Showing posts with label TIPS KURANGKAN BERAT BADAN. Show all posts
Showing posts with label TIPS KURANGKAN BERAT BADAN. Show all posts

Sunday, August 28, 2016

4 BULAN 10KG???BIAR BETUL!!

Assalammualaikum....

Peratusan kajian menunjukkan rakyat Malaysia merupakan ranking pertama PALING GEMUK di Asia Tenggara. Dan peratusan tu semakin meningkat setiap tahun malah peratusan kolestrol tinggi, tekanan darah tinggi dan gula juga semakin tinggi.




Gaya hidup,pemakanan, hormon semua tu menjadi penyebab masalah kenaikan berat badan. Malaysia ni suka makanan bergoreng, berlemak, berminyak. Dan ada pula fast food tu lagi la. 

Image result for ikat perut

Bila nak kurangkan berat badan bukan la sampai kena ikat perut, taknak makan nasi. Nak makan buah sahaja. Jangan la menyeksa diri. Nak diet, biarkan diet dengan sihat. Jangan sampai jatuh sakit plak kang tak pasal-pasal dapat plak penyakit lain.

4 BULAN 10KG??

Gila ke? Tu normal kalau kita nak kurangkan beran badan dengan cara sihat. Jangan terlalu fikirkan nak kurangkan berat badan terlalu drastik sedangkan kita ambil masa bertahun-tahun sampai berat badan jadi macam tu.

Masa muda berat 45kg, semakin meningkat usia berat dan jadi sampai 60kg. Bukannya dalam masa 3hari tu berat dah naik sampai 10kg kan...

Akak ni sendiri pengguna setia produk Shaklee dari mengandung,berpantang,menyusukan anak. Nak kurus nak cantik semua guna produk Shaklee sahaja.

Hasilnya? Anak dapat disusukan sepenuhnya, malah dapat kurangkan berat badan dengan lebih sihat. Tak perlu seksa diri. Anak masih menyusu, boleh sahaja nak kurangkan berat badan.

Tahukan ibu menyusu ni lebih mudah mengurangkan berat badan berbanding ibu biasa.


Nak order? sila klik


Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh hubungi saya:

(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
sms/whatsapp 0174636210
Email : chintashoope@gmail.com
No Id: 1074293

*setiap pembelian anda wajib akan mendapat konsultasi percuma yang berterusan dari saya

Wednesday, January 6, 2016

6 SEBAB SUSAH TURUNKAN BERAT BADAN, SILA PERIKSA SEMULA!

Assalammualaikum...

Ramai yang sering gagal dalam program turunkan berat badan. Dah makan macam-macam produk berat badan still tak turun malah ada yang meningkat. Bila dah jadi macam ni stress pun ada pastu dah mula putus asa.



Produk turunkan berat badan di luar hanya membantu sahaja tapi yang penting sebenarnya diri sendiri juga. Kena yakin dengan diri dan jangan terlalu bergantung pada produk semata-mata. Ini ada 6 sebab susah turunkan berat badan yang korang kena periksa semula.

6 SEBAB SUSAH TURUNKAN BERAT BADAN

1. Banyak Makan Makanan Masin & Berlemak


Orang Asia memang terkenal dengan makanan yang berlemak dan masin. Masak rendang, masak lemak. Bila terlalu banya makan ia membuatkan kalori juga bertambah dan menjadi lemak degil. Makanan yang mengandungi banyak garam juga perlu dielakkan. Kurangkan dari kuantiti yang biasa jika memasak. Selain boleh mengakibatkan hipertensi, terlalu banyak garam di dalam tubuh membuatkan cairan tubuh terkumpul di dalam badan. Ini sebabnya berat susah nak turun.

2. Selalu Stress


Bila masalah berat badan ni tak selesai maka stress mula la datang. Hormon kortisol yang keluar saat stress akan merangsang nafsu makan, melambatkan metabolisme dan meningkatkan penempelan lemak di bahagian perut. Bila jadi macamni cuba relax dengan mendengar muzik, berbual dan ketawa dengan kawan-kawan, berurut,yoga atau bersiar-siar di taman.  Lakukan salah satu aktiviti ini paling kurang 10 hingga 15 minit setiap hari.

3. Sering Berjaga Malam


Dalam kajian yang telah dilakukan di Amerika Syarikat menyatakan, kurang tidur akan meningkatkan hormon rasa lapar dan menurunkan hormon rasa kenyang. Terdapat juga kajian lain yang membuktikan bahawa individu yang tidur kurang dari empat jam sehari mempunyai peluang menderita obesiti sehingga 73 peratus lebih tinggi jika dibandingkan dengan individu yang tidurnya tujuh hingga sembilan jam sehari. Sebab itu kita perlu tidur secukupnya. Kalau boleh pukul 10 malam tu dah masuk tidur. Jangan nak melepak lagi depan tv..

4. Makan Tidak Di Meja Makan


Kita memang suka makan di depan tv, komputer atau sambil membaca buku. Ini akan menyebabkan korang leka dang mengunyah atau makan dengan banyak tanpa sedar. Kalori yang masuk ke dalam perut pundah jadi tak terkawal.

