6 KEBAIKAN BERISTIGHFAR

Assalammualaikum...

Ida ada beli sebuah buku Dasyatnya Energi: Syukur, Istighfar dan Muhasabah. Bagi Ida buku ni sangat-sangat menari dan bagus untuk dijadikan sebagai panduan kita sebagai umat Islam dalam menguruskan kehidupan.



gambar Google

Istighfar sering diertikan dengan permohonan ampun kepada Allah s.w.t. atas dosa atau kesalahan yang dilakukan. Lazimnya jika seseorang melakukan kesalahan dan kemudian menyesal akan perbuatannya itu, maka istighfar yang disertai dengan niat taubat yang ikhlas akan dilafazkan dengan harapan agar dosa atau kesalahan yang dilakukan akan diampunkan oleh Allah s.w.t.



Dengan demikian Istighfar ni bermaksud seorang hamba memohom kepada Allah S.w.t dengan lisan dan tindakan disetai dengan niat agar Allag menutup atau menhalanginya daripada seksaan selepas menutupi kesalajan dan kekhilafannya.


Istighfar is Solution, Istighfar is Solution!
If here is Istighfar There is a way

6 Kebaikan Beristighfar

1. Dihapuskan dosa-dosanya dan diselamatkan dari azab seksa Allah s.w.t

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :“Dan tidaklah Allah akan mengazab mereka, sedang mereka meminta ampun (istighfar)”(Surah Al-Anfal ayat 33)

2. Mendapat balasan syurga

Firman Allah s.w.t. maksudnya : “Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya). Orang yang demikian sifatnya, balasannya ialah keampunan dari Tuhan mereka, dan Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka pula kekal di dalamnya, dan demikian itulah sebaik-baik balasan bagi orang yang beramal.” (Surah al-Imran ayat 135-136)

3. Sebagai lambang kepatuhan hamba-Nya

Firman Allah “dan mohonlah ampun kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” ( Surah An-Nisa ayat 106)

4. Banyak istighfar mendatangkan banyak anak, hujan dan harta

Firman Allah “Maka aku (Nuh) katakan kepada mereka: Mohonlah ampun kepada Tuhanmu. Sesungguhnya Dia Maha Pengampun. Nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat dan memperbanyakkan harta dan anak-anak kamu, mengadakan kebun-kebun dan sungai-sungai untuk kamu.” (Surah Nuh ayat, ayat 10-12)

5. Kemudahan memperoleh kesihatan dan kekuatan

Firman Allah Dan (dia berkata): "Hai kaumku, mohonlah ampun kepada Tuhanmu lalu bertobatlah kepada-Nya, niscaya Dia menurunkan hujan yang sangat deras atasmu, dan Dia akan menambahkan kekuatan kepada kekuatanmu, dan janganlah kamu berpaling dengan berbuat dosa". (Surah Hud ayat 52)

6. Tidak akan mendapat penyakit nyanyuk

Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya : “Siapa yang melazimkan amalan istighfar 70 kali sehari, dia tidak akan ditulis sebagai orang yang lupa (nyanyuk).”
Banyak jenis istighfar sebenarnya tapi yang selalu kita amalkan ialah:



Semoga apa yang Ida kongsikan ni memberi manfaat dan panduan pada kita. Insyaallah

Post a Comment

0 Comments