SAYA DAH BERSUNAT!

Assalammualaikum...

Sana sini ada je post pasal bersunat. Yelah musim cuti sekolah akhir tahun ni la masa yang sesuai nak bawa anak-anak untuk disunatkan termasuk la anak ida.


Actually dari awal tahun dah bagitahu si abang nak sunatkan die. Sebagai hadiahnya akan belikan lego. Lego biasa-biasa je sebab dah lama die mintak. So memang tahan die, lepas sunat baru boleh dapat lego.


Jadi memang sebelum ni dah bagitahu..nasihat skit la bagi die prepare dari segi mental. Cakap sunat sakit sikit je macam kena gigit semut. Terangkan yang kena inject dulu bagi bius lepas tu baru "potong".

Alhamdulillah semalam pun terangkan sekali lagi, die ok je termasuk la si Aqil. Ada mak cik tu tanya berapa umurnya. "Baru  6 tahun mak cik, tahun depan darajah 1". Sebab cucu sebelah die sekolah rendah pun takut. Muka pun macam nangis je. Nak geli hati dengan si Aqil. Kemain lagi sebelum ke klinik kata nak ikut abang sunat. Sampai sana die nampak ada sorang budak tu muka semacam je terus die cakap " Aqil taknak sunat". Hah sudah, nasib la tak daftar nama die sekali cuma bagitahu takut si adik nak sunat jugak.



Lagipun doktor kata die kecil lagi. Yelah 3 tahun lagi, nanti die besar skit ok la tu. Si Asyraf muka maintain je masa dalam bilik doktor. Ida tak ikut sebab taknak bagi Aqil tengok. Encik suami kata, Asyraf tak bunyi..tak nangis sikit pun. Cuma terkejut sikit je masa nak kena inject tu.


Masa doktor sunat, suami bagi die main game supaya boleh leka sikit. Kalau die fokus sangat kang takut plak. Alhamdulillah keluar dari bilik tu, tak bunyi apa-apa pun. Cuma bile dah sampai rumah, bunyi sikit la sebab ubat bius tu dah mula nak hilang.

Bermula la hari ini Ida nak kena jaga "budak berpantang".hehehe. Orang kata kena berpantang macam orang perempuan jugak. Hari ni Ida masak sup ayam, ok la sikit kan. Lauk macam berpantang.hehehe.


Korang kalau tahu makanan apa yang sesuai untuk sembuhkan luka tu dengan cepat. Boleh la kongsikan dengan Ida. Kalau mak berpantang ni, Ida tahu la. Budak lelaki kurang arif sikit.hahaha

Post a Comment

0 Comments