5. Kurang Bergerak


Sebenarnya sambil bekerja pun kita boleh melakukan senaman. Ini terutamanya mereka yang kerja di dalam pejabat. Kerani atau sebagainya. Korang boleh je buat senaman ringan seperti regangan kaki dan tangan. Silang-silangkan atau ayun-ayunkan kaki dan tangan sambil duduk di atas kerusi dua hingga lima minit setiap selang satu jam. Aktiviti ini mampu memberi tambahan pembakaran kalori berbanding hanya duduk di atas kerusi tanpa melakukan apa-apa regangan selama berjam-jam lamanya.

6. Fikir Produk Tenusu akan menggemukkan


Ramai yang sangka kalau minum susu badan lagi akan bertambah gemuk. Salah sebenarnya. Wanita yang mengambil yogurt bebas lemak, keju atau susu rendah lemak tiga hingga empat kali sehari mampu mengusir 70 peratus lemak dari tubuhnya. Ini kerana kalsium daripada susu berperanan sebagai ketua yang akan merangsang tubuh untuk membakar lebihan lemak. Pengambilan kalsium atau produk tenusu sebanyak 3 kali sehari akan membantu korang menurunkan berat badan. Insyaallah...



Nak order? sila klik


Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh hubungi saya:

(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
sms/whatsapp 0174636210
Email : chintashoope@gmail.com
No Id: 1074293

*setiap pembelian anda wajib akan mendapat konsultasi percuma yang berterusan dari saya

Monday, November 23, 2015

6 TIPS DIET YANG BETUL BAGI BAKAL PENGANTIN

Assalammualaikum..

Bila semakin hari semakin dekat hari yang dinantikan. Hari yang akan diijabkabulkan para bakal pengantin baru mesti agak resah, gelisah bila berat badan tak nak turun. Makin bertambah ada la.




You don’t alter Vera to fit you, you alter yourself to fit Vera.” 

Itu antara kata-kata Kate Hudson dan Anne Hathaway di dalam filem Bride Wars yang ditayangkan pada tahun 2009. Para pengantin mesti akan turunkan berat badan paling tidakpun akan kekalkan berat badan yang sekarang. Tapi yang apaling penting biarla kurus secara sihat bukan sakit. Biar nampak badan tu fit je. Ini ada 6 tips diet yang betul bagi bakal pengantin.


6 TIPS DIET YANG BETUL BAGI BAKAL PENGANTIN


1. Ketahui Target



Bila dah ada target so senang korang akan mula rancang cara diet korang. Contohnya kalau korang nak turunkan 5kg seurang-kurangkan korang perlukan masa dalam 5-10mingu untuk menjayakannya. Sasaran jangka pendek ini relevan bagi yang ingin menghilangkan lemak dan tiada kaitan dengan otot dan tisu tubuh. Menurut jurulatih selebriti Hollywood, Cynthia Conde kadar susut berat badan yang ideal ialah tiga kilogram sebulan. Penurunan berat badan boleh dilakukan dengan mengurangkan pengambilan kalori dan bersenam.
2. Jangan Stress



Bila kita menguruskan peersiapan perkahwinan memang agak stress. Nak rancang bajet dut tak cukup plak. Emosi yang stabil merupakan salah satu punca diet tak berjaya. Dan kebanyakkannya akan mula makan dengan banyak sebagai ubatnya. Jadi selesaikan persiapan perkahwinan dengan lebih cepat dan awal baru la mulakan diet yang betul.

3. Pil Bukan Penyelesaian




Jangan jadikan pil kurus sebagai jalan singkat. Kebiasaannya pil kurus akan memberi kesan kepada sistem nervous. Kena berhati-hati memilih pil kurus sebarangan sebab ada kandungan kafein di dalam pil kurus pula menyebabkan korang berasa moody dan ‘edgy’ dan menyebabkan koang stress. Jika masa semakin singkat Cynthia Conde mencadangkan agar mengurangkan pengambilan kalori, tingkatkan pengambilan protein dan elak makanan berlemak. Conde mencadangkan korang mengamalkan diet begini dalam jangka masa dua minggu sebelum majlis perkahwinan berlangsung.

4. Jangan Sekat Makanan




Tidak makan bukanlah cara terbaik untuk diet, sebaliknya korang perlu mengurangkan kuantiti makanan bagi setiap sesi. Selain itu, pakar nutrisi turut mencadangkan anda mengambil makanan dalam kuantiti yang sedikit namun kerap. 


Jika korang mula skip walaupun satu hidangan tubuh akan menukarkan makanan kepada lemak sebagai sumber tenaga. Manakala jika korang mengurangkan kuantiti, makanan yang diambil akan dibakar secara berkesan dan lemak akan menjadi sumber utama tenaga. Lebih pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran kerana ia mengandungi vitamin dan khasiat yang baik untuk kulit. Ini akan mencantikkan lagi kulit korang.
5. Bersenam



Lakukan senaman ringan sekerap yang mungkin. Sebagai bakal pengantin ramai yang suka melakukan senaman yang berat untuk turunkan berat badan dengan cepat. Ini akan memudaratkan diri sendiri je. Senaman ringkas seperti berjalan sejauh tiga batu, atau berjoging sudah memadai. Lakukan dengan kerap supaya bentuk tubuh idaman di hari bahagia menjadi kenyataan.

