Seharian semalam tak dapat nak jenguk blog ni dek sakit gusi yang teramat sangat. Dan ada sesuatu yang mengejutkan nanti Ida akan kongsikan. Projek nak buat donut ni dah lama tapi tak terbuat sebab peti ais penuh. Ada harapan nak beli peti ais 3 pintu ni.hehehehe.
Kebetulan memang nak buat si Asyraf merengek nak suruh buat donut bawa ke sekolah. Mummy kena la cari resepi plak. Dan ni resepi yang adik ipar bagi, tak perlu uli-uli sangat. Senang je. Ini Ida kongsikan resepi donut gebu yang mudah.
RESEPI DONUT GEBU YANG MUDAH
Bahan-bahan A
- yis segera/kering(mauripan)
- 2 sudu gula
- 2 sudu susu pekat
- 1 cawan air suam
*biarkan kembang
Bahan-bahan B
- 4 cawang tepung gandum
- 2 sudu marjerin/planta
- 2 sudu teh baking powder
- 1 sudu teh garam
Cara-caranya :
1. Biarkan bahan-bahan A kembang dulu
2. Buat bahan-bahan B sehingga sebati macam doh roti
3. Masukkan bahan-bahan tadi dan gaulkan je sampai sebati.Memang doh akan jadi lembik tapi jangan tambah tepung k..
4. Biarkan selama 1 jam ke atas.
5. Tumbuk doh bagi keluar angin dan buat la adunan donut.
6. Adunan buat kecik-kecik pun takpe sebab nanti ia akan kembang semula.
7. Biarkan adunan tadi selama 30minit.
8. Dah nampak kembang terus la goreng. Kalau nak buat frozen tu goreng sekejap je. Sejukkan dan bungkuskan.
8. Dah siap, Boleh la salut dengan gula castor atau nak buat salutan coklat pun sedap.
SELAMAT MENCUBA!
4 Comments
haa...ni simple sket.
ReplyDeleteyup mudah je...
DeleteBoleh cuba ni... Dulu buat, dia tak jadi gebu.. Keras je.. Nanti nak try, tengs
ReplyDeletewelcome yunk
Delete