10 TANDA ANAK CUKUP GIZI,LEMAH TAK BERTENAGA MAKAN PUN TAKNAK,BAHAYA KE?

Assalammualaikum...

Kita sebagai ibu bapa semestinya nak yang terbaik untuk anak-anak. Sistem imuniti anak-anak masih rendah dan tak kuat seperti kita. Setiap perkembangan dan tumbesarannya amat kita titikberatkan. Apakah tanda anak cukup gizi?




Anak-anak ni umpama permata yang tinggi nilainya. Tak sanggup rasanya untuk biarkan mereka begitu sahaja apatah lagi hanya perhatikan dengan diam seribu bahasa. Anak merupakan waris generasi kita untuk masa akan datang.



Perkara biasa selalu berlaku pada anak-anak kurang selera makan,makan cerewet,susah nak naik berat badan,anak sembelit dan banyak lagi.


Anak Kurus Kering & Selalu Sakit Di Taska, Apa Nak BUAT? from iReach HD on Vimeo.

10 TANDA ANAK CUKUP GIZI

1. Bertambah umur,bertambah tinggi dan bertambah berat.

Mereka perlukan nutrisi yang selengkapnya untuk tumbesaran mereka. Contohnya cukup karbohidrat,protein,lemak,zink,kalsium,vitamin D dan banyak lagi. Perubahan ini boleh korang tengok dalam buku draft kesihatan anak-anak yang korang check setiap bulan kat klinik kesihatan tu.

2. Postur badan yang kuat dan otot padat.

Selalu orang tua suka pegang tubuh anak dan cakap "lembik je isi ni cukup makan tak". Pernah tak alami? Jika ia ini anak korang kekurangan vitamin D dan kalsium. Ini boleh didapati dalam ikan,brokoli dan produk tenusu.

3. Rambut hitam bersinar dan kuat.

Jika anak kekurangan zinc,protein, vitamin D dan vitamin C ni menyebabkan rambut akan mudah gugur,putus,kusam dan nipis. Khasiat ni boleh dapat dalam daging,telur,kekacang dan lain-lain.

4. Kuku sihat,bersih,kulit tak kering dan bersisik.

Kekuatan kuku juga sangat penting. Kalau ada alami masalah kuku ni bermakna anak kekurangan vitamin A,C dan vitamin E. Vitamin ni ada dalam ikan,kuning telur,sayur-sayuran dan buah-buahan.

5. Bibir yang kemerahan,segar dan wajah ceria.

Kesihatan baik anak-anak boleh dilihat pada raut wajahnya. Jika ia mendapat nutrisi yang secukupnya ia agak kurang nak marah walaupun ada juga mengamuk kadang-kadang tu perkara normal la budak-budak. Anak yang bibirnya pecah bermakna kekurangan vitamin E dan zinc.

6. Gigi bersih dan kuat,gusi merah

Gusi sihat adalah berwarna kemerahan bukan berwarna putih. Berikan zat cukup untuk kesihatan gusi mereka contoh asid folik,riboflavin dan vitamin B12.

7. Makan berselera

Anak yang kurang selera makan akan memberi kesan dengan berat badannya yang tak naik atau susah nak naik. Ini disebabkan ia kurang makan. Kurang selera makan menyebabkan mudah jatuh sakit dan emosi juga akan terganggu. Anak-anak mestilah cukup mineral,zinc,kalsium dan lain-lain. Lebih-lebih lagi anak yang tak suka makan sayur-sayuran dan buah-buahan. Ini mesti dititikberatkan sebab ia sangat penting.

8. Aktif selaras dengan umurnya

Kalau korang perasan masa checkup anak setiap bulan dekat klinik kesihatan,nurse mesti tanya "anak dan pandai buat apa"?. Ini kerana jika anak mendapat gizi yang secukupnya,anak akan aktif selaras dengan umurnya. Contoh umur 1tahun sudah boleh berjalan.

9. Penuh bertenaga.

Bila anak cukup gizi badan akan sihat dan tenaga juga cukup tinggi untuk melakukan aktiviti harian. No wonder anak-anak begitu bertenaga sedangkan kita dan penat melayan die..hehehehe. Pemberian omeg-3 juga penting untuk tenaga anak-anak.

10. Tidur nyenyak

Tidur yang nyenyak dan secukupnya juga sangat bagus untuk anak-anak. Ini menunjukkan mereka mendapat nutrisi yang secukupnya.

Semoga apa yang Ida kongsikan ni boleh memberi manfaat bersama. Ida juga seperti ibu-ibu lain sentiasa pentingkan kesihatan anak-anak. Even Asyraf sendiri ada masalah bibir kering.Alhamdullilah dah kurang sejak berikan Mealshakes kat die. Mak mertua kata maybe faktor keturunan sebab Ida sendiri memang ada masalah bibir kering.





Hope kita akan jadi akan lebih titikberatkan kesihatan anak-anak. Biarlah melabur sedikit wang untuk perkembangan tumbesarannya. Takkan kita sanggup tengok anak kerap sangat jatuh sakit dan kurang aktif kan?

Nak order? sila klik



Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh hubungi saya:

NURUL AQIDAH AZAHAR
(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
sms/whatsapp 0174636210
Fanpage : Mummysupplementshop
Email : Aqidgirl_88@yahoo.com

*setiap pembelian anda wajib akan mendapat konsultasi percuma yang berterusan dari saya.

Post a Comment

1 Comments