6. Berpuasa




Berpuasa antara amalan yang disunatkan dalam Islam. Semua sedia maklum berpuasa itu banyak hikmah dan kebaikannya. Oleh itu, apa kata korang mula berpuasa sebagai salah satu proses menurukan berat badan. Tapi berhati-hati dengan menu berbuka korang. Jangan berlebih-lebihan dan pilih la makanan yang berkhasiat dan seimbang. Tiada istilah reward diri setelah letih dan berlapar sepanjang hari.





Nak order? sila klik



Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh hubungi saya:

NURUL AQIDAH AZAHAR
(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
sms/whatsapp 0174636210
Fanpage : Mummysupplementshop
Email : Aqidgirl_88@yahoo.com

*setiap pembelian anda wajib akan mendapat konsultasi percuma yang berterusan dari saya.

Wednesday, August 12, 2015

6 TANDA DIET BERJAYA,RASA KEMBANG SEMANGKUK

Assalammualaikum...

Setelah berbulan-bulan amalkan gaya hidup dan pemakanan yang sihat. Tiba saat yang dinantikan untuk lihat perbezaan pada diri sama ada diet yang korang lakukan selama ini menjadi atau tak.


Tahniah pada mereka yang telah berjaya menurunkan berat badan dan ada juga masih berusaha untuk berjaya. Jangan berputus asa. Teruskan usaha korang. Kesabaran pasti memberikan kepuasan yang amat membanggakan. Ini ada 6 tanda diet yang berjaya

6 TANDA DIET BERJAYA

1. Lingkaran Pinggang


Korang akan rasa perubahan pada lingkaran pinggang semakin mengecil. Tetapi korang kena teruskan usahakan untuk dapatkan berat badan yang ideal. Kadang kala walaupun berat korang dah turun tapi lingkaran pinggang masih sama terutamanya yang hanya turun 1-2kg sahaja.

2. Semangat Untuk Bersenam


Dalam masa tempoh diet, korang selalu bersenam di gim atau tempat riadah dan mula rasa seronok. Malah semasa bersenam tahap pernafasan korang pun bertambah baik. Dan korang masih teruskan bersenam walaupun berat sudah mula turun. Ini antara tanda diet korang berhasil.

3. Badan Lebih Segar


Setiap kali bangun pagi, badan korang akan rasa lebih segar dan ringan dari sebelum ni. Malah korang juga rasa dapat rehat yang secukupnya da lebih bersemangat nak lakukana kerja-kerja seharian. Ini tanda nya bukan diet je yang menjadi malah mendapat nutrisi yang secukupnya.

4. Tidak Mudah Sakit


Bila badan sentiasa dalam keadaan cergas, fit dan tidak mudah jatuh sakit itu menunjukkan korang berada dalam situasi, metabolisme dan penghadaman yang baik.

5. Lihat diri sendiri depan cermin


Bila berada depan cermin korang akan rasakan penampilan korang lebih langsing dan berbeza sebelum ni. Mesti korang akan posing depan cermin je hari-hari kan?hehehe

MENURUT BRAD J BUSHMAN DALAM JOURNAL OF APPLIED PSYCHOLOGY, MELIHAT BAYANGAN SENDIRI DI CERMIN AKAN MEMBUATKAN ANDA LEBIH SEDAR TERHADAP APA YANG ANDA AMBIL DAN BERAPA BANYAK YANG ANDA MAKAN.

6. Diakui Oleh Kawan-kawan


Bukan korang je rasa perubahan pada diri korang. Malah orang sekeliling, keluarga dan rakan-rakan. Masing-masing mula puji korang dah semakin kurus. Lebih-lebih en suami. Masa ni mula la rasa kembang semangkuk. Bangga dan berpuas hati kan.

rujukan:majalah sihat

Friday, January 30, 2015

TIPS ATASI RASA LAPAR SEMASA BERDIET

Assalammualaikum...

Perkara normal yang akan terjadi bagi orang yang berdiet. Korang akan rasa lapar. Malah orang yang tak diet pun akan ras lapar sebenarnya macam Ida ni. Sebab Ida menyusu badan memang akan rasa cepat lapar. Lebih-lebih lagi orang yang mengandung. Ini tips atasi rasa lapar semasa berdiet yang Ida ambil dari Mingguan wanita



TIPS ATASI LAPAR SEMASA BERDIET

1. Kerap minum air

Kerapkan minum air membantu badan kita untuk mengeluarkan toksik dan membuatkan kita berasa kenyang. Tubuh badan yang dapat hidrasi dengan baik membuatkan badan kita lebih sihat. Jadi amalkan segelas air setiap sejam.

2. Letak kayu manis dalam masakan

Salah satu fungsinya untuk menstabilkan gula dalam darah sekaligus melambatkan pencernaan. Ini membantu kita rasa kenyang dengan lebih lama.

3. Makan secara perlahan

Ikut sunnah Nabi kena kunyah sebanyak 44kali kan. Ini kerana ia membantu proses pencernaan agar dapat dicerna dengan baik.
Makan pada kadar

4. Makan buah 


Antara minum air buah dan makan buah. Sebaiknya kita amalkan mengunyah dengan makan buah yang dipotong. Ini dikatakan membantu kita berasa kenyang dengan lebih lama.

