CARA MENCEGAH JERAWAT

10 TIPS MENCEGAH JERAWAT

Jerawat merupakan masalah yang sering melanda semua golongan tidak kira peringkat umur, lelaki mahupun wanita. Disini saya kongsikan antara 10 tips hindari jerawat dgn mudah
Jangan Berjemur Di Bawah Terik Matahari

Sinar UV boleh menyebabkan kulit berisiko untuk mendapat kanser, penuaan pramatang dan berkedut. Terdapat juga produk jerawat seperti retinoid topikal yang boleh menyebabkan kulit anda menjadi lebih sensitif selepas berjemur.

Rambut Tidak Tutup Muka

Jika anda mempunyai rambut panjang, pastikan rambut diikat supaya tidak menjadikan jerawat anda lebih teruk terutama pada waktu siang. Tahukah anda, rambut
mempunyai minyak yang juga boleh menyumbat liang kulit muka walaupun anda tidak menggunakan sebarang produk rambut?

Elakkan Menyentuh Wajah
Menyentuh atau meraba muka boleh menyebabkan jerawat anda menjadi lebih teruk terutamanya ketika berpeluh. Oleh itu, pastikan anda membasuh muka setiap kali selepas anda berpeluh.

Minum Banyak Air
Minum air suam dengan banyak membolehkan kulit anda sentiasa dihidrasikan. Juga makan makanan yang sihat seperti buah-buahan dan sayuran yang kaya dengan
vitamin A dan juga vitamin E
. Inilah dua vitamin yang telah diketahui memberikan kebaikan pada kulit anda. Sayuran-sayuran hijau dan berdaun seperti sawi dan juga brokoli kaya dengan vitamin E. Vitamin A pula boleh dijumpai di dalam buah-buahan dan sayuran yang berwarna seperti lobak, buah pic dan sebagainya.

Jangan Picit!
Sekiranya anda memicit jerawat, ia bukan sahaja bertambah teruk malah boleh meninggalkan parut. Cuba tahan apabila anda mula nampak jerawat mula tumbuh.
Terdapat alat yang boleh anda gunakan untuk memicit jerawat tersebut. Itu pun selepas jerawat tersebut sudah masak.

Gunakan Sabun Bebas Minyak
Sabun bebas minyak tidak akan menyebabkan liang muka anda tersumbat atau menyebabkan bintik hitam, jerawat mahupun bintik putih. Pilih produk yang mempunyai label oil-free, nonacnegenic, atau noncomedogenic.
Jangan Takut Makan Makanan Kegemaran
Ia hanya mitos jika anda menganggap makanan berminyak dan coklat boleh menyebabkan jerawat. Jerawat berlaku apabila liang-liang muka tersumbat dengan minyak, sel-sel kulit dan juga bakteria yang menyebabkan keradangan. Sekiranya terdapat jenis-jenis makanan yang menyebabkan mudahnya pertumbuhan jerawat, elakkan makanan tersebut. Tetapi anda tidak perlu menolak pizza dan juga coklat untuk mendapatkan kulit yang cantik.

Elakkan Cuci Muka Berlebihan
Kulit yang kotor bukanlah punca utama munculnya jerawat. Jika anda mencuci muka terlalu kerap dan kasar, ia akan menyebabkan muka mudah luka dan sensitif. Malah ia boleh menyebabkan jerawat lebih parah. Skrub dan sabun yang mempunyai kandungan kimia serta kasar juga boleh merosakkan kulit wajah. Sebaiknya,
basuh muka terutama di tempat yang banyak jerawat dua kali sehari dengan sabun yang sesuai dan juga air yang bersih.

Elakkan Kosmetik Berasaskan Minyak
Elakkan terutamanya kosmetik yang banyak berasaskan minyak. Kosmetik yang berkrim biasanya akan menyebabkan liang kulit tersumbat. Kosmetik yang berasaskan mineral biasanya ringan seperti bedak. Oleh itu, kemungkinannya lebih rendah untuk menyebabkan liang kulit tersumbat. Sebelum dan selepas anda bersolek, cuci muka terlebih dahulu.

‘Sunscreen’ Bebas-Minyak
Sunscreen atau pelembab yang mempunyai sun protection factor (SPF) 15 ataupun lebih tinggi menyediakan perlindungan meluas dari sinaran ultraviolet (uVA) dan
juga uVB. gunakan produk mempunyai label non-comedogenic. Ia juga mengelakkan liang kulit daripada tersumbat


Post a Comment

0 Comments