HOMEMADE:TOMATO SEBAGAI TONER?

Assalammualaikum...

Semua orang mesti ada skincare sendiri untuk toner pencuci muka dan sebagainya kan. Ada orang hanya menggunakan pencuci muka dan krim muka sahaja. Macam Ida.hehehe.


Al maklum la kan kadang tu asyik terlupa atau malas nak pakai toner. Boleh ke?hahaha. Hari ni Ida nak kongsikan gunakan tomato sebagai toner.

Image result for tomato

Sebelum ni memang Ida hanya suka ais kiub je gantikan toner selepas mencuci muka atau scrub tapi Ida baru teringat dulu ada artis Mas Idayu kongsikan die gunaka buah tomato untuk mencuci muka.

Serius kalau tengok muka die memang cantik je kan. Die guna tomato semata-mata die ramas sampai hancur lepas tu buat cuci muka.

So Ida cuba dengan cara menjimatkan pula buat ais kiub tomato.



Bahan-bahan die mudahnya sedikit air dan buah tomato. Korang blender je sampai hancur lepas tu letak dalam bekas ais kiub tu dan bekukan.

Setiap kali lepas cuci muka, nanti gosok la muka tu. Termakan pun takpe..tomato kan.heheh


Tapi Ida perasan sejak Ida buat macam tu, bila ada jerawat timbul..kalau gosok memang jerawat cepat kecut dan tanpa tinggalkan parut.

Sebabnya setiap kali sebelum period memang selalu jerawat akan timbul seketul kat muka ni. Tapi sejak buat toner air kiub tomato ni, jerawat jadi cepat kecut.


Korang yang tak pakai toner boleh la cuba guna cara semulajadi ni pula. Mana tahu ok kan..

Hope membantu!

Post a Comment

4 Comments

  1. wahhh.. nice sharing :D


    jemput join segmen ye..
    http://www.syahirahvaliant.com/2017/02/segmen-review-blog-by-syahirahvaliantcom.html

    ReplyDelete
  2. tak terfikir pulak nak bt mcm ni.. thanks kak bgthu.. lepas ni nak cri bekas mcm tu

    ReplyDelete