5. Kurangkan gula 

Contoh sewaktu tekanan darah menurun ini menyebabkan kita menjadi lapar.Jalan terbaik ialah dengan mengurangkan pengambilan gula selain membantu untuk kesihatan yang lebih baik.

6. Ambil banyak serat

Serat merupakan makanan yang paling lama untuk dihadamkan. Thatway digalakkan pengambilan serat 3 kali sehari kerana ia bagus untuk penghadaman.

7. Minum teh atau kopi

Kopi atau teh adalah minuman yang bagus diambil bagi mengurangkan rasa lapar. Lebih elok sekiranya ia dihidangkan dengan mengurangkan gula. Selain itu, teh juga dikatakan berupaya meningkatkan tahap kesihatan tubuh secara keseluruhan. 

8. Makan dalam kuantiti sedikit 


Ini adalah salah satu tips yang Ida tekankan bagi yang mengambil set kurus untuk turunkan berat badan. Elakkan perut kita lapar ini kerana ia mendorong kita untuk makan dengam lebih banyak. Cara terbaik ialah makan kerap dalam kuantiti yang sedikit.

Tuesday, October 28, 2014

CARA DAPATKAN BADAN SIX PACK DENGAN CEPAT DAN BERKESAN

Assalammualaikum..

Mendapatkan bentuk badan yang berotot dan cantik seperti badan six pack memang menjadi idaman bagi seorang lelaki. Sesetengah wanita juga mengidamkan bentuk badan seperti ini. Suami Ida memang nak badan six pack ni tapi Ida je tak bagi sebab geli tengok badan lelaki yang berotot sangat.hehehhe. Sebenarnya nak dapatkan badan six pack ni senang je, kecuali nak tak nak je konsisten dengan cara yang betul. Di sini Ida akan kongsikan cara dapatkan badan six pack dengan cepat dan berkesan.


CARA DAPATKAN BADAN SIX PACK DENGAN CEPAT DAN BERKESAN

1. BERSENAM TURUNKAN BERAT BADAN
Sebelum memulakan latihan membina otot, anda perlu menurunkan berat badan terlebih dahulu. Antara senaman yang boleh dilakukan bagi mempercepatkan kadar pembakaran lemak dalam badan ialah dengan melakukan senaman kardio seperti berlari, berbasikal dan berjalan. Namun harus diingat, senaman begini harus dilakukan secara berterusan demi mendapatkan hasil yang memuaskan.

2. LAKUKAN SENAMAN PERUT
Antara senaman perut yang boleh dilakukan bagi membina otot six pack di kawasan abdomen ialah tekan tubi sit up dan crunches. Jika di rumah anda tidak memiliki peralatan yang sesuai, anda boleh lakukan di mana-mana sahaja tempat yang sesuai.

Kesemua senaman tersebut perlu dilakukan secara teratur. Selain itu, pastikan anda mendapat rehat yang cukup dan menjaga waktu tidur bagi mengembalikan semula tenaga yang telah anda gunakan seharian.

3. AMALKAN PEMAKANAN SEIMBANG
Pola pemakanan yang teratur merupakan kunci utama untuk membentuk perut six pack. Anda hanya perlu mengurangkan pengambilan kalori, gula, karbohidrat dan lemak. Sebaik-baiknya ambil makanan yang kaya dengan protein seperti ikan, daging putih (ayam), tenusu dan kekacang.

Selain itu, digalakkan minum air putih setiap awal pagi selepas bangun daripada tidur. Menurut kajian, pengambilan air putih sebanyak dua gelas selepas bangun tidur meningkatkan kadar metabolisme tubuh sehingga 24%.

MINUMAN UNTUK MENDAPATKAN BADAN SIX PACK



Merupakan sumber protein yang boleh membantu anda membina otot six pack. Berbentuk serbuk yang perlu dibancuh dan diminum, Cinch Shake dan ESP membantu membina otot setelah berat badan turun. Tak lah menggelebeh kulit di bahagian yang dah turun berat tu. 

Contohnya, perut, peha dan lengan. Otot yang tegap dan pejal akan terhasil dengan pengambilan yang konsisten dan juga senaman yang berterusan.

Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh hubungi saya:

NURUL AQIDAH AZAHAR
(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
sms/whatsapp 0174636210

Fanpage : Mummysupplementshop
Email : Aqidgirl_88@yahoo.com

*setiap pembelian anda wajib akan mendapat konsultasi percuma yang berterusan dari saya.

Saturday, October 25, 2014

5 PERKARA PERLU DIELAKKAN UNTUK KURUS

Assalammualaikum...

Mesti ramai yang telah guna macam-macam produk untuk kuruskan badan tetapi masih tidak berjaya. Akhirnya mula dah putus asa dan salahkan produk. Sebenarnya bukan salah produk tapi diri kita sendiri, tak nak workout, skip makan dan faktor persekitaran. Di entry lepas Ida ada kongsikan cara yang betul untuk turunkan berat badan. Tapi kali ni Ida nak kongsikan 5 perkara yang perlu dielakkan untuk kurus.

