TIPS ATASI MASALAH PUTING TENGGELAM

Assalammualaikum...

Tajuk ni sensitif skit, tapi hnya utk kaum wanita shj ye..bagi kaum ibu2 yang menyusukan ank..Kebiasaannya masalah puting tenggelam terjadi kepada ibu-ibu muda yang mungkin baru selepas melahirkan anak pertama. Dan Ida sendiri pernah mengalaminya semasa bersalinkan Asyraf..tapi Ida ada cara Ida sendiri la..setiap kai menyusu, Ida akan pam dulu supaya puting keluar..lama2 bila anak dh pndai hisap..dah tak pyh pam..lagipun hisapan anak yang baru lahir memang kuat..alhamdullilah dpt susukan Asyraf sehingga umur 2 tahun.so ibu2 xpayah risau..

Tapi ada juga yang puting nya memang tak boleh keluar,,.macam kak ipar Ida, ntahla samada die tak berusaha or memang takde cara lain. Susu banyak so die kena pam..tapi anak2 die tak sampai 6 bulan pun dah bagi susu formula..terpulang pada die. Hak masing2..

Bagaimana menentukan keadaan puting adalah normal, leper atau tenggelam?

Caranya: Dengan menggunakan ibu jari dan jari telunjuk, picit dengan lembut kawasan areola pada jarak diameter 1 inci daripada puting.

Puting yang normal akan tertonjol apabila dikenakan tekanan pada areola. Tetapi puting leper tidak tertonjol keluar manakala puting tenggelam akan tertarik ke dalam. Lihat Rajah di bawah:



TIPS ATASI MASALAH PUTING TENGGELAM

Lekapan yang betulIbu perlu ingat bahawa lekapan yang betul amat penting dalam menjayakan penyusuan susu ibu sehingga anak berumur 2 tahun. Semasa menyusukan, pastikan areola (kawasan hitam di sekeliling puting) juga masuk ke dalam mulut bayi. Bukan puting sahaja. Oleh itu, setiap kali menyusukan cuba masukkan sebanyak mungkin areola ke dalam mulut bayi. Ya, ianya sesuatu yang bukan mudah tetapi lama-kelamaan bayi akan pandai menyusu.


Picagari khas untuk mengeluarkan puting
Kaedah ini biasanya dilakukan oleh jururawat di hospital. Puting akan ditarik keluar dengan menggunakan picagari khas tersebut. Namun kaedah ini agak menyakitkan.
Kerap pam susu
Apabila kita mengepam susu, puting juga akan keluar sedikit demi sedikit. Makin kerap anda menyusu, makin banyak peratus puting yang keluar.

Gunakan nipple shield
Pakai nipple shield semasa menyusukan anak. Ia akan membentuk puting dan memudahkan anak untuk menghisap susu.

Urutan
Terdapat teknik urutan yang boleh membantu mengeluarkan puting.

Ibu yang mempunyai masalah puting tenggelam boleh cuba tips-tips yang diberikan di atas. Mungkin perjalanan penyusuan anda agak sukar, tapi percayalah! Usaha anda untuk memberikan susu ibu kepada anak sangat besar manfaatnya, baik dari segi kesihatan, psikologi &minda anak anda.

Post a Comment

0 Comments