyang berjemaah semasa di rumah, berdoa bersama serta bersalam-salaman selepasnya.

12. Biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan serta tidak segan atau geli untuk menghabiskan makanan atau minuman isteri atau suami.

13. Sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah atau kad untuk peristiwa tertentu, memakai pakaian dalam yang seksi atau apa sahaja yang anda tahu pasangan pasti menyukainya.

14. Senda gurau dalam rumah tangga amat penting, ceritalah sesuatu yang kelakar, teka teki atau apa sahaja yang membolehkan anda ketawa bersama.

15. Sentiasa kenang pengorbanan masing-masing seperti susah payah isteri melahirkan anak dan suami yang berkerja keras menyara keluarga.

16. Sesekali tukar gaya penampilan agar ada kelainan serta untuk mengelakkan pasangan merasa jemu.

17. Apa sahaja masalah yang timbul, berterus terang dan berbincang bersama untuk menyelesaikannya.

18. Sentiasa menyimpan tekad untuk menjadi suami/isteri yang baik dalam rumah tangga bahagia kerana fikiran positif akan memudahkan anda mencapai matlamat tersebut.

19. Jika amalan-amalan di atas tidak pernah dilakukan sehingga anda membacanya hari ini, jadikanlah ia sebagai titik permulaan untuk melakukannya tanpa rasa ragu dan malu.


MARI SAMA-SAMA KITA AMALKAN UNTUK KEBAHAGIAN SUAMI ISTERI..AMIN..

Google+ Followers