5 PERKARA PERLU DIELAKKAN UNTUK KURUS

1. Air Conditioner (AC)

Mengikut My Health News Daily, saat berada pada masa yang agak lama di suhu yang dingin, tubuh tidak perlu bekerja untuk mendinginkan atau menghangatkan tubuh. Bila tubuh berada di dalam zone bermalas-malasan, apa yang terhasil? Berat badan yang semakin bertambah atau gemuk!

Berdasarkan penelitian yang diterbitkan di International Journal of Obesity, daerah selatan Amerika Syarikat memiliki populasi obesiti yang paling tinggi di antara negeri Amerika lainnya. Diketahui, rata-rata rumah di sana menggunakan AC. Setiap tahunnya, permintaan akan AC rumah meningkat dari 37% hingga 79% tiap tahunnya.

2. Kurang Tidur

Menurut penelitian yang dimuat dalam jurnal Archives of Disease in Childhood, jika seseorang tidak cukup istirahat, ia boleh memengaruhi pembentukan glukosa yang boleh mengakibatkan penyakit diabetes.

Kurang tidur boleh menambah rasa lapar dan anda mula mencari kudapan untuk menghilangkan rasa lapar. Selain itu juga kurang tidur membuat tubuh merasa penat sepanjang hari sehingga aktiviti fizikal pun berkurang. Kurangnya olahraga dan tidak aktif aktiviti fizikal boleh menyebabkan berat badan naik lebih cepat.

3. Menyalakan Lampu Saat Tidur

Kebiasaan menyalakan lampu saat tidur boleh menambah beberapa inci lingkar pinggang Anda. Tidur dengan lampu kamar tetap menyala akan membuat Anda sering terbangun. Terbangun di malam hari, berpotensi membuat Anda lapar dan mengudap makanan yang ada di dapur.

4. Pencemaran

Menurut hasil kajian yang dijalankan Critical Reviews in Food Science and Nutrition, pencemaran boleh mempengaruhi metabolisme tubuh.

Zat-zat berbahaya seperti endocrine (zat kimia yang terdapat pada plastik) dan sisa pembakaran sampah yang ditemukan dalam tubuh manusia, sering dihubungkan dengan obesiti. Begitu juga dengan zat yang terdapat dalam pestisida. Zat-zat ini mengganggu sistem tubuh dan memperlahankan metabolisme.

5. Kumpul Bersama Teman yang Suka Makan

Dikutip dari That’s Fit, para peneliti dari Duke University menemukan bahawa pola makan seseorang dipengaruhi oleh suatu kelompok atau teman-temannya. Bila kita berkumpul dengan kelompok teman yang gemar makanan berlemak atau manis, secara tidak sadar kita akan mengikuti cara makan mereka.

Mungkin bagi yang badannya kecil, makan banyak bukanlah masalah. Tapi untuk yang mudah gemuk, mengikuti pola makan temannya yang kurus dan rakus akan membuat berat badannya bertambah dengan cepat.


Oleh itu, jika anda telah melakukan kesemua tips untuk kurus tetapi masih gemuk malah berat makin bertambah-tambah, sila semak 5 perkara di atas. Mana tahu jika dengan diet yang sihat, senaman serta 5 perkara yang perlu dielakkan di atas, korang akan dapat bentuk badan yang diinginkan.

Mungkin korang ingin cuba SET KURUS SHAKLEE paling laris dan berkesan ni. Sila klik di sini.

Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh hubungi saya:

NURUL AQIDAH AZAHAR
(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
sms/whatsapp 0174636210

Fanpage : Mummysupplementshop
Email : Aqidgirl_88@yahoo.com

*setiap pembelian anda wajib akan mendapat konsultasi percuma yang berterusan dari saya.

Wednesday, July 2, 2014

CARA NAK KIRA BMI:DAPATKAN BERAT BADAN IDEAL

Assalammualaikum..

Semua orang mesti nank kurus kan? nak daptkan berat badan yang ideal. Okeh entry kali ni Ida nak share cara pengiraan berat badan yang ideal ( BMI )

BMI (Body Mass Index) atau dikenali sebagai Indeks Jisim Tubuh dalam Bahasa Melayu merupakan satu piawai pengukuran bagi menentukan berat badan yang unggul. 


Secara amnya kaedah pengukuran ini dibahagikan kepada 4 tahap yang setiap satunya mewakili 1 peringkat tertentu iaitu

  • Kurang dari < 20 = Kurus
  • 20 hingga 25 = Berat badan unggul
  • 25 hingga 30 = Berat badan berlebihan
  • Lebih dari > 30 = Obesiti
Cara mengira BMI (Body Mass Index) / Indeks Jisim Tubuh pula adalah seperti berikut:

Berat tubuh badan (KG) dibahagikan dengan Ketinggian (M) kali dengan Ketinggian (M), Berat tubuh badan (KG) dibahagikan dengan Ketinggian kuasa 2 ataupun Berat tubuh (KG) dibahagikan dengan Tinggi (M) dan dibahagikan sekali lagi dengan Tinggi (M).

