REVIEW: TEXAS STATION CAFE KEMAMAN

Assalammualaikum...

Selamat berhujung minggu dan bercuti korang. Ke mana je korang cuti ni? Ida tak ke mana rasanya cuti sekolah ni memandangkan sibuk nak uruskan pasal nak pindah rumah, anak pula nak bagi die sunat minggu ni.


Dua hari lepas, awal bulan ni la merupakan Hari Kelahiran Ida. Baru nak masuk 29 tahun, eh bulan depan dah 30 tahun. hahaha. Tua dah la Ida ni. 


Malam tu suami bawa pergi makan luar dengan anak-anak. Memang terasa nak makan chicken shop, so suami ajak try kat Texas Station Cafe Kemaman. Kalau siapa orang Kemaman, kedai die sederet dekat Bank Islam, depan Nirwana Mart.

Kedai die bagi Ida boleh tahan la, kreatif. Ida pergi malam, boleh tahan ramai jugak la. 




Ini antara menu pilihan kami. 

Chessy Nachos. Sedap tak pedas dan rangup

Cheesy Jumbo Hotdog. Penuh cheese atas die. Besar jugala

Carbonara Spagetti

Ini pilihan Ida. 
Set Grilled Chicken. Sedap dan lembut je ayam die. Sos pun takde la pedas mana.




Siapa nak buat suprise birthday pun boleh. Diorang ada tolong sediakan kek slice kecil dan video. Encik suami ada buat suprise kat Ida, padahal dah tahu sebab si Asyraf pecah rahsia. hahaha



kelip-kelip mata Ida sebab "lilin" die besar sangat. 
(bunga api kot.heheh)

Bagi siapa yang tinggal di Kemaman atau datang bercuti di Kemaman boleh la singgah di Texas Station Cafe ni. Service dan makanan semuanya terbaik. Harga pun berpatutan dan berbaloi dengan makanannya.


Post a Comment

2 Comments

  1. Alhamdulillah...lamanya tak makan Grilled Chicke..

    ReplyDelete
  2. kalau makanan western memang kita suka..hehee..nak tgk texas ni ad dekat mana je

    ReplyDelete