Contoh

katakan berat badan anda 55 kg dengan ketinggian 1.56 m

Cara Pengiraan BMI:

Cara mengira BMI 1: 55 / (1.56 x 1.56)
Cara mengira BMI 2: 55 / 1.56²
Cara mengira BMI 3: 55 / 1.56 / 1.56

Untuk pengetahuan anda, julat sihat BMI ialah daripada 20 hingga 25. Perlu diingat bahawa pengiraan BMI hanya boleh diterima pakai jika anda berumur antara 18 hingga 64 tahun sahaja kerana golongan ini mempunyai saiz dan komposisi tubuh yang lebih stabil.
Nak kekalkan berat badan? sila klik di sini

Nak turunkan berat badan? klik di sini

Nak supplement kuruskan badan, malah Ida akan berikan Ebook " Tips Kuruskan Badan 5kg dalam masa 30 hari dengan PERCUMA!!! sila klik di sini


Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh hubungi saya:

NURUL AQIDAH AZAHAR
(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
sms/whatsapp 0174636210
Email : Aqidgirl_88@yahoo.com

Thursday, June 5, 2014

TIPS HILANGKAN PERUT BUNCIT DENGAN CEPAT

Assalammuaaikum..

Nak kurus mestilah nak kena bersenam skit kan? Begitu juga nak hilangkan perut buncit. Anda mahukan perut yang ramping tanpa bersenam? Di sini Ida mahu kongsi 7 cara hebat untuk meningkatkan metabolisma tanpa peralatan bersenam ataupun mengangkat dumb bell.

Berjalan
Berjalan adalah cara terbaik untuk orang yang tidak aktif untuk menghilangkan berat badan agar ia berkekalan. Setiap hari carilah peluang untuk berjalan dengan lebih kerap - ke penjuru setiap kedai, sekeliling rumah atau di mana sahaja sekurang-kurangnya 30 minit. Secara konsisten tingkatkan kadar perjalanan anda sebanyak 6 kilometer setiap sejam (6km per hour).

Berdiri
Berdiri membakar lebih 33% kalori daripada duduk. Pastikan anda berdiri 3 jam sehari untuk membakar lemak di perut. Selepas ini, jika anda sedar anda sedang duduk atau berbaring menonton TV, BANGUN DAN BERDIRI! Untuk kesan yang lebif efektif, berjalan setempat sambil menonton TV.

Kempiskan Perut
Ya, dengan hanya mengempiskan perut mampu menegangkan perut dan menguatkan otot di bawah your-future-six-pack. Lakukan begini - kempiskan perut selama yang boleh. Fokus untuk menarik pusat anda sedalam yang mungkin. Tahan selama 5 saat, teruskan bernafas dan lepaskan. Rehat selama 10 saat and ulang. Kali ini cuba fokus untuk tarik dari atas perut. Tahan nafas dan lepaskan, rehat 10 saat. Ulang kaedah menarik pusat sedalam mungkin dan menarik dari bahagian atas perut. Anda akan merasai 'the burn sensation'. Mulakan dengan melakukan ini 10 kali 2 kali sehari. 2 minggu kemudian, tingkatkan frekuensi dan masa menarik (kempiskan perut) dan minggu-minggu seterusnya - lagi lama dan kerap. Di dalam kereta, menonton wayang, berjalan dan ingat jangan tahan nafas. Bernafas seperti biasa. Akhirnya, anda akan melakukannya dengan kerap tanpa anda sedar.

Tutup TV (televisyen)
Orang yang menonton televisyen lebih dari 3 jam sehari adalah 60% ke arah menjadi obesiti. Tontonlah televisyen sejam sehari dan cari aktiviti lain untuk dilakukan. Berkebun, membersihkan rumah, bina sesuatu atau apa sahaja yang buat anda bergerak.

Bernafas
Tahukah anda cara utama untuk membuang sisa dari badan kita adalah dengan menghembus nafas? Apabila anda membakar lemak, badan anda menghasilkan banyak toksin yang harus dibuang. Jika anda ingat semasa belajar subjek Sains di sekolah dulu "mass cannot be created or destroyed, only converted' - jisim tidak boleh dicipta atau dimusnahkan, hanya bertukar. Apabila kayu dibakar, jisim kayu bertukar kepada tenaga dan gas. Perkara yang sama berlaku apabila kita membakar lemak di dalam badan. Kita secara intipatinya, menghembus lemak. Apa yang saya ingin katakan di sini ialah BERNAFAS! Amalkan tarik nafas dalam-dalam (deep breathing) atau apa sahaja teknik pernafasan yang anda minat. 

Mandi
Jangan risau, ini adalah tidak semudah yang anda sangka. Saya menceritakan tentang mandi air sejuk. Air yang cukup sejuk untuk membuatkan anda menggigil. 15 minit menggigil adalah sama dengan 15 minit berjoging. 

Mandi Wap
Berpeluh adalah cara terbaik untuk detox. Tetapi, jangan lakukan ini selepas mandi air sejuk, kesan kepada metabolisma akan hilang. Apabila badan anda berpeluh , bersenam atau mandi wap, degupan jantung akan meningkat. Peredaran darah meningkat untuk menyejukkan badan, berpeluh mengambil tenaga dan membakar kalori dan membebaskan beratus toksin dalam badan - salah satu cara untuk membuang lemak di badan.

Sunday, May 4, 2014

PANDUAN IBU MENYUSU NAK KURUS


Jika anda ingin mengurangkan berat badan tanpa menjejaskan penghasilan susu, berikut merupakan beberapa panduan penting;

Tangguh diet sehingga bayi dua bulan
Tunggu sehingga bayi berumur dua bulan sebelum memulakan sebarang diet. Ini agi memastikan tubuh diberi peluang untuk menstabilkan penghasilan susu agar tidak mudah terjejas ketika anda cuba berdiet. Perlu diingat bahawa apabila menyusukan bayi, anda kehilangan 200-500 kalori sehari (tanpa sebarang diet)\

Susukan secara kerap dan tanpa had
Kajian membuktikan penyusuan susu ibu yang dilakukan dengan kerap, tanpa had dan diteruskan sehingga lebih daripada enam bulan dapat mengurangkan berat badan.=

Kalori sehari: 1500-1800
Ketika tempoh penyusuan susu ibu, anda seharusnya mengambil sekurang-kurangnya 1500-1800 kalori sehari. Ada juga sesetengah wanita memerlukan lebih daripada itu. Pelu diingat bahawa kajian membuktikan sekirannya pengambilan yang kurang daripada jumlah yang disyorkan, boleh menjejaskan penghasilan susu.

Berat hilang tidak lebih 0.7kg seminggu
Kehilangan berat badan sebanyak 0.7kg seminggu atau 2.7kg sebulan selepas bayi berumur dua bulan tidak akan menjejaskan penghasilan susu atau memudaratkan bayi.

Kurangkan kalori beransur-ansur
Apabila kehilangan kalori dilakukan secara mendadak, itu akan menjejaskan penghasilan susu. Ini paling ketarav ketika anda sakit (kurang air selain pengambilan ubat tertentu antara faktor yang menyebabkan penghasilan susu yang terjejas)

Senaman ringan
Langkah ini memastikan anda membakar lemak berlebihan di samping memastikan otot-otot kekal kuat.

Pemakanan sihat
Snek yang dimaksudkan bukanlah biskut cip coklat atau makanan yang tinggi kandungan gula. Banyakkan pengambilan sayur-sayuran hijau. Makanan yang kaya dengan protein pula adalah seperti tauhu, tempe, kekacang atau bijirin dan soya.


Selain itu, supplement Set Kurus Ibu Menyusu Shaklee dapat membantu, sila klik di sini

Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh hubungi saya:

NURUL AQIDAH AZAHAR
(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
sms/whatsapp 0174636210
Email : Aqidgirl_88@yahoo.com

Monday, April 14, 2014

TIPS ELAK PERUT BUNCIT

TIPS ELAK PERUT BUNCIT : HERB-LAX DAPAT MENGATASINYA

Masalah perut buncit merupakan masalah yang seringkali dialami seseorang terutamanya apabila sudah berkahwin. Masalah kebuncitan ini bukan saja melanda orang yang berbadan besar, malah orang yang kurus pun ramai yang buncit tau.

Antara penyebab utama kebuncitan adalah dari pola pemakanan yang tidak sihat. Dalam zaman yang moden kini dimana semuanya haruslah segera termasuk makanan segera/sudah diproses sememangnya menjadi pilihan ramai disamping proses penyediaannya yang lebih mudah dan ringkas. Hanya goreng dan sedia untuk dimakan. Hasilnya, perut yang buncit!

Tips Atasi Perut Buncit

  • Elakkan makanan yang banyak minyak atau bergoreng. Sesiapa yang sangat sukakan makanan bergoreng, hati-hati kerana minyak itu sendiri adalah lemak dan agak lambat dicernakan oleh badan lalu memudahkannya untuk menempel dan berkumpul dalam perut dan seterusnya menyebabkan perut buncit

  • Elakkan makanan yang mempunyai kandungan garam yang tinggi. Apabila mengambil garam yang tinggi, kepekatan sel badan akan bertambah dan seterusnya air akan meresap (tidak dikumuhkan), lalu menambah juga berat badan.
  • Elakkan pengambilan karbohidrat berlebihan. Badan kita memang perlukan karbohidrat untuk bertenaga namun pengambilan yang berlebihan seharusnya dielakkan.
  • Elakkan makan dengan cepat untuk mengelakkan udara terkepung di dalam usus dan seterusnya membentuk gas yang menggalakkan perut menjadi buncit. Pastikan makanan yang diambil dikunyah secara perlahan sehingga lumat supaya dapat dicerna dengan sempurna.
  • Elakkan pengambilan gula yang tinggi. Minuman berkarbonat, bersoda atau kordial mempunyai kandungan gula yang tinggi.
  • Elakkan makan berulamkan air. Seelok-eloknya minumlah sekurang-kurangnya setengah jam selepas makan.
Herblax Shaklee terbukti dapat mengempiskan perut dan memberi kepejalan pada perut. Ia bukan saja membantu membersihkan usus malah membantu masalah sembelit.


sila klik di sini

Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh hubungi saya:

NURUL AQIDAH AZAHAR
(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
sms/whatsapp 0174636210
Email : Aqidgirl_88@yahoo.com

Saturday, March 15, 2014

TIPS MAINTAINKAN BERAT BADAN

CARA MUDAH KEKALKAN BERAT BADAN ANDA!!

Saya jumpa artikel pendek ni dalam magazine lama. Maka, saya panjangkan di sini untuk kita kongsi bersama. Ye lah, asyik makan je kan.. sesekali kita jenguk info macam ni supaya timbul kesedaran, especially untuk diri sendiri lah. Kalau jumpa makanan, makan macam tak ingat dunia.. nak naik berat tu mudah, nak jaga.. sikit susah.. (sebab mudah tergoda dengan makanan..), nak turun berat.. laaagi la berkali kali ganda susah.

Artikel tu cakap.. ada 4 cara mudah nak maintain berat badan.. Jadi, dah susah payah mencapai berat ideal, makanya kita maintan pulak ye....

  • Sentiasa gunakan yogurt, susu dan salad dressing yang rendah lemak. Usually bebenda yang ada tajuk rendah lemak ni mengandungi 10 gram lemak kurang daripada produk yang tak cakap dia adalah rendah lemak. Tapi, ada satu artikel lain, saya tak ingat di mana say abaca, dia cakap kalau selalu sangat asik rendah lemak pon tak bagus juga. Makanya pepandai lah adjust.
  • Makan makanan seimbang.. ala.. ikut pyramid makanan tu lah.. Nanti saya buat entry tentang ni. Tubuh memerlukan hamper 40 jenis khasiat untuk memastikan ianya kekal hebat.. mm.. 40.. banyak tuh.. makan pon kena banyak.. jenis lah hehehhe..
  • Dah makan banyak, kena lah seimbangkan balik dengan senaman.. Kalau tinggal yang tu, menggelembung naik lah lama2 nanti. Paling mudah adalah berjalan kaki dengan high speed.. Boleh?
  • Dan yang terakhir.. makan sayur yang dikukus atau yang digoreng tanpa minyak. Untuk rasa yang lebih sedap dengan kalori yang terhad, tambahkan sedikit rempah, herba, jus lemon atau cuka.Kengkadang cenggini macam ok, tapi kurang sedap.. heheheh.. masak biasa2 tu yang lebih sedap.
Selalunya saya akan paling bagus beramal sebaik membaca sesuatu macam ni, dan bersemangat gila nak turunkan berat badan. Tapi, selalunya tak lama.. seminggu je paling kuat..Lepas tu lupa diri.. 

Selamat Beramal! 

Saturday, February 15, 2014

TIPS KURANGKAN BERAT BADAN

CARA YANG BETUL KURANGKAN BERAT BADAN

Assalamualaikum....

Nak bagi petua sikit ..mari sama2 kita amalkan...petua ni untuk orang yang terlebih berat badan ya...untuk yang terkurang berat badan tu, sila jangan tiru petua ini.....hal ini boleh menyebabkan anda2 yang terkurang berat badan hanya tinggal tulang sahaja....yang da normal berat badan tuu, pun jangan tiru aksi ini...sebab nanti anda akan terkurang pulak berat badan...hoho

1 - ikut seperti gambar di bawah....ini yang orang selalu SILAP!!!



2 - jika terasa lapar....korang disarankan untuk minum air masak satu gelas.....sebab kadang2 tuu kita bukannya perlu makan pun bila lapar...itu hanyalah nafsu semata mata...bukan keperluan...lepas korang minum, then korang terasa lapar...baru la korang makan....kalau tak lapar tuu, jangan gatai2 nak makan...ok!

3 - makan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran...agar senang untuk membuang hajat nanti...tidak la sembelit sampai seminggu dok simpan hajat...huhu.buang hajat sekerap yang mungkin lebih bagus daripada jarang membuang hajat..sebab membuang hajat ni, kita akan membuang sekali benda2 yang tidak diperlukan oleh badan.....BUANG HAJAT ITU PENTING!!!!

4 - makan dalam kuantiti yang sedikit..dan kerap...daripada makan dalam kuantiti yang banyak tetapi tak kerap.....dan jangan lupa breakfast....itu hidangan yang paling PENTING!

5 - jangan lupa bersenam 3 kali seminggu...selama 20 minit setiap sesi...dah kalau malas sangat tuu, amalkan benda ni.....parking kereta jauh daripada tempat yang kita nak pergi....so that, korang boleh berjalan banyak langkah.....pilih tangga...jangan pilih lift mahupun tangga bergerak (apa ntah nama dia...escalator kot)....kalau nak naik tangga bergerak pun, korang tak payah la nak tunggu dia sampai...korang pun boleh gak bergerak bersama sama tangga bergerak...hahah (paham dak?)

6 - tidur awal...kalau korang tidur lambat, probability untuk korang makan tengah malam adalah sangat tinggi....

7 - kurangkan karbohidrat....aku tak kata jangan makan langsung...tapi aku kata KURANGKAN!!!! karbohidrat pun perlu untuk energy.....

8 - kurangkan makanan yang masin....sebab makanan masin, akan tarik (attract) air....kiranya badan kita akan simpan banyak air.....and kalau korang gemuk disebabkan ini, orang panggil gemok air....hohoho


SELAIN ITU,BOLEH JUGA MENCUBA SET SLIM SHAKLEE MENGIKUT BAJET KORANG..
MARI DAPATKAN DENGAN HARGA YANG ISTIMEWA!!

SEBARANG PERTANYAAN DAN PESANAN BOLEH HUBUNGI SAYA:

NURUL AQIDAH AZAHAR
(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
SMS/WHATSAPP 0174636210
EMAIL:Aqidgirl_88@yahoo.com

Google